Jemu berbuka dengan nasi, apa kata mencuba menu mee goreng basah yang nampak cukup menyelerakan ini.
MEE GORENG BASAH BERLEMOIHHH MULOT…
Ramai mintak resepi haritu… Ok sekarang update yer..
Bahan-bahan untuk 4 orang makan
1. Mee setengah kilo
2. Cili blend 1 senduk(kena banyak.. So cari yang tak pedas la)
*cili blend biasa dah siap blend dengan bawang putih dan merah
3. Sawi
4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing-masing
5. Sos tiram 2 sudu besar
6. Sos cili 1 sudu besar
7. Kicap manis
(bahan-bahan ni saya guna.. Kalau nak tambah tauhu2 boleh je)
Cara-cara:
1. Mula-mula tumis cili blend sampai garing.. Macam buat sambal tumis. Cili kena banyak baru kuah pekat cantik…
2. Masukkan ayam/daging. Tunggu sampai ayam masak..tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lagi sampai pekat.
3. Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee..gaul rata…masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tak nak overcooked..masukkan sawi…
4. Tunggu sampai udang dan sotong masak.
Siap!
sumber : Nur Aisya via MAHN
Ibu-Ibu Cuba Buat Sendiri Nasi Impit Homemade. Betul Betul Mudah Dan Super Jimat!
Tidak lengkap rasanya jika raya tiada menu yang satu ini. Selain Rendang, Lemang dan ketupat, Nasi impit adalah hidangan yang harus dan wajib dihidangkan di pagi hari raya. Enak dimakan bersama kuah lodeh, rendang, sate dan bermacam-macam lagi.
Pelbagai pilihan nasi impit segera yang dijual di pasaran. Hanya perlu merebusnya dan siap untuk dihidangkan. Tetapi, kalau buat sendiri, akan lebih jimat dan boleh hasilkan dengan banyak. Modal hanyalah plastik tahan panas, beras serta lidi sate. Mudah je!
Jom lihat langkah demi langkah penghasilan Nasi Impit homemade perkongsian dari saudari Rafiza Idayu menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
BAHAN-BAHAN:
Periuk Bertekanan Tinggi (Pressure Cooker-PC)
• Beras 1 pot = 130g (Saya guna beras Sekinchan Best)
• Plastik saiz 5×8 (5 inci x 8 inci)
• Lidi Sate
CARA MEMASAK:
1. Lubangkan plastik menggunakan lidi sate.
2. Masukkan beras 1 pot = 130g.
3. Basuh beras berkenaan. Masukkan sahaja air dalam plastik yang berlubang tu.
4. Toskan.
5. Lipatkan plastik begini.
6. Lipat kali ke dua.
7. Lubangkan guna lidi sate di bahagian lipatan.
8. Kemaskan plastik dengan menyulam lidi ke dalam lubang yang telah dibuat seperti dalam gambar. Kalau boleh elakkan penggunaan stapler kerana bullet stapler yang kecil dan halus dibimbangi masuk ke dalam makanan yang kita makan. Lagipun mengelakkan bullet berkarat masuk ke dalam makanan kita.
9. Patahkan lidi yang terlebih. Siap! Sedia untuk direbus.
10. Cara nak periksa kandungan beras begini tipnya. Pastikan kandungan beras setengah dari saiz plastik. Paras beras berada di bawah garisan bucu ke bucu plastik.
11. Masukkan air hingga 3/4 periuk.
12. Masak menggunakan api besar selama 45 minit.
13. Selepas 45 minit. Tunggu sehingga semua tekanan dah keluar sendiri, ok dah boleh keluarkan nasi impit kita.
14. Nasi Impit Ekspress. Alhamdulillah, cantik kejadian nasi impit kita.
Tip:
- Bagi anda yang tiada periuk tekanan, boleh juga merebus nasi impit dengan menggunakan periuk biasa sehingga ia kembang dan pejal.
- Untuk periuk saiz 23cm diameter ini bolehlah masukkan 4 ketul nasi impit. Lebih jangan kerana beras akan mengembang. Dibimbangi nasi impit tak cukup terendam.
- Pressure Cooker bukan macam periuk biasa yang kita boleh buka tutup ketika dimasak. Hati hati ketika mengendalikan PC.
- Letak untuk penyejukan nasi impit. Kalau rupa parasnya herot beret semasa merebus, boleh ditekan dan dibetulkan kedudukan segiempatnya. Tekan sahaja ketika panas panas. Insya allah, dah sejuk nanti cantik bentuknya
Sumber: Rafiza Idayu (www.amazingayu.com) via MAHN
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Menu Ringkas Mudah Masak, Sedap!
Apa menu hari ini ibu-ibu? Dah fikir belum atau masih buntu?
Inilah dilema ibu-ibu kan bila nak sediakan juadah berbuka untuk seisi keluarga.
Okey,hari ini admin leraikan kebuntuan, jom cuba resipi yang mudah ini. Selamat memasak!
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor(dipotong Dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Cara memasak:
1)masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam.lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam Dan goreng sehingga masak.
2)minyak Yang Sama(keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3)tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut Dan lengkuas.masak sehingga Naik bau Dan kekuningan.
4)masukkan cili kisar Dan Tumis sehingga masak Dan pecah minyak.
5)kemudian,masukkan perencah tomyam,cili padi,SOS tiram,SOS ikan Dan tambahkan garam Dan serbuk perasa(JIKA PERLU) serta Gaul rata.
6)akhir sekali,masukkan lobak merah,ayam Yang telah digoreng Dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar Dan sedikit kering.
7)angkat Dan siap dihidang
SELAMAT BERBUKA PUASA😊
Kredit: Nurul Ateekah
“Jus Kasih Isteri Buat Suami.” Wanita Ni Buatkan Jus Bantu Turunkan Tahap Kolesterol. Badan Pun Jadi Ringan!
Selain mendapatkan nasihat dari doktor, pengambilan makanan yang sihat seperti jus boleh membantu mengawal kadar kolestrol.
Admin kongsikan satu resipi jus iaitu jus kasih isteri buat suami yang dipanggil jus kolesterol oleh Puan Mona Din menerusi laman facebooknya
JUS KOLESTROL
Jus kasih isteri buat suami.
Jus rutin mr hubby, yang saya panggil jus kolestrol, dah sebulan habis.
Kesian mr hubby terpaksa ponteng minum, beli yang di jual di luar mr hubby tak suka, tak seenak & sesegar yang isteri buat, katanya, hehe.
Jus ni terbukti mujarab untuk mr hubby, sebab dulu-dulu setiap kali pi check-up doktor, result yang confirmed dapat, tahap kolestrol dalam badan sangat tinggi.
Tapi sejak mr hubby dok amalkan minum ni setiap pagi, sejak setahun lebih yang lalu, kolestrol dalam bdaan mr hubby di paras normal saja, Alhamdulillah.
Juga mr hubby kata, badan dia akan rasa ringan, berpeluh dan lawas ke toilet bila minum 2 sudu jus ni setiap pagi.
Dah jadi amalan mr hubby, pagi-pagi sebelum keluar ke masjid untuk subuh, dia akan keluarkn sebotol dari peti sejuk, letak atas meja makan, kemudian dia ke masjid.
Sebaik balik dari subuh, kesan sejuk peti ais dah hilang, dan jus yang tadi sangat pekat dah kembali jadi seperti sepatutnya, mr hubby akan minum 2 sudu besar tiap-tiap pagi, tanpa gagal.
Kemudia, mr hubby akan biar je botol tu atas meja, untuk saya minum pula bila saya turun ke dapur, dan kemudian saya yang akan simpan kembali botol tu dalam peti sejuk.
Itu rutin rasmi kami bdua…
So pagi ni, mokji bkesempatan buat jus ni lagi, khusus buat pokji, my darling mr hubby❤️❤️
Klu yang nak cuba, mokji kongsikan resepi di bawah.
Baca details di caption gambar di bawah ya..
Semoga menjadi ilmu yang bermanafaat buat semua??
Bahan
halia, bawang putih, lemon, madu, jus cuka epal.
Cara membuat:
> Kupas / kopek kulit halia, bawang putih dan lemon, basuh bersih.
> Potong halia & bawang putih kecil-kecil.
> Kisar halia dulu, bersama secawan air dari mesin penapis. [ Masukkn sikit air dan kisar, kemudian tambah lagi air, dan kisar lagi. Buat macam tu sampai halia betul-betul lumat…sebab kalau tak kisar betul-betul, akan rasa serat / hampas halia yang kasar-kasar, nanti tak sedap jus kita…]
> Tuang jus halia tersebut ke dalam penapis dan terus ke periuk..
[Saya tapis sebab saya nak pastikan serat halia lumat dan gebu, tidak berserat.]
> Serat yang dah di tapis ni saya kisar sekali lagi, bagi betul-betul lumat mcm debu..Tuang dalam periuk tadi.
> Lepas kisar, baki serat tadi, tuang dan campurkn sekali dalam periuk tadi.
> Inilah rupa halia yang dah di kisar halus..
> Kemudian, guna pengisar yang sama, tak payah basuh, terus masuk bawang putih dan kisar hingga lumat juga.
> Tuang bawang putih ke dalam periuk yang berisi halia tadi.
> Kemudian, potong kecil-kecil lemon, buang biji nya.
[saya tak potong awal-awal tadi sebab tak nak jusnya terkeluar banyak], terus masuk pengisar dan kisar lumat.
> Tuang lemon jus ke dalam periuk yang berisi halia dan bawang putih. Kacau rata.
> Letak periuk yang berisi semua campuran tadi atas api, kacau hingga mendidih.
> Bila dah mendidih, masukkan jus cuka epal / epal cider. Kacau rata, sampai mdidih lagi. Kemudian, tutup api.
> Tutup periuk separa. Then tinggalkan sampai ramuan di dalam hampir sejuk. Boleh buat kerja lain dulu.
> Bila dah sejuk, tuangkan madu ke dalamnya.Tuang sikit demi sikit. Rasakan tahap manis-manis dan masam yang di sukai.. Kacau hingga sebati.
>Masa kacau ni baca la apa-apa ayat Quran yang di sukai…dan jangan lupa berdoa; minta semoga dengan izin Allah jus ini berupaya menjadi ubat yang mujarab, sesiapa yang minum, terutama suami kita, di jauhkan drai sebarang penyakit dan di sembuhkan dari segala yang berkaitan kolestrol, jantung, strok, hblood dan segala…amiin
> Kemudian tuang dalam botol. Sebaiknya gunakan botol kaca. Hasil yang saya dapat boleh la tahan 3-4 bulan.
> Akhir sekali simpan dalam peti sejuk. Keluarkn satu botol bila nak minum.
Ambil tiap-tiap pagi masa perut kosong sebanyak 2 sudu besar.
Semoga bermanfaat. Silakan share jika mahu.