Pantang bersalin memang kena ikut, jangan buat main-main kerana kesannya akan dilihat apabila apabila usia meningkat serta hubungan intim dengan suami. Baru-baru ini, Mawar Rashid yang berpantang buat pertama kalinya setelah kelahiran anak pertama, Raden Rafael Raff telah muat naik entri di instagramnya meluahkan perasaan rindu untuk melakukan aktiviti bersama suami.
Namun, suaminya tetap memberikan kata-kata motivasi bahawa pantang bersalin tidak lama lagi akan habis. Sweet pasangan serasi ini kala meluahkan perasaan rindu.
“Tadi Mawar kata “dah lama tak selfie dengan Abang” Pastu Raf jawab “Alaa, shian dia. Bukan nye selfie je, dah lama kita tak buat banyak benda berdua, macam dinner sama2, movie sama2.” “Tapi kalau kita keluar dinner berdua mesti kita rasa macam first time dinner sekali kan? Like our first date hehe. Sabar sikit je kay, Anje dah nak abis pantang da” ? Love you Husband, you’re my number one.”
Menjengah diruangan komen, peminat turut memuji kecantikkan Mawar dan sikap romantik Mawar dan suaminya. Moga Mawar dapat menjalani proses pantang bersalin dengan sempurna.