Mayat Ibu & Anak Berpelukan, Mangsa Ke 17 Dan 18 Ditemui Undang Sebak!

Share

Tidak dapat dibayangkan kesukaran dan ketakutan yang rasai oleh dua beranak yang akhirnya menjadikan penemuan  mangsa ke-17 dan ke-18 ditemui di bawah runtuhan dekat tepi sungai, setakat jam 4.40 petang tadi.

Mangsa ditemui berpelukan ialah pasangan ibu dan anak perempuan berusia kira-kira tiga tahun.

Kedua-dua mangsa dipercayai berkhemah di kawasan berhampiran tetapi pergerakan tanah menolak mangsa berhampiran sungai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan mangsa yang masih dikesan 15 orang.

“Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.

“Operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dijadual mengadakan sidang media petang ini.

Sumber : Harian Metro