
Isi Kandungan
ToggleMe Time Penting Untuk Kualiti Emosi Ibu-ibu, Ambillah Masa Untuk ‘Menikmatinya’
Ibu-ibu zaman sekarang setiap hari dihambat dengan pelbagai kesibukan sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Penat memikirkan soal kerja yang perlu disiapkan mengikut jadual, fikirkan anak yang bersekolah, tugas mengurus rumah tangga, pendek kata semuanya perlu ‘dihadap’ dalam satu masa.
Menjadi seorang isteri dan ibu, bukanlah semudah yang disangka. Lebih mencabar apabila wanita juga bekerja bagi tujuan membantu meringankan beban suami. Begitulah rutin yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.

Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
TUGAS SEORANG IBU DAN ISTERI BUKAN MUDAH:
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.

Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
IDEA-IDEA ME TIME UNTUK PARA IBU:
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari geng ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.

5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. Join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Sumber kredit: Ustazah Asmak Husin
Sumber gambar (top image): Pexels
Dulu UPSR 6A, Kini PT3 13A! Bapa Ini Kongsi 20 Amalan Didik Anak Cemerlang Akademik. Inspirasi!

Setiap ibu bapa pastinya ingin anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Malah ada yang sanggup menyediakan kelas tambahan supaya anak dapat ke sekolah berasrama penuh seterusnya melangkah ke menara gading.
Malah setelah semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di tutup ekoran arahan PKPB ,pastinya ada yang risau pembelajaran anak, Biarpun ada pembelajaran secara online di rumah.
Bagaimana pun, dalam tempoh ini tidak harus dijadikan alasan anak ketinggalan dalam pembelajaran disebabkan tidak hadir ke sekolah. Namun, ibu bapa sendiri boleh menjadi pemangkin di rumah untuk mendidik anak.
Menarik untuk di kongsi supaya menjadi panduan kepada ibu bapa yang ingin mengetahui teknik mendidik anak, boleh melihat perkongsiannya seorang bapa ini, Hasrulnazim Hassan dan isterinya, Haslinda Bt Zainal Arpin cara mendidik anak menjadi cemerlang.
Menerusi blognya, jauh di sudut hati beliau bukan hendak mendabik dada atas kecemerlangan anaknya, namun atas permintaan ramai yang ingin tahu rahsia mendidik anaknya.
Maklumat Terbaru, pada tahun tahun lepas anak sulungnya itu yang telah menduduki PT3 dengan keputusan 13A memang menakjubkan. Hasif Amri bin Hasrulnazimi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim.
Ikuti perkongsian beliau
Sharing is Love. Saya tak mahu jadi pelokek sehingga ada yang bertanya, saya menyombong dan tidak mahu memberikan jawapan. Mungkin apa yang akan saya berikan ini boleh dijadikan panduan dan tips untuk calon-calon UPSR akan datang.
Amri adalah anak sulong saya. Dan menjadi idaman buat semua ibu bapa yang anak pertama akan lahir menjadi seorang anak yang menjadi contoh pada yang lain. Saya dan isteri, sewaktu awal perkahwinan memang mengidamkan anak yang soleh, bijak, pintar, patuh pada ajaran agama dan sihat. Maka, apa yang kami lakukan ialah mengikuti tips dan petua untuk melahirkan anak yang soleh menerusi buku-buku, ebook, dan juga majalah keibubapaan.
20 Tips Petua Anak Berjaya UPSR 6A
Alhamdulillah. Kami gembira kerana segala petua itu nampaknya memberikan kesan yang baik untuk anak kami, khususnya Amri.
- Didikan Seawal Dalam Kandungan– Sewaktu dalam kandungan, Amri didengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran… samada menerusi rakaman audio atau isteri saya yang amalkan terutama sebelum tidur. Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan, dan usap perut isteri ketika mengandung.
- Ajar Untuk Kenali Huruf dan Sebutan di Awal Usia– Saya dan isteri gunakan flash card untuk ajar Amri kenali huruf, belajar sebutan, kenali haiwan, kenali tumbuhan; baik dalam Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris.
- Berikan Permainan Yang Uji Minda dan Ingatan– Seawal usia 3 tahun, Amri sudah boleh selesaikan jigsaw puzzle dia sendiri tanpa dibantu. Malah, Amri boleh selesaikan jigsaw puzzle bersaiz dua kali kertas A4 lebih cepat daripada saya dan isteri. Permainan dia banyak yang jenis ‘bina-membina’ dan penyelesaian masalah.
- Tak Pernah Tengking atau Jerit– Saya dan isteri tidak pernah marah dan jerit pada Amri andai ada melakukan kesalahan, sebab kami tahu bahawa Amri dalam proses pembelajaran. Kami berikan sepenuh kasih sayang pada Amri, dan didik dia dengan nasihat dan teguran dalam kelembutan.
- Pengasuh Yang Punyai Latar Agama Yang Bagus– Kami hantar Amri untuk dijaga dan diasuh oleh pengasuh yang punyai latar agama yang bagus. Ayah dan ibu angkat Amri seorang yang lemah lembut.
- Ajar Untuk Berenang– Seawal usia, kami dedahkan Amri dengan kolam air; supaya mudah untuk kami ajarkan dia untuk berenang. Berenang bagus untuk kesihatan fizikal dan minda. Alhamdulillah, setelah berumur 12 tahun, Amri sudah boleh berenang sendiri… walaupun saya sendiri tidak pandai berenang. Rasullulah S.A.W sendiri anjurkan ibu bapa untuk ajar anak untuk berenang, selain berkuda dan memanah.
- Ajar Untuk Minat Matematik– Apa yang saya dan isteri buat ialah … apabila berada di atas jalanraya (dalam kereta) selalu minta Amri untuk hafal nombor plet kereta yang ada di depan dan juga nombor plet kenderaan yang memotong. Minta Amri untuk ulang balik apa yang dia nampak. Cara ini juga membolehkan Amri untuk pertingkatkan daya ingatan dan refleks dia. Selain itu, belikan buku matematik mudah serta kad imbasan berkaitan nombor.
- Masuk Tadika Islam– Kami fikir didikan awal terbaik untuk seorang anak ialah didikan mengenai agama. Jadi, kami hantar Amri seawal usia 4 tahun ke Tadika Islam Perak. Di situ, Amri belajar mengenai sholat, doa dan soal halal dan haram. Amri bersekolah di Tadika Islam Perak sehingga berusia 6 tahun… dan menjadi antara murid yang diingati oleh ustazah yang mengajar kerana sikapnya yang tidak banyak karenah – hatta selepas habis belajar pun ustazah masih dok ingat lagi.
- Elak Makan Makanan Yang Meragukan Soal Halal Haram– Amri takkan makan keropok, gula-gula, atau apa-apa jajan yang tidak ada tanda logo Halal Jakim. Malah, kedai atau restoran yang gah-gah macam kat hotel, kalau tak ada tanda Halal, Amri memang elak diri sendiri untuk makan. Untuk info, Amri tak makan Mek Di .. huhuhu.
- Sholat– Kami ajar Amri supaya tidak meninggalkan sholat. Alhamdulillah, asbab masuk Tadika Islam, asbab diasuh oleh pengasuh yang baik, Amri jarang tinggalkan sholat.
- Jaga Aurat– Amri takkan keluar rumah jika tidak tutup aurat. Hatta di dalam rumah pun, Amri jarang tidak berbaju. Bila nak keluar rumah, Amri akan pakai seluar panjang dan berbaju lengkap.
- Lebih Banyak Mendengar dari Bercakap– Amri agak pemalu, dia lebih suka mendengar dan melihat daripada bercakap sesuatu yang difikirkan tidak ada sebarang kebaikan.
- TV Pendidikan– Amri suka tonton cerita animasi Dora dan Diego The Explorer. Dia akan amati dan ikut apa yang disebut oleh Dora dan Diego. Satu lagi rancangan yang Amri suka tonton ketika kecil ialah Wonderpets dan Blue’s Clue.
- Tak Makan Kepala Ikan dan Minuman Yang Ada Semut– Amri takkan makan kepala ikan. Masaklah apa je .. kari kepala ikan ke .. sup kelapa ikan ke …. dia takkan makan kepala ikan tu. Jika air minuman ada semut, dia akan tinggalkan.
- Amalkan Doa– Amalan yang kami sentiasa push pada Amri untuk apa jua yang dia nak lakukan, paling penting ialah doa ketika makan dan doa untuk belajar. Sebab dari makanan yang baik, in Sha Allah … apa jua yang kita lakukan juga akan berikan kebaikan.
- Makanan Yang Baik– Buah Kurma, Tamar atau kismis sentiasa ada di dalam rumah. Bila nak lapik perut atau nak kudap-kudap, anak-anak saya akan makan buah-buahan ini. Makanan seperti buah kurma atau buah tamar adalah sangat baik untuk otak.
- Tak Berikan Tekanan Untuk Berjaya– Saya dan isteri tak berikan tekanan untuk Amri capai kejayaan. Kami selalu nasihatkan untuk Amri lakukan terbaik atas kemampuannya. Kami mahu Amri gembira dengan apa yang dilakukan.
- Tak Makan Kuning Telur– Amri tak makan kuning telur, malah anak-anak saya yang lain juga tak makan kuning telur. Gamaknya dia telah dengar nasihat dari seseorang kot mengenai makan kuning telur ni. Mungkin juga sebab kuning telur tak sedap bagi dia .. haha.
- Pergi Bercuti– Sentiasa luangkan masa lebih baik bersama-sama dengan pergi bercuti. Seminggu sebelum UPSR, saya dan isteri bawa anak-anak bercuti saya termasuk Amri bercuti ke Cameron Highlands, dan beberapa hari selepas UPSR .. saya dan isteri bawa mereka bercuti ke Lexis Suite Penang.
- Sentiasa Ucap Syukur dan Amalkan Sedekah – Kami ajar Amri untuk sentiasa ucap syukur, alhamdulillah dan bersedekah. Paling mudah, belanja kawan-kawan di sekolah.
Ok … ini sahaja yang dapat saya ingat dan apa yang saya amati. Maaflah sebab saya main tulis ikut apa yang terlintas .
Semoga bermanfaat.
Sumber: www.hasrulhassan.com
Air Rendaman Kulit Pisang Boleh Jadi Baja Semula Jadi Untuk Pokok Hiasan Dalam Rumah. Semudah Abc, Pokok Pun ‘Gembira’!

Jangan tak tahu, kulit pisang banyak manfaatnya. Bukan hanya untuk kecantikan kulit. Rupa-rupanya boleh juga dijadikan baja semula jadi untuk pokok hidup dalam rumah. Lepas ni jangan terus buang, simpan kulit pisang untuk dijadikan baja.
Macam mana caranya? Mudah jer, jom baca tip yang dikongsikan oleh Huda Zainal ni.
Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah.
Cara dia semudah ABC.1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira.
Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).
Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
#zerowastetips
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
“Ayah Dalam Kereta Main Phone, Mak Sorang- Sorang Bawa Empat Anak Jumpa Doktor.” Bergenang air mata baca kisah Ni!

Di dalam sesebuah rumah tangga harus saling memberi dan menerima Tidak boleh sekadar satu pihak sahaja. Begitu juga dalam bab menjaga anak-anak. Janganlah sekadar meletakkan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Umi Nur Norza wajar menjadi pedoman buat semua pasangan suami isteri.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza