
Asyik beli sarapan di luar. Apa kata buat sendiri sarapan di rumah pastinya puas hati.
Bagi yang bercadang nak buat mee basah seperti di kedai apa kata ikuti resipi ni.
Memang puas hati. Apa kata buat sendiri. Memang sedap pasti licin satu kuali!
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RESIPI MEE GORENG BASAH
Resepi Mee Goreng Basah:-
Bahan:
1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan)
1 paket fish ball
2 ekor sotong sederhana
Ayam (ambik isi & tulang2 sikit)
Sos cili 3 sudu besar
Kicap manis 4-5 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Cili boh 3-4 sudu besar
Sawi 1 ikat
Tomato 1 biji potong 6/8
Cili besar 2 biji
Minyak masak 3 sudu besar
Air (ikut masing2 nak basah sikit atau banyak)
Cara penyediaan:
ditumbuk:-
Cili padi 7 biji
Bawang putih 5 biji
Bawang besar 1 biji
Cara-caranya :-
1) Panaskan kuali, masukkan minyak.
2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tggu mendidih atau pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.
4) Masukkan mee. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato, cili besar.
5) Siap untuk dihidangkan.
***Resepi sy ambil dari group nie dan olah cara saya
Selamat mencuba!
Sumber : ziehan azizan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
7 ‘C’ Menurut Dr Fadzilah Kamsah Patut Dielak Isteri Agar Tidak Dibenci Suami. Wajib Baca Ni!

Lumrah hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Ada baik dan ada buruknya. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tetapi yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsingkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
“Ada Cara Tak Kalau Saya Sebagai Ibu Nak Betulkan Silap Saya.” Deep Perkongsian Ini

Bukan mudah mendidik ahli keluarga menjadi anak yang baik. Sebagai ibu bapa pastinya tanggungjawab berat agar memastikan anakn-anak dapat membesar dengan baik dan mendengar kata.
Sebuah perkongsian Wawa Shauqi yang menyentuh hati mengenai seorang ibu yang gagal dalam mendidik anak. Jom semak!
“Ada cara tak kalau saya sebagai seorang ibu nak betulkan silap saya?”
Tanya seorang ibu di seminar kelmarin. Ceritanya buat kami di dewan seminar sebak.
Saya namakan akak ni sebagai Kak Ma. Kak Ma seorang ibu bekerjaya hebat. Dari tudung Bokitta yang dipakainya pun dah boleh agak. Kiranya kalau dari segi kewangan dan kerjaya, dia nampak hebat dan berjaya.
Tapi bila di rumah, dia dilihat sebagai seorang ibu yang gagal. Anak lelakinya menganggap dia seperti musuh. Manakan tidak, Kak Ma ‘tidak hadir’ sebagai seorang ibu kepada anaknya sepanjang anaknya membesar.
Anaknya membesar bersama nenek. Bukan dia tidak cuba jaga anaknya itu sendiri. Tapi anak terunanya sendiri sentiasa mengelak, tak mahu duduk di bawah jagaan Kak Ma. Saya agak, ada sesuatu yang membuat hati anak ini terluka.
Sehinggalah si anak mencecah umur 16 tahun, barulah Kak Ma berjaya bawa anaknya pulang tinggal bersama. Kalau tak kerana nenek yang dah tak tua dan tak mampu menjaga, tak mungkin anaknya sanggup.
Kak Ma sangka bila dah tinggal sebumbung, lebih mudah hubungan mereka pulih. Tapi sebaliknya berlaku. Setiap tingkah laku anaknya seolah sengaja membangkitkan marah Kak Ma.
Setiap kali itu dia cuba menegur. Kadang-kadang jadi membebel. Tapi kebiasaannya interaksi antara mereka pasti mencetuskan perang dingin. Kata Kak Ma, “Hari-hari kami bertekak sampai boleh melambung rasa bumbung rumah ni”.
Anak dah dewasa. Dah tau dirinya ada kuasa. Rotan dan marah dah tak kuat untuk melawan kuasa rebel seorang anak remaja.
Kak Ma sedar selama anaknya membesar, dia tidak memainkan peranan sebaiknya sebagai seorang ibu.
Atas sebab tu Kak Ma redho bila berulang kali si anak mengulang sebut kegagalan Kak Ma sebagai ibu. Apa yang dikata anak semuanya benar belaka.
Bebanan rasa bersalah itulah yang buat Kak Ma redho bila anak terunanya meminta duit dan berbelanja mewah. Sedangkan dia tau, duit itu digunakan anak untuk berpeleseran. Tapi apa pilihan yang dia ada untuk raih kembali kepercayaan anaknya terhadap dia.
Dia fikir, ‘Tak apelah. Asalkan anak aku masih sudi tinggal bersama aku.’
Kami di dewan hanya mampu tumpukan mata dan tajamkan telinga mendengar kisah Kak Ma. Wajahnya betul-betul kosong. Tak tahu apa usaha yang perlu dia buat.
Bila Ibu Rose tanya apa yang dia harapkan pada waktu ni, dia hanya melepaskan keluhan berat dan jawab, “Saya harap saya boleh kembali ke waktu anak saya kecil, menyayangi dia dan melayani anak saya tu sebagaimana yang sepatutnya.”
Ya Allah waktu tu terus berkaca mata saya. Orang belakang dah ‘sok sek sok sek’ bunyi hidung berair. Rakan sebelah saya dah mengelap air mata. Satu dewan gagal tahan sebak. Masing-masing terkenang masa depan dengan anak-anak.
Masing-masing menyedari anak kecil yang mereka sayang dan masih boleh ditimang ini juga punya risiko mendewasa sebagai remaja rebel.
Kak Ma, kerana akak, pandangan saya terhadap anak saya luar biasa rasa sayangnya. Kerana Kak Ma, saya lebih mudah bersabar dengan anak saya. Kerana akak juga saya ingin melihat anak saya sebagai bakal dewasa yang akan terus menyayangi ibunya walaupun dah tua kerepot.
Terima kasih Kak Ma, semoga Kak Ma diizinkan Allah memulih hati anak yang luka. Semoga Kak Ma jumpa momen untuk meraih semula kepercayaan anak. Semoga hubungan antara Kak Ma dan anak kembali berbunga dan hidup subur sehingga ke taman syurga.
.
1. Banyak perkara yang kita nak kejar dalam hidup ni. Kita sentiasa sibuk pandang tinggi orang lain, tanpa sedar anak kita sendiri memandang kita sebagai idola. Kita sentiasa sibuk nak mencari sumber kewangan buat memberi makan anak kita, tanpa sedar kita dah biar anak kita laparkan perhatian.
2. Anak-anak tidak mahu harta kita. Bagi mereka perhatian dari kita lebih berharga. Lupakan letih dan tugas kita seketika. Pandang wajah mereka. Dengarkan mereka teruja bercerita. Akan sampai satu masa, mereka tidak lagi ada masa yang banyak untuk kita.
3. Biar tak banyak masa. Asalkan bila ada, cipta momen sebaiknya. Peluk cium anak, biar mereka tahu betapa kita menyayangi mereka. Jadikan setiap 5 minit pendek yang kita ada untuk anak tu sebagai impak positif dalam hidup anak sehingga 50 tahun akan datang.
4. Masa takkan dapat kita putar kembali. Setiap minit anak makin membesar. Sesibuk mana pun kita membina kerjaya, jangan lupa kerjaya sebenar kita sebagai ibu dan bapa. Let’s be real parents again
“Kaki Berkudis, Bengkak & Bernanah, Tidak Boleh Berjalan.” Ayah Jual Kopi & Ibu Suri Rumah, Rayu Bantuan Anak Derita Ekzema Kronik

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalma usia sekecil ini dia sudah diduga dengan ujian yang cukup berat. Kita yang melihat terasa begitu pilu dan tidak dapat bayangkan betapa beratnya penderitaan si kecil ini.
Perkongsian mengenai adik Hana ini diperoleh menerusi Facebook Sya Rosyada yang memuat naik beberapa gambar si kecil ini yang dilihat menderita penyakit kulit dibahagian kakinya.
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..???
Syada tak boleh tengok… tulis ni pun menitik air mata..YA Allah tolong la hambamu..sembuhkan penyakit adik hana.
NAMA NUR HANA HUMAIRAH BINTI ABD RAHIM BERUSIA 3TAHUN..
SEORANG KANAK-KANAK YANG AKTIF DULU DAN SEKARANG NI SUSAH NAK BERGERAK DENGAN MASALAH KAKI MACAM TU..
DAH BANYAK KALI BERUBAT MERATA2..HOSPITAL N PERUBATAN KAMPUNG..DAH SEMBUH PASTU NAIK LAGI..
MINTA TOLONG SHARE BERAMAI2 BAGI MEMBANTU INSAN DALAM KESUSAHAN.
Menurut ibunya, hasil pemeriksaan doktor, Hana Humairah menderita ekzema dan perlukan rawatan bagi memulihkan kesihatannya.
Walaupun diuji dengan dugaan yang begitu berat, namun Zainab Othman, 33, tetap tabah menghadapi ujian Allah SWT.
Menurut Zainab, anak ketiganya itu terlantar kerana menghidap penyakit gatal yang dialaminya sejak sebulan lalu. Awaklnya, dia hanya mengalami gatal-gatal ketika berusia dua tahun dan hanya pada badan saja.
“Paling teruk apabila kedua-dua kakinya berkudis serta membengkak dan bernanah sehingga tidak boleh berjalan.
“Anak asyik menangis kerana sakit dan gatal malah kulit mengelupas selepas digaru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, Baling hari ini.
Katanya, dia dan suami, Abdul Rahim Che Sa, 35, sudah membawa anak mereka berubat di merata tempat termasuk perubatan moden dan tradisional tetapi penyakitnya tidak berubah.
Zainab berkata, pada mulanya Nurhana Umairah hanya gatal-gatal kecil saja pada badan sebelum mengambil ubat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
“Selepas habis makan ubat yang diberikan penyakitnya berjangkit semula ke seluruh badan dan paling teruk sejak sebulan lalu apabila merebak kedua-dua kaki.
“Dia menggaru sehingga berdarah kerana terlalu gatal dan terasa sakit selepas itu sehingga ditahan di wad selama seminggu sebelum Aidilfitri di Hospital Baling (HB),” katanya.
Katanya, keadaan penyakit anaknya tidak berubah dan semakin teruk terutama pada kedua-dua kaki.
“Semakin hari semakin teruk dan saya hanya menyapu krim serta makan ubat yang diberikan doktor bagi menahan sakit dan gatal, ” katanya.
Zainab yang juga suri rumah bergantung kepada suami yang mencari rezeki dengan menjual kopi kampung diproses sendiri.
“Saya terpaksa menjaga anak yang sakit dan dua lagi yang masih bersekolah rendah.
“Saya tidak dapat membantu suami untuk mencari rezeki bagi merawat anak dengan perkhidmatan rawatan yang lebih baik.
“Kalau ada yang dapat membantu merawat anak… saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kasihan melihat keadaannya,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi ibu Hana di alamat yang tertera ini.
Zainab binti Othman
No.29B Kg Mengkuang Hujung
Kuala Pegang 09110 Baling Kedah
no.tel +60 13-431 5537
Atau anda boleh terus memasukkan sumbangan ke akaun nomber 152050022262
Maybank. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Aamiin.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialami adik Hana ini. Ada yang memberi cadangan dan petua berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah melalui situasi tersebut.
Ziela Ismail Ziela Ismail Allahuakbar.semoga cepat sembuh..cuba cari daun kandang rusa belanda pekat boh..atau daun bambu. Lpas tu tampal bahagian yg luka tu.ikhtiar insyaallah klu izin dri allah sembuh.
Azamk Jaya Hurm…leh tolong ni. Je lh… Cri pucuk daun kekabu… Ramas sampai hncur…. Try sapu
Ahmad Abu Bakar Assalamualaikum Tuan d puan dulu mass kecil saya selalu kena kudis api .jd nenek saya but kan minyak sapu cubala mana tau berkesan.caranya ambil kulit bawang merah d bawang putih d goreng sekali.biar DLM 10 minit.kasi sejuk Dan sapukan pada yg berkudis.mudahan sembuh dgn pertolongan ALLAH.sblm.sapu selawatlah.ins…..
Rosnah Kasim Subhanallah..moga cpt sembuh..cuba rebus akar seruntun bgi pekat skit cuci kudis2 tu msa air mseh suam
Noor Jihan Tahu x daun cabai kurab blander bagi halus campur dgn bdak sejuk inshaallah dlm seminggu baik.msa nak sapu baca ayat nabi yunus selawat srkali baca fatihah 1 x baca ayat 3 qull 1 x kemudian sapu .buat 1 hari 2x pgi dn mlm
Norpaifzah Sulaiman assalamualaikum…cuba cari sarang angkut2 n bancuh dgn air zam2..sapukan d seluruh tpt yg sakit tu..selawat..baca fatihah..cuba lah..insyaAllah
Faridah Nordin Maaf saya bagi petua saja dg kuasa allah ..ambil kulit ambra rebus dg air sampai mendidih kemudian suam2 kuku bagi mandi. Pas tu kain baju adik rebus dg air panas dg campur dg apa2 bahaan cucian
Sumber: Sya Rosyada & Harian Metro