Mata yang cantik dan sihat sememangnya buat kehidupan kita bertambah selesa. Disebabkan itulah kita perlu mendidik anak-anak untuk menjalani rutin yang sihat sepanjang hari, terutamanya kesihatan mata.
Prihatin dengan kesihatan mata terutama pada golongan yang terdedah kepada pendedahan skrin dari telefon bimbit, laptop dan pelbagai urusan harian, jenama terkemuka Blackmores tampil memperkenalkan vitamin kesihatan khusus untuk mata, Blackmores Optiblu yang menyihatkan mata.
Produk yang dilancarkan dalam satu majlis ringkas oleh Watsons baru-baru ini turut dihadiri oleh Pengarah Jualan BLACKMORES Malaysia dan Singapura, Kumaran Chandrasergaran serta Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan Watsons serta Desmond Shia Wei Ru, Pengurus Pemasaran Kanan Watsons.
Majlis yang berlatarkan warna utama hijau ini memperkenalkan produk Blackmore, Optiblu ini yang merupakan suplemen mata yang efektif malah mengandungi dua bahan utama, iaitu Lutein dan Zeaxanthin.
Nutrien-nutrien berasal dari pelbagai sumber termasuk sumber semula jadi seperti bunga Marigold, berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas dan memainkan peranan penting dalam penapisan cahaya biru.
Malah kajian telah menunjukkan bahawa pengekalan nisbah optimum antara Lutein dan Zeaxanthin adalah penting untuk memaksimumkan manfaat mereka.
Dengan adanya pengambilan Lutein (10 mg) dan Zeaxanthin (2 mg) yang terkandung di dalam Blackmore Optiblu ini, individu dapat mencapai penglihatan yang lebih jelas dan melambatkan peningkatan masalah mata berkaitan usia serta menggalakkan fungsi mata yang sihat secara holistik.