“MCO Dengan Atuk Kena Buat Latihan Matematik.” Gelagat Tok Mat Jadi Guru Pada Cucu, Buat Warganet Terhibur!

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan bermula 13 Januari yang lalu sehingga 26 Januari ini. Ini menyebabkan persekolahan ditangguhkan dan  ibu bapa  terpaksa berperanan menjadi ‘cikgu’ di rumah sepanjang sekolah ditutup.

Pelbagai gelagat dan akrenah anak-anak dapat dilihat ketika ini, terutama bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan situasi begini. Bagus juga kan barulah mereka tahu tahap pencapaian anak-anak. Waktu inilah ibu bapa terpaksa menunjukkan segala kemahiran yang ada untuk mengajar anak-anak dirumah.

Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Ketua UMNO bahagian Rembau Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat dilihat mengambil peluang mengajar cucu kesayangannya matematik. Perkongsian Tok Mat itu disertai dengan dua keping gambar nyata mencuri perhatian warganet.

Rata-rata memuji Tok Mat yang rajin meluangkan masa melayan cucunya, tak kurang yang mengatakan wajahnya yang nampak garang dengan misai tetapi sangat prihatin dan rapat dengan cucunya.

Sebelum ini Tok juga ada berkongsi gambar cucunya yang baru dilahirkan. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun keprihatinan dan kasih sayang seorang datuk kepada cucunya jelas terpancar pada diri Tok Mat.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club