Isi Kandungan
Toggle‘Maternity shoot’ menjadi trend pasangan bakal ibu bapa merakamkan gambar-gambar dan juga video. Ketika pengacara dan juga pelakon, Uyaina Arshad hamil anak sulung kira-kira setahun yang lalu, seperti pasangan yang lain, Uyaina dan juga suaminya tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah itu.
‘Maternity Shoot’ Gaya Uyaina Arshad
Uyaina juga ada berkongsi momen-momen indah sepanjang proses ‘maternity shoot.’ Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berhajat untuk mengadakan ‘maternity shoot’ tapi masih belum mempunyai idea dan konsep.
Apa kata anda cuba ‘tiru’ idea Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah.
Jom kita layan gambar-gambar comel Uyaina ketika merakamkan gambar ‘maternity shoot’
Boleh Buat Kenangan Semasa Hamil
Sudah dapat idea? Bolehlah nanti bincang bersama pasangan masing-masing ya!
Untuk rekod, Uyaina membina mahligai bahagia bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan selebriti ini berkenalan pada 2019 melalui program terbitan Astro. Uyaina melahirkan anak sulung pada 8 September 2022. Bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Raja Urhan Raja Syahiran.
Sumber kredit: Facebook Uyaina Arshad dan Instagram Uyaina Arshad
“Dah Tugas Saya Sebagai Anak…”-Gara-gara Buat Pinjam RM200K, Lelaki Ni Diisytihar Muflis!
“Dah Tugas Saya Sebagai Anak…”-Gara-gara Buat Pinjam RM200K, Lelaki Ni Diisytihar Muflis!
Baru-baru ini tular juga tentang perkongsian daripada seorang lelaki yang merasa sedih kerana telah menerima notis bankrap dari pihak mahkamah selepas didapati gagal membuat bayaran pinjaman bank bernilai RM200,000.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa pinjaman yang dibuatnya itu merupakan permintaan daripada ibu bapanya yang ingin mengubah suai rumah mereka.
Pelbagai respon dan komen yang diberikan oleh wargamaya bahkan Dr Azizul Azli Ahmad yang juga merupakan seorang pelabur dan pakar hartanah, turut terpanggil untuk berkongsi pandangan melalui akaun facebooknya berkenaan hal ini.
BANTU SAMPAI BANKRUPT?
- Belajar sayangi diri.
- Belajar berkata tidak.
- Tidak jadi anak derhaka tak buat hutang untuk keluarga.
- Masih boleh ada satu akauan bank dengan kebenaran
- Boleh mohon pelepasan selepas selesai hutang.
- Jika terperangkap hutang, cepat cepat rujuk AKPK mintak bantuan.
- Rujuk bank atau mintak bank struktur semula hutang.
- Jangan lari dari hutang, ushakan bayar walau minimum.
- Semakin kita tidak respond atau abaikan panggilan bank, makin cepat notis lelong atau bankrupt kita dapat. Jawab sahaja.
- Alasan pindah alamat, tak dapat surat, tak tahu tak akan dilayan oleh pihak bank
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan kasihan dengan apa yang menimpa lelaki tersebut. Tidak kurang juga ada yang geram dengan tindakan yang dilakukan oleh orang tua lelaki tersebut yang akhirnya menyebabkan kehidupan anak terbeban menanggung hutang.
“Kewajipan anak atas perkara yg wajib sahaja.. cth makan minum, perubatan… kalau mak ayah suruh berhutang sbb nak rumah nampak mewah itu dah kira kehendak… benda kehendak ni kena ikut kemampuan. Bukan mak ko nak renovate umah besar2, bila tak mampu cop jadi anak derhaka.. lainlah kalau anak tu kaya dan mampu…lain lah ceritanya…,” tulis netizen.
Komen yang lain pula, “Ramai je parent buat anak as mesin ATM… . Kalau tak ikut ,dilabel anak derhaka bagai…dikata anak perabih beras je…… Time kahwin dulu nangis nangis nak anak sesangat. Dapat anak ,buat mcm kuli. Kalaulah parent gini berkira tang kos jaga anak dari kecik sampai besar and will claim balik bila anak dewasa…erm… aq rasa anak tu pun x minta dilahirkan pon. Moga tt ni dipermudahkan urusan selesaikan hutang tu cecepat”
Malah ada juga yang berkongsi mengatakan bahawa ramai terperangkap dengan keadaan seperti ini.
Terutama mereka yang bekerja kerajaan dari usia muda. (Contoh bekerja sebagai tentera, umur 20an dah bekerja tetap)
Mak ayah minta buat pinjaman untuk baiki rumah, untuk adik-adik sambung belajar dan lain-lain alasan. Nak kata tidak, tak sanggup dianggap derhaka.
Bila mereka dah nak berkeluarga, nak bina kehidupan sendiri, nak beli rumah, semua tak lepas sebab hutang banyak.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Titipkan Konsep Redha Dalam Segala Perkara Sesudah Berumahtangga”- Ramai Orang Terlupa Bab Ini
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA
Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua keluarga.
– Kalau nampak pasangan kita cuai sikit, selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan bebel dia. Redha dan pergi je tutup suis tu..
– Kalau nampak pasangan macam tak pandai memasak ke apa, jangan di besar besar ketidakpandaian dia pula, redha & tapau je la makanan senang..
– Kalau nampak pasangan garang sangat, tak lembut macam orang lain. Redha & hiburkan selalu dia. Wanita garang ni biasa kat luar je, dalam hati dia ada taman.
– Kalau nampak pasangan selalu leka melayan anak-anak, kita depan mata pun dia tak layan. Redha je la, tu anak kita juga yang dia layan.
– Kalau nampak pasangan selekeh & comot bila kat rumah, tapi kat luar bukan main lawa lagi. Redha dulu pasti ada hikmahnya. Ibu mana yang boleh 24 jam cantik molek di rumah memang hebat la.
Tak semua akan berlaku ikut KPI kita. !
Jika yang di harap adalah kesempurnaan, maka kelemahan pasti akan makin tersembul keluar.
follow juga kami di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk
Jika yang di harap adalah pasangan memberi kita rasa bahagia, maka pasti akan ada rasa kecewa.
Sebagai ketua keluarga ujian terbesar bukan cari duit, bukan beli rumah, bukan jaga anak-anak.
Tapi ujian terbesar kita ialah SABAR..
Sabar bukan 1 hari, bukan 1 tahun, bukan 10 tahun tapi kena sabar sampai kiamalt. Itu la ujian terbesar kita.
Wallahu a’lam..
Credit: Mohd Fhais Salim
Anak Lelaki, Syurganya Di Bawah Tapak Kaki Ibu. Bagaimana Rumit Nak Jaga, Layan & Ikut Kehendak Ibu, Tetap Perlu Disantuni Sebaiknya
Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana kehilangan insan yang paling disayangi. Apa lagi orang yang mengandungkannya selama 9 bulan, dibesarkan dengan kasih sayang. Malah si anak ini menjadi tempat ibu bergantung harap. Kini dia pergi buat selama-lamanya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia secara mengejut kira-kira pukul 7 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki berusia lapan bulan.
Dengan perasaan diselubungi pilu yang tidak terkira, ibu kepada pelawak terkenal Abam Bocey meluahkan rasa sayu membuatkan sesiapa sahaja mendengar turut menangis.
Ini yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad
dalam bingkisannya menerusi facebooknya semalam. Tulisan yang cukup menyentuh hati tular sehingga dikongsikan hampir 2k.
Dalam banyak-banyak berita semalam, saya membaca satu demi satu luahan Puan Sabariah Arshad. Termasuk video yang dimuat naik wartawan dan rakan artis. Ianya memang luahan sempurna seorang ibu.
Semalam, anak yang dikandung 9 bulan, dijaga rapi kemudiannya dewasa dan menjaga beliau dengan paling selesa, menghembuskan nafas terakhir di dalam tidur. Dikejutkan isteri namun tidak lagi bergerak dan bernafas. Maka pulanglah dia ke negeri abadi tanpa sedikit pun pesanan atau nasihat kepada yang tinggal.
Si ibu ini, setiap kali membuka mulut, keluarlah ayat,
“dia sabar dengan saya.”
“dia baik sangat dengan saya.”
“dia jaga saya baik-baik.”
“saya ni sakit, susah berjalan, susah nak buat itu nak buat ini, tapi dia sangat sabar dengan saya, tak pernah tinggi suara, semua dia buat ja.”
Maka inilah yang kita selalu dengar, anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu. Bagaimana rumitnya nak menjaga, nak melayan dan menuruti kehendak ibu, tetap perlu disantuni dengan sebaiknya.
Disebalik gelak ketawa yang kita sering lihat dan terhibur, di luar sana, apabila dia pulang ke rumah, dia menghiburkan ibunya sendiri dengan layanan anak soleh.
Tak ada diberitahu sesiapa, tidak ada selfie sambil membantu ibu, semuanya penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Itulah Abam Bocey yang kita kenal.
Syurga tempatmu insya-Allah. Banyak saya belajar dari kematian almarhum. Semoga kita yang masih berpeluang melihat, sentuhlah hati sendiri dan belajar lihat dan pandang bagaimana seorang ibu menghulurkan kunci syurga dari tangannya sendiri kepada anaknya.
Itulah kejayaan paling besar buat ibu. Nanti berpelukan di sana, anak dah tunggu.
Ya Rabb. Doa kami, semoga Puan terus kuat dan tabah. Kami juga tidak setabah dan sekuat Puan, kehilangan anak adalah kehilangan paling besar buat seorang ibu, namun, bahu kami tetap ada untuk tahan sekejap tangisan, legakan sebentar keresahan. Semoga hal kecil ini dapat menenangkan puan.
Kawan-kawan, santuni emak kita sebaik-baiknya. Mereka sahaja ada kunci pintu syurga kita semua.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak masuk syurga juga.