Sesekali tekak kita terasa jemu juga menjamah nasi, kalau boleh enak juga jika dapat pekena mee hailam yang berkuah banjir dan ‘mewah’ dengan daging, sotong dan udang. Memang puas hati menikmatinya.
Pun begitu, tidak semua restoran atau kedai makan menyediakan mee hailam seperti yang dibayangkan. Kadang-kadang bila dipesan, dapat pula mee hailam berkuah cair dan ramuannya tidak berasa.
Jadi apa kata anda sediakan sendiri memandangkang tidak susah mana pun untuk menyediakan menu mee hailam ini.
Apatah lagi dengan perkongsian resipi daripada Puan Hasniza Hassan, kuah mee hailamnya agak istimewa dan lain sedikit kerana perlu ditumis dengan lada hitam. Sekali gus menjadikan kuah lebih berasa dan berempah.
RESIPI MEE HAILAM
BAHAN-BAHANNYA:
bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.
2. Tumis sehingga wangi dan kekuningan.
3. Kemudian, masukkan daging dan tambahkan air.
4. Selepas itu,boleh masukkan air rebusan kulit udang jika ada dan biarkan mendidih untuk daging empuk.
5. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.
6. Masukkan udang dan sotong tetapi jangan biarkan terlalu lama.
Ads
7. Lalu, masukkan hirisan cili dan tomato serta garam dan gula secukup rasa.
8. Masukkan hirisan kobis dan masak seketika.
9. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sawi dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Melangkah ke alam rumah tangga, pemikiran dan kehidupan wanita berubah sama sekali. Kalau dulu bebas ke mana saja dengan kawan-kawan, kini keluarga jadi keutamaan. lebih-lebih lagi kalau bergelar surirumah. Hadap semua benda sendirian.
Kalau dapat suami yang ringan tulang bolehlah membantu. tapi kalau jenis yang pulang dari kerja yang dicari bukan isteri tetapi sofa untuk landing sambil tangan tak lekang dengan handphone. Ini juga satu masalah kan.
Itulah yang diutarakan oleh Shakilla Khoriri, pelakon dan juga isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali. Cukup berterima kasih kepada suaminya yang banyak membantu menguruskan hal rumah tangga dan anak bersama, jelas Shakilla, setiap suami harus berbuat demikian dan tidak sekadar melepaskan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Strees tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga. YES ! memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot. SUAMI …….mohon TERbaca caption ni. Sayangi lah ISTERI. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang KESIAN lah. . Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak. Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata. BANTU……kau bukan kawin dengan MAID. Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah. .
TEPUK besar untuk suami yang sama2 bantu ringan beban kau. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai. Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali I love you my boy @fiziali_️
Ibu mana yang sanggup mendengar atau melihat anak sendiri dikecam. Biar mungkin si ibu tidak bersetuju dengan tindakan si anak, namun nun jauh di sudut hatinya pasti terselit rasa sedih mendengar dan membaca kecaman yang diterima si anak.
Demikilah juga dengan Bonda Rozita bila mana anaknya Dato’ Seri Aliff Syukri menerima kecaman demi kecaman dek perbuatannya baik ketika memuat naik menerusi laman sosialnya mahupun di hadapan khalayak ramai.
Menerusi satu posting, Bonda Rozita mengakui selalu menasihati perbuatan anaknya itu.
Saya sakit juga kalau orang kata dia
“Kalau org kata dia tak baik..Saya sakit juga..anak kan..!! Hepi sangat hari ni dia datang kasi tudung sambil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tudung sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak tak ada ganti2 ke..?? . Pakai tudung biar nampak muda selera gak daddy tengok..kalau tak dah rupa macam mak lampir ” diguraukan saya ni..Saya redho dan maklum saya tua dah..tak marah pun.
Malah, akui Bonda Rozita, biarpun nampak anaknya berperangai sedemikian, namun sebenarnya dia seorang yang prihatin, suka membantu orang lain.
Bab baik dia ni dengan orang miskin dan family dia pemurah hobi memang suka cakap dan melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sangat faham dia ..No point kondem dia ..dia tak rasa apa ..!!
Tambahnya lagi, Dato’ Seri Aliff juga bukan anak jenis yang ambil kisah biarpun tahu ibunya merajuk dek perbuatannya itu.
Anak tak kisah bonda merajuk
“Saya tak boleh follow cara dia bila jumpa saya dah tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dan tak heran pun ..Malah saya carutkan lebih2 lagu si bobo tu..Dia kata sekadar kerja.. tak cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri . Jawabnya “Mak ingat saya rapat ke ..tak ada makna lah..Mak kenal saya cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dan hakikatnya dia jenis tak dengar nasihat tak peduli orang ..( dalam family semua sayang dia sebab dia sangat baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun tak leh nak cakap apa dah..tahankan je )
Musim rumah terbuka ni pasti aktiviti mengupas telur antara yang wajib dilakukan. Kalau bukan telur untuk menu laksa, antara menu lain yang turut menjadikan telur rebus sebagai makanan sampingan adalah mi kari dan sebagainya.
Mengupas telur rebus sememangnya mengambil masa yang agak lama. Ini kerana kita terpaksa mengupasnya satu persatu dengan tertib, bimbang ia mencacatkan telur.
Sebenarnya ada teknik mudah untuk memudahkan, cepat dan pantas untuk mengopek telur rebus ini. Malah cara ini juga membantu telur rebus lebih cantik kupasannya.
Musim rumah terbuka ni ada baiknya anda cuba teknik ni. Pantas dan jimatkan masa. Bagaimana?
Wow kalau dah magic secepat seminit saja takkanlah kita taknak cuba kan? Ajar anak-anak ikut cara ni dan minta mereka buatkan. Aktiviti paling mudah!
Langkah 1
Basuh telur terlebih dahulu sebelum di rebus. Masukkan ke dalam periuk dan letakkan air hingga paras telur sedikit tenggelam. Rebuslah telur seperti biasa hingga masak.
Langkah 2
Apabila telur mula timbul dipermukaan, itu menandakan telur telahpun masak. Angkat telur dan toskan airnya.
Langkah 3
Masukkan semula telur ke dalam bekas dan letakkan air paip ke dalamnya. Biarkan seketika hingga telur sejuk.
Langkah 4
Apabila hendak mengupas telur, masukkan telur ke dalam bekas berisi air. Bekas plastik antara yang disarankan dan pilihan terbaik untuk anda melakukan langkah ini. Goncang seketika dan kemudian kupaslah telur seperti biasa. Hasilnya telur akan terkopek dengan mudah hanya dengan sekali kupasan sahaja.
Boleh dikatakan ia ibarat kuasa magic. Jadi kena cuba. Langkah ini pasti buat anda puas hati!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berbanding imbasan atau scan biasa, detailed scan antara yang disarankan oleh doktor untuk mengesan sebarang kecacatan sturktural yang dialami bayi terutama bagi ibu hamil berusia 35 tahun ke atas.