“Mee Rebus Mama.” Wanita Ni Kongsi Resipi Mee Rebus, Punyalah Sedap Boleh Ulang Makan 5 Kali Sehari!

Share

Waktu PKP begini, ditambah pula anak-anak belajar di rumah, pasti ibu-ibu agak buntu nak sediakan hidangan apa kan. Asyik-asyik menu yang sama pasti anak-anak naik jemu. Boleh juga pelbagaikan menu tetapi masih dengan bajet yang rendah.

Jadi, hari ini admin kongsikan cara buat Mee Rebus yang simple tapi sedap. Pasti memikat hati seisi keluarga. Resipi ini dikongsikan oleh puan Ainn Mustafar.

Selamat mencuba!

Mee Rebus Mama!! Menu special my mum ni! Iolls boleh ulang makan 5 kali sehari 😂😂😂😂

Resipi untuk 1kg Mee Kuning

Bahan kisar A:
Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas)


Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)


Daging hiris nipis


Udang buang kulit


Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)

Cara penyediaan:-
Tumis semua bahan kisar A. Agak2 dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak2 lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi.


Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi)
Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Lastt skali masuk udang. Agak2 menggelegak boleh tutup api. Udang jgn masak lama, nanti keras tak sodap 😬

Agak2 uolls ok pekat dia mcm mana. Tak cair sgt and tak pekat.

So uolls tabur tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng and limau!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club