Selepas tamat berpantang semalam, pelakon Elfira Loy buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf pada media sosial.
Perkongsian tersebut di muat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dengan kapsyen yang cukup ringkas.
“Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari terakhir ibu saya berpantang.
“Yahoo saya dah boleh keluar. @muhamadrayyankhalafofficial,” tulisnya.
Rata-rata netizen memuji akan kecomelan anak sulung pasangan ini. Malah tak kurang yang mengatakan si kecil ini mirip ayahnya. Tak kurang juga yang mengatakan Rayyan mirip ahli keluarga Elfira.
Sumber: IG