Penduduk di Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.

Lebih memilukan, mayat bayi berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam mangkuk tandas tersebut.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas orang awam menemui mayat bayi berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 12 tengah hari.

Ads

Mayat Bayi Dijumpai Di Tandas Stesen Minyak, Tertiarap Dalam Mangkuk Tandas!

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.

Ads

“Polis sedang giat mengesan individu dan suspek utama yang terlibat dalam kes ini.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ads

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani, di talian 018-2510452.

Kredit: Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI