Mayya Baby Lancarkan Hand Sanitizer Dan 3 Lagi Produk. Buka Peluang Perniagaan Untuk Ibu Bapa

Share

Mayya Baby dengan kerjasama Pa&Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer pada 13 Mac lalu yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16, Shah Alam.

Puan Reni Ismalia Edy selaku Pengasas Mayya Baby berkata “Kerjasama bersama Pa&Ma merupakan satu penghargaan yang paling besar buat Mayya Baby, kerana seperti rakyat Malaysia sedia maklum Pa&Ma merupakan majalah keibubapaan yang paling berprestij di Malaysia dan telah bertapak hampir 20 tahun dalam pasaran dan ini merupakan peluang yang sangat besar sepanjang penglibatan Mayya Baby dalam dunia penjagaan bayi dan kanak-kanak di mana kami diberi kepercayaan oleh pihak Pa&Ma sama-sama untuk menyebarkan kebaikan rangkaian produk penjagaan bayi kami iaitu Mayya Baby.

“Bagi saya kesinambungan yang dibawa dalam bentuk majalah oleh Pa&Ma ke dalam bentuk digital dan media sosial telah membuka peluang lebih luas untuk ibu bapa di luar sana mendapat manfaat dari setiap penulisan yang disampaikan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa untuk lebih celik dan peka dengan ilmu keibubapaan, kesihatan dan penjagaan bermula dari kehamilan sehinggalah, kelahiran, dari usia bayi sampai anak menginjak ke usia kanak-kanak.”

Mengapa bayi perlu produk yang selamat?

Keadaan kulit bayi mudah kehilangan kelembapan jadi ibu bapa perlu teliti dalam membuat pemilihan produk penjagaan untuk si manja. Pembersih atau pelembap kulit yang mempunyai kandungan bahan yang kuat boleh mengganggu pertahanan kulit dan menyebabkan kulit bayi menjadi bertambah kering.

Pilih pembersih dan produk penjagaan kulit bayi yang lembut agar tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap.

Antara kelebihan produk Mayya  Baby

Baby Cream
Mempunyai fungsi 5 dalam 1. Produk ini selamat digunakan untuk bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Selain bayi, orang dewasa serta kanak-kanak juga boleh menggunakan Baby Cream ini. Apa yang paling penting ia tidak mengandungi menthal, camphar dan steroid.

Baby Lotion

Baby lotion berfungsi untuk melembapkan kulit, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Kandungan produk ini juga bebas daripada bahan berbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif.

Shower Gel

Bukan senang untuk mencari mandian yang sesuai untuk si manja. Jika anda ingin mencari mandian yang tidak memedihkan mata, anda boleh dapatkan Mayya Baby shower gel. Ia juga mudah dibilas dan yang paling utama untuk kulit bayi, ia adalah produk bebas paraben dan tiada SLS.

Spray Sanitizer

Spray ini dicipta untuk membasmi kuman. Produk ini sesuai digunakan pada permukaan tangan, kaki serta fabrik. Selain memberikan bau yang segar ia juga lembut pada kulit.

Selain dari itu Hasnita Sawal, Editor Majalah Pa&Ma, turut berbesar hati kerana pihak Mayya Baby sudi bekerjasama dengan Pa&Ma untuk majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu mereka. Diharap kerjasama ini dapat mengukuhkan jenama Mayya Baby dalam kalangan ibu bapa yang mementingkan kualiti dalam memilih produk penjagaan untuk Si Manja.

Pelancaran program yang berkonsepkan High-Tea ini dihadiri lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, pihak media dan instafamous iaitu Shakila Khoriri, Intan Salleh dan Syazwani Yazip.