Lazimnya buat seorang ibu akan tetap terasa teruja tiap kali mengetahui dirinya mengandung, meskipun untuk yang sekian kalinya. Anak adalah anugerah terindah dan tidak dinafikan perasaannya sama seperti kali pertama melalui pengalaman tersebut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Hal ini dapat dilihat jelas terpancar di wajah pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ketika mengumumkan dia sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan dalam tempoh trimester pertama.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah muat naik video di laman Instagram miliknya.
Lebih istimewa apabila Mawar turut melakukan kejutan untuk suaminya, Raf Yaakob selain turut menyelitkan reaksi ahli keluarga dan kenalan setelah berkongsi tentang berita kehamilan itu.
Dalam video tersebut, dia membuat kejutan untuk suaminya dengan menyerahkan kit ujian kehamilan di depan Menara Eiffel ketika bercuti di Eropah sekitar Jun lalu. Cukup romantis pasangan ini!
Sebelum itu, Mawar menjawab persoalan peminat mengenai dirinya yang jarang mengemas kini media sosial sekali gus memaklumkan bahawa tahap kesihatannya kurang memuaskan.
“Tiga bulan Mawar tak sihat, sampai terpaksa pergi hospital sebab beberapa kali dehidrasi. Tak boleh makan dan minum, sakit kepala mampu terbaring je atas katil.
“Diuji lagi anak-anak kerap demam lama. Mawar dan suami bergilir tak tidur jaga anak, sambil sakit sambil jaga anak.
“Dalam kepahitan ada kemanisan. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” tulisnya dalam video tersebut.
View this post on Instagram
Sementara itu, Mawar turut menitipkan pesanan kepada golongan ibu supaya masing-masing diberikan kekuatan dalam mengharungi fasa kehamilan.
“Kepada ibu di luar sana, bukan mudah mengharungi fasa kehamilan. Semoga kita semua diberikan kekuatan demi anak-anak,” katanya lagi.
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga : Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club