
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai tidak bernombor. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.
Mayat Bayi Lelaki Berbalut Kain Ditemui Dalam Kotak Di Sebuah Gerai Tidak Bernombor
Mayat tersebut ditemui sekitar jam 2 petang oleh orang awam yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kes pembuangan bayi berkenaan.

“Bayi lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia ketika ditemui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau lagi, mayat bayi telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Penemuan tragis ini mula tersebar luas di media sosial sejak petang semalam.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto top image: Freepik
Baca artikel lain juga: Mayat Bayi Dijumpai Di Tandas Stesen Minyak, Tertiarap Dalam Mangkuk Tandas!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my