Pantang bersalin memang kena ikut, jangan buat main-main kerana kesannya akan dilihat apabila apabila usia meningkat serta hubungan intim dengan suami. Baru-baru ini, Mawar Rashid yang berpantang buat pertama kalinya setelah kelahiran anak pertama, Raden Rafael Raff telah muat naik entri di instagramnya meluahkan perasaan rindu untuk melakukan aktiviti bersama suami.
Namun, suaminya tetap memberikan kata-kata motivasi bahawa pantang bersalin tidak lama lagi akan habis. Sweet pasangan serasi ini kala meluahkan perasaan rindu.
Ads
“Tadi Mawar kata “dah lama tak selfie dengan Abang” Pastu Raf jawab “Alaa, shian dia. Bukan nye selfie je, dah lama kita tak buat banyak benda berdua, macam dinner sama2, movie sama2.”
“Tapi kalau kita keluar dinner berdua mesti kita rasa macam first time dinner sekali kan? Like our first date hehe. Sabar sikit je kay, Anje dah nak abis pantang da” ? Love you Husband, you’re my number one.”
Menjengah diruangan komen, peminat turut memuji kecantikkan Mawar dan sikap romantik Mawar dan suaminya. Moga Mawar dapat menjalani proses pantang bersalin dengan sempurna.
Dalam masa yang sama juga, isterinya Julie Camelia Rhee turut meluahkan rasa teruja dan gembira kerana mereka bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
Malah isteri kesayangan Jehan ini turut mengaku tidak sabar melalui fasa teruja, malu dan gembira sewaktu dalam proses mengandung ini. Just when I thought my life in Malaysia is pretty amazing with my other half, something I have never imagined came into our little world, turned everything upside down and just like that, we’re going to be parents!
Everything feels new again! I can already imagine it will be exciting, embarrassingly silly and awkwardly funny all together
Umum mengetahui tugas dan tanggung jawab suami sebagai ketua keluarga dalam mencari nafkah. Namun sebenarnya, baik suami atau isteri sebenarnya sama-sama berperanan dalam sesebuah rumah tangga.
Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai oleh setiap suami. Walaupun mungkin mereka cuma seorang suri rumah, tetapi besar pengorbanannya terhadap keluarga. Tak salah andai suami menunjukkan sedikit penghargaan buat teman hidup anda yang telah bertungkus lumus membantu anda dalam menguruskan rumah tangga.
Gambar sekadar hiasan
Usah abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu. Sesekali ungkapkan pujian apa yang dia lakukan buat anda, meskipun sekadar memuji masakan, lihat nanti sinar bahagia dan gembira terpancar di matanya.
Demikian yang dikongsikan oleh Syafiq Ridhwan untuk manfaat pasangan suami isteri yang lain dalam menghargai isteri.
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat. Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar.
Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang.
Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
Menggunakan Pressure cooker memang memudahkan kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa berjam-jam untuk disediakan.
Lantaran itu, tidak keterlaluan jika dikatakan pressure cooker sekarang ini menjadi antara gajet yang wajib ada di setiap rumah. Bukan hanya kerana memudahkan dan menjimatkan masa malahan menyediakan hidangan dengan pressure cooker menjadikan masakan lebih enak kerana ianya masak sekata dan sempurna.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu apakan daya, malang tidak berbau. Meskipun penggunaan pressure cooker bukanlah suatu perkara yang baharu di masa ini, namun bagi yang pernah mengalami kejadian pressure cooker meletup pasti meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan.
Hal ini telah terjadi pada seorang isteri, dengan tiba-tiba pressure cooking yang digunakan meletup dan mengakibatkan kesan lecur hampir seluruh wajahnya. Melihat kesan tersebut, nyata sakit yang ditanggung bukan kepalang.
Satu perkongsian video oleh Nur Nadia Haris di aplikasi TikTok ini telah mencuri tumpuan warganet. Rata-rata bersimpati dengan kesakitan yang ditanggung, lebih-lebih lagi tidak dapat membayangkan betapa sakitnya kesan lecur pada kulit dengan keadaan yang sedemikian rupa.
Dalam video tersebut, dapat dilihat kulit wajahnya mengelembung dan kemudian beransur-ansur pulih setelah menerima rawatan di klinik swasta yang berhampiran. Difahamkan keadaan ini terjadi apabila pressure cooker yang sedang digunakan untuk memasak, meletup secara tiba-tiba.
Dalam kenyataan terkini daripadanya, dia memaklumkan menggunakan Pressure Cooker Brand SINC*R* Bukan Jenama Nox**. Dalam pada itu turut menasihatkan orang lain agar lebih berhati-hati saat menggunakan pressure cooker.
“Benda nak jadi , apa apa brand pun boleh, Just Hati-Hati Kalau Guna” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, ramai akui turut terkesan melihat keadaan lecur tersebut dan mula rasa bimbang dan takut jika kejadian tersebut menimpa mereka saat menggunakan pressure cooker.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.