Melihat keadaan wayar paip air yang berselirat di laman rumah memang menampakkan ruang laman nampak tidak terurus. Bahkan kalau dibiarkan begitu sahaja boleh undang bahaya, andai tersadung. Jadi buat anda yang ingin atasi masalah mengurus wayar paip air, jom kita lihat perkongsian dari Ben Safwan ini.
Katanya, pada mula ingat nak rehat tapi mata tak tenang tengok wayar paip berselirat. Ada dalam TAHI yang share guna tempat letak botol air di basikal tapi saya nak yang kukuh lagi. Yang boleh tampung jenis wayar paip saya guna.
Maka bermula analisis projek dalam kepala otak saya. So saya come out dengan idea ini. Beli bracket L di Mr. DIY,saya potong kedalaman separuh pada bahagian depan besi bracket dengan FCOT M12 mata besi /grinder. Lipat bagi sudut 90 dan potong lagi perbetukkan supaya sudut betul.
Tengok belakang rumah ada aluminium 1×1. Cantik.
Apa lagi tebuk lubang pada besi untuk lekat skru self drill.
Lekatkan dengan skru.
Sepatutnya saya guna Etch Prime tapi cat tu di stor satu lagi.
So saya cat dengan sealer outdoor biasa 2 layer lepas tu sudahkan dengan cat gold waterbase dari Sancora. Itu je ada di rumah ni. Kalau beli baru pasti saya pilih yang besi.
Cat sesedap rasa dan tebuk masuk wallplug.
Setel. Terus nampak kemas wayar paip saya.
Sumber : Ben Safwan