Part paling seronok waktu Syawal bagi anak-anak adalah apabila dapat mengutip duit raya dari rumah ke rumah.
Tak kiralah berapa yang diberikan, bila dapat je sampul duit raya, tersenyum lebar semuanya kan.
Balik rumah mulalah nak kira berapa jumlah yang berjaya dikumpulkan. Bukan hanya anak-anak yang teruja, malah ibu bapa pun turut sama.
Jarang sekali selebriti yang berkongsi kutipan duit raya anak-anak mereka. Namun berbeza dengan Usahawan dan hos terkenal Neelofa.
Dalam satu perkongsian terbaru menerusi akaun tiktoknya, Isteri kesayangan PU Harris atau PU Riz dilihat memuatnaik video mengira duit raya yang diterima anaknya Muhammad Bilal Mohd Harris.
Ads
Paling teruja dan mendapat perhatian ramai apabila diberitahu jumlah dikutip Sebanyak RM14K. Untunglah Bilal, kecil-kecil lagi dah dapat duit sebanyak itu.
Jarang muncul dikhalayak ramai menyebabkan ada peminat yang tidak mengetahui penyanyi bernama Adira ini sedang hamil anak kedua. Selepas kelahiran anak pertamanya, Adira lebih banyak mendiamkan diri dan menguruskan anak dan rumah tangga.
Namun, gambar yang dikongsikan di dalam laman instagramnya membuatkan peminat beranggapan penyanyi kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini sudah berisi.
Nyata, telahan tersebut benar bila mana Adira yang ditemui dalam satu majlis hari raya baru-baru ini mengakui sedang berbadan dua.
Ini merupakan anak kedua Adira dan kelapan bagi Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.
“InsyaALLAH, Adira akan bersalin pada bulan September nanti. Kali ini anak lelaki. Kali ini juga saya tak mahu letak nama panjang-panjang sebab takut lupa.
Menurut Datuk Red lagi, kandungan ini merupakan anak keduanya bersama Adira.
“Kalau diikutkan anak yang dikandung Adira sekarang adalah nombor 8 dalam keliuarga kami.
“Saya memang sukakan anak-anak. Kalau boleh nak 20 orang anak. Bagi saya inilah rezeki sebenarnya. Tak boleh dibandingkan dengan duit.
“Anak tambah tak apa tapi isteri cukup dua. Dua ini sudah mencukupi hidup saya,” ujarnya lagi.
Sumber: Sinar Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Arsalan Dah Ada Adik- Jihan Muse Selamat Bersalin Cahaya Mata Kedua!
Tahniah diucapkan kepada Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz atas persalinan cahaya mata mereka yang kedua!
Artis, Jihan Muse, berkongsi perkembangan kandungannya ketika itu di Instagram bersama gambar-gambar kandid keluarganya yang sangat comel. Terutamanya, adik Arsalan yang teruja untuk menjadi seorang abang.
“Kejap macam nak keluar kejap macam taknak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda. Doakan ya” ditulis oleh artis itu sendiri.
Rakan artis Jihan Muse, Syaheera Rahman, isteri kepada pelawak Fad Bocey, turut mengucapkan tahniah kepada pasangan yang bahagia itu melalui InstaStory yang di “repost” oleh Jihan sendiri.
“Tahniah kak @jihanmuse. Finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang” ucap isteri kepada pelawak itu.
Pihak Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasangan popular ini atas sebab memilih hospital tersebut sebagai tempat kelahiran anak mereka.
Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz atas anak kedua mereka. Semoga ianya membesar dengan sihat dan selamat. Harap juga berita gembira ini dapat memberi inspirasi kepada yang bakal berkeluarga di luar sana juga!
Tiada apa yang lebih menggembirakan saat ini bila insan yang kita sayangi dikhabarkan telah bebas daripada bahaya Covid-19. Ini seperti mana perkongsian seorang wanita, Suzy Sharif yang berkongsi kisah neneknya yang dipanggil Uwan.
Sebelum disahkan positif Covid-19, Uwan seorang nenek yang cukup kuat dan nampak aktif walau telah berusia 95 tahun. Masih direzekikan tubuh badan yang sihat dan mampu berdiri tegap, rukuk dan sujuk bagi mendirikan solat dengan sempurna.
Pun begitu, baru-baru ini ibu kepada 10 orang anak ini diuji dengan Covid-19 sehingga perlu dibawa ke hospital. Memikirkan keadaan itu, seisi keluarga dalam kerisauan, maklumlah Uwan telah berusia. Bimbang sekiranya akan menyebabkan Uwan terlantar sakit namun sebaliknya yang terjadi.
Usia 95 Tahun, Uwan Positif Covid-19
Semalam saya teringat sangat dekat uwan. Saya hubungi Pak Net yang duduk serumah dengan uwan. Katanya uwan sudah tidur. Badannya lenguh akibat suntikan vaksin.
Awal pagi tadi cepat-cepat saya call uwan. Biasanya uwan selepas Subuh dia tak tidur balik.
“Uwan sihat ke tu?”
“Sakit badan tak kena cucuk?”
“Uwan sihat haa.”
“Tak do domam tak sakit-sakit badan pun.”
Uwan saya sudah berumur 95 tahun. Tempohari kesihatannya diuji. Beliau positif covid.
Beliau sempat dihantar ke Hospital Klang untuk pemantauan.
Bimbangnya kami sekeluarga akan keadaan uwan lantaran usianya sudah renta.
Antibodinya pasti kurang. Bagaimanalah tubuhnya mampu untuk menangkis virus yang membunuh ini?
Sesungguhnya Allahu musta’an.
Sepanjang uwan di hospital, beliau dibekalkan dengan sebuah handphone supaya kami boleh berhubung.
Tapi kau kena sabarlah nak call uwan. Sehari semalam call tidak berjawab.
Kadang-kadang dua hari. Maklumlah insan seusia wan, handphone bukanlah keperluan.
Orang Paling Sihat Antara Pesakit
Syukurlah ada seorang anak muda yang sudi membantu uwan. Beliaulah yang sering mengingatkan uwan untuk menjawab panggilan kami. Jiran sewad katil sebelah.
“Kak jangan bimbang, opah (orang Perok gamoknya En Wan ni) ni yang paling sihat antara kami.”
“Dia tak duduk diam, nanti dia round satu wad cari kawan berbual.”
Mendengar itu sahaja sudah membuatkan hati saya berbunga-bunga. Subhan-Allah.Maha suci Allah Taala.
Syukur Atas Rezeki & RahmatNya
Akhirnya berita gembira memihak kepada kami. Uwan bebas daripada covid sepenuhnya selepas beberapa hari di hospital. Syukur kami ke hadrat Allah Taala bukan kepalang.
Inilah rezeki dan rahmat yang Allah kurnia kepada uwan. Beranak 10 badan maintain kecil comel. Matanya masih elok. Suaranya masih jelas tutur katanya satu persatu.
Solatnya masih sempurna dengan berdiri tegap, rukuk dan sujud. Sakit-sakit lutut setakat ini belum ada lagi dalam sejarah kesihatan uwan.
Jaga Pantang
Bahkan jika dibandingkan uwan dengan anak-anak perempuannya. Uwan lebih kelihatan sihat dan tegap walaupun rambut hitamnya sudah banyak ditutupi uban yang memutih.
“Uwan pakai ilmu apa ni?” Tanya saya mengusik.
“Haishh tak do pakai ilmu-ilmu doh.”
“Jaga badan tu dalam pantang.”
Haaa kalau uwan dah bukak cerita ilmu jurus pantang ni. Nanti saya perlahan-lahan angkat kaki lahhh.Hahaha.Lama tunggu nanti kot terkena batang hidung sendiri. Menyesal badan.
Terbayang stress bertungku siang malam dan berbengkung lilit yang sampai nak bernapas pun tak boleh. Minum air ibu kunyit lah, air akar kayulah. Tapi sungguhlah, jaga badan semasa muda untuk kesejahteraan ketika tua.
Banyak kenangan saya dengan uwan. Jika dunia adakalanya sering mempersoalkan tindakan dan sikap saya. Uwanlah insan yang paling memahami gejolak hati cucu sulungnya ini.
“Uwan jer tau apa yang ada dalam hati kau tu Jee.”
Uwan oh uwan.
Terus sihat ya wan supaya kita boleh berjumpa nanti. Doakan uwan saya ya kawan-kawan supaya semua urusannya di dunia dan akhirat kelak Allah permudahkan belaka. Rabbuna yusahhil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.