Penemuan mayat mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, malam tadi, disifatkan pengalaman tidak boleh dilupakan dan bermakna buat seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Menceritakan perkara itu, Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Petaling SM (PA) Muhammad Eqmal Haqimi Sufian, berkata ia merupakan operasi pertamanya sejak menjadi pegawai dalam APM.
Katanya, pada jam 11.15 malam ketika dia dan petugas lain membuat pememantauan di bahagian tengah Seksyen C di lokasi kejadian sambil beberapa mesin jengkaut melakukan kerja-kerja mengorek pasir, dia ternampak petanda baharu.
Katanya, dia melihat beberapa barangan seperti khemah, pakaian, selimut dan tilam, sekali gus memberi harapan penemuan mayat mangsa di kawasan itu.
Dia berkata, dengan menggunakan jengkaut secara berhati-hati, mereka kemudian memberi tumpuan di kawasan itu sebelum ternampak objek seperti tubuh terbaring.
“Saya yakin ia adalah mayat kanak kanak berumur dalam lingkungan lima ke tujuh tahun yang tidak pasti jantinanya kerana penuh diselaputi tanah selut.
“Pada ketika itu saya berada dalam jarak 10 meter dari lokasi yang dikorek. Saya terus bergerak ke arah objek tersebut tetapi kaki saya tersangkut dan terbenam hingga ke paras paha dan tidak boleh bergerak.
“Saya meminta bantuan penyelamat yang lain untuk mengeluarkan kaki saya yang terbenam tetapi agak sukar dan akhirnya kasut saya tersangkut di dalam tanah, saya terjengket-jengket untuk pergi ke arah objek tersebut bersama rakan penyelamat yang lain.
“Mesin jengkaut kemudian mengorek di beberapa bahagian lain berhampiran mayat yang dijumpai, setelah tanah digemburkan, kami terus mengeluarkan mayat mangsa menggunakan pengusung yang disediakan,” ujarnya.
Katanya lagi, agak sukar untuk bergerak di sekitar lokasi itu dan sesiapa sahaja boleh terbenam pada bila-bila masa jika tidak cuba keluar dengan segera.
“Selepas membawa keluar mayat mangsa yang dijumpai, saya menarik nafas lega dan puas hati kerana setelah beberapa hari mencari akhirnya dapat mencari mangsa seterusnya.
“Malah saya rasa semua penyelamat telah mendapat semangat tambahan untuk terus berusaha mencari mangsa yang masih belum dijumpai,” katanya.
Ads
Tambahnya, pada malam tadi, pencarian diteruskan sehingga jam 12 tengah malam dan disambung semula pagi tadi.
“Walaupun saya kehilangan sebelah kasut, saya rasa bersyukur dan berpuas hati kerana pencarian mangsa membuahkan hasil dan memberikan semangat tambahan meneruskan misi pencarian.
“Inilah operasi saya yang pertama kali sejak menjadi Pegawai APM dan merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya, saya berharap akan dapat memberikan sumbangan tenaga sebagai anggota penyelamat dan berjasa untuk agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.
TERKINI: Empat Mayat Mangsa Ditemui Di Kedalaman 7 Meter
Empat mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C, kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada kedalaman tujuh meter.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, keempat-empat mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemui dalam bungkusan khemah.
Ads
“Mangsa dipercayai berada dalam satu lokasi di Sektor C. Kesemua mayat yang berada di dalam bungkusan khemah itu telah dibawa keluar.
“(Mayat) mangsa masih berada dalam keadaan yang sempurna dan berpakaian tetapi sudah mula mereput,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada petang Khamis.
Tambah Suffian, mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
“Berharap ada perkembangan positif yang berlaku hari ini, berharap keadaan cuaca dapat membantu kita,” katanya lagi.
Sehingga kini, angka korban dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm meningkat kepada 30 orang, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.
Bagi pasangan yang baru menjadi ibubapa, mesti anda pelik bila tiba-tiba bayi anda menangis ketakutan.
Mesti ada pernah terdengar amaran dari ibu bapa agar tidak membawa bayi ke tempat yang tidak sepatutnya atau keluar pada waktu maghrib.
Ini keraba pada awal kelahiran sehingga berusia 4 tahun, hijab mereka masih terbuka dan boleh melihat makhlus halus.
Jika anda berhadapan dengan situasi ini, lakukan perkara ini untuk menenangkan mereka. Perkongsian ini adalah dari Puan Anis Nabilah.
Satu kita kena tau, bayi ini hijab mereka masih terbuka di mana dorang boleh nampak makhluk halus.
Biasanya hijab akan tertutup dengan sendirinya apabila anak itu berusia 4 tahun. Kalau tetiba anak tu nampak mcm pelik, merenung satu tempat dlm rumah contohnya atau tetiba menjerit menangis tanpa sebab, jangan panik.
Peluk anak kuat-kuat lepas tu. Syaitan dan Iblis memang suka mengacau bebudak kecik terutamanya bayi sebab mereka benci dengan kelahiran khalifah baru ke dunia.
Selepas tu boleh baca Surah Al-Baqarah. Kalau tak pandai baca, bukak la youtube ke.
Biar bacaan surah sampai habis.. Iblis dan Syaitan ataupun jin yg jahat tidak akan ada di dalam rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.
Tapi sekali baca, ianya hanya mampu bertahan selama 3-4 hari je. Pastu kena ulang semula yer. Semoga anak-anak kita terlindung drpd gangguan Iblis dan syaitan.
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go, Raikan Anak Yatim & Sampaikan Ilmu Dalam Medium Berbeza
Meneruskan kesinambungan segmen Tazkirah Ramadan Kashoorga yang telah diadakan setiap tahun selama empat tahun, Landasan Kashoorga memilih konsep ‘Event On Ground’ bagi tahun 2023.
Soal jawab agama berkaitan bulan Ramadan antara topik yang diketengahkan.
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go yang dibawakan oleh portal Islamik Kashoorga dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan Kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go
Jika kebiasaan tazkirah diadakan di masjid dan surau tapi kali ini kami bawakan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur sebagai kelainan demi memberi pengisian bermanfaat buat orang ramai walaupun dalam kesibukan mengejar masa dalam perjalanan.
Selain itu, program Landasan Kashoorga juga adalah salah satu aktiviti Kashoorga untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan perkongsian ilmu yang harapnya dapat memberi manfaat buat semua.
Raikan Anak Yatim
Majlis diserikan dengan dua slot tazkirah. Tazkirah pertama bertajuk Meraih Pahala Ramadan: Ibadah On The Go akan disampaikan oleh Ustaz Rahim Azhari yang merupakan pendakwah bebas dan juga speaker motivasi yang aktif berkongsi ilmunya baik di platform media sosial dan juga majlis sekitar Lembah Klang.
Manakala untuk slot tazkirah kedua, ‘Keberkatan Ramadan’ disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan. Ustaz ini mungkin tidak asing lagi bagi yang biasa melayari TikTok.
Sampaikan Ilmu Dalam Medium Berbeza
Beliau yang juga penulis buku Tarbiah Sentap ini selalu berkongsi video menjawab pelbagai kemusykilan agama dengan cara yang santai namun menusuk ke jiwa.
Dalam majlis yang sama, Kashoorga turut meraikan anak-anak yatim sementara menunggu waktu berbuka. Encik Syamil dari Ideaktiv dan Encik Mohd Taha dari KTMB mengambil kesempatan menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih dengan penyerahan duit raya dan cenderahati untuk mereka.
Tetamu kehormat juga turut meluangkan masa bergerak ke platform EtS untuk acara agihan cenderati kepada pengujung di sekitar platform dan juga di dalam train.
Terima kasih juga kepada penaja-penaja lain seperti Muas Mo Event Stylist, Kedai Ayamas, McDonalds, Pusat Pakaian Hari-Hari, Gula Cakery, Ryns Avenue, Icahfa, Yeo’s serta My Kitchen Partners kerana kesudian berkongsi masa, tenaga dan rezeki untuk memeriahkan majlis kali ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang juga merupakan anak kepada teman wanitanya sehingga mati. Lebih kejam apabila suspek kemudian membungkus mayat mangsa ke dalam guni sebelum dibuang di kawasan semak di Kampung Kranji, Sarawak.
Tindakan tidak berperikemanusiaan suspek terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsunya pada 21 Disember lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon, bertindak atas laporan tersebut, pihaknya melakukan penahanan terhadap suspek yang berusia 35 tahun.
Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu sehingga mati dan membuang mayatnya di kawasan semak. Suspek dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.
Pihak polis dipandu oleh suspek menunjukkan tempat dia membuang mayat mangsa yang dibungkus di dalam guni. Ibu mangsa yang berusia 34 tahun telah dibawa ke lokasi mayat dibuang dan mengesahkan bahawa itu adalah anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang oleh mangsa.
Polis turut menerima laporan awal daripada orang awam mengatakan seorang wanita bersama anak perempuan sulungnya takut untuk pulang ke rumah kerana telah dipukul oleh teman lelakinya.
Menurut sumber, mayat mangsa telah dibawa Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk dibedah siasat. Ibu mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...