Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.

Ujarnya, jumlah sumbangan untuk rumah yang musnah sepenuhnya adalah sebanyak RM5,000 dari Petronas yang dikawal selia sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

MB Selangor Umum Bantuan Tunai 10 Ribu Untuk Pemilik Rumah Musnah!

“Ini bermakna pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akan menerima RM10,000, manakala rumah yang terkesan dan juga penyewa akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 oleh Kerajaan Persekutuan, menjadikan mereka akan dapat sebanyak RM5,000.

“Pada hari ini, sesi pertama penyampaian bantuan berkenaan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.

“Seramai 219 pemilik yang disahkan itu dapat disampaikan hari ini, pihak jawatankuasa bencana akan memanggil secara individu semua yang dikenal pasti dan diikuti dengan hari seterusnya,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annexe di sini, hari ini.

Ads

MB Selangor Umum Bantuan Tunai 10 Ribu Untuk Pemilik Rumah Musnah!

Dalam pada itu katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah melakukan pemeriksaan dan siasatan terhadap 437 rumah yang dikenal pasti sebagai angka muktamad oleh pasukan teknikal.

“Kita letakkan rumah-rumah ini dalam tiga kategori iaitu musnah sepenuhnya dengan kebakaran struktur melebihi 40 peratus, separa musnah kebakaran struktur kurang 40 peratus dan terkesan tetapi tidak terbakar.

Ads

“Maknanya dari keseluruhan itu, bagi kategori pertama sebanyak 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya, 81 rumah ditakrifkan sebagai separa musnah dan 57 terbakar tetapi tidak mengalami kebakaran kepada struktur. Baki sebanyak 218 rumah diperiksa didapati tidak terjejas.

MB Selangor Umum Bantuan Tunai 10 Ribu Untuk Pemilik Rumah Musnah!

“Kita juga sudah membesarkan kawasan yang terkesan dari hari pertama adalah 290 meter persegi atau radius.

Ads

“Kali ini, kira-kira 325 meter persegi dilakukan pemeriksaan.

“Dan sehingga hari ini, sebanyak 151 rumah disahkan selamat dan pemilik rumah ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing…mungkin ada kerosakan kecil yang harus ditanggung, perlu dilaksanakan pembaikan.

“Mesyuarat hari ini memuktamadkan senarai mangsa yang diperoleh sehingga 6 petang semalam, sebanyak 613 isi rumah didaftarkan dengan PPS daripada keseluruhan 437 rumah termasuk yang disewakan bilik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI