
Sejak melahirkan anak sulung pelakon cantik, Emma Maembong telah berkongsi beberapa wajah anak kesayanganya di instagram miliknya.
Terbaru semalam, pelakon berusia 28 tahun ini yang masih dalam tempoh berpantang sekali lagi berkongsi gambar anak lelakinya.
Lebih teruja, apabila wajah kecomelan anak lelakinya jelas terserlah apabila keunikan mata yang berwarna seakan kelabu.
Perkongsian itu sempena photoshoot pertama buat anaknya sejak lahir pada 8 November lalu.
CANTIKNYA MATA
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat memuji keunikan mata cahayamata pasangan ini.
Walau bagaimanapun, setakat ini Emma dan suami masih belum mendedahkan nama bayi pertama mereka.
Untuk makluman Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2020.
Anak Perempuan Mencabar, 5 Sikap Ini Ayah Kena Tahu, Baru Awesome!

Mendidik anak lelaki dan perempuan makin membesar ternyata bukanlah perkara yang mudah.
Tambah pula dengan ragam berbeza ekoran personalitinya yang berbeza.
Bagi anak perempuan tentu ada caranya untuk mendidiknya. Nak tahu rahsianya ikuti perkongsian saudara Taufiq Razif yang sering melakukan perkongsian mengenai info keibubapaan di media sosial.
5 Rahsia Anak Perempuan Yang Seorang Ayah Wajib Tahu
1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka
Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.
Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situ lah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.
2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya
Sosok ayah ni biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.
Sesekali tu, kena lah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun dah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!
” She cares about spending time with you. Playing with you. Being with you! ”
3. Mereka nak kita faham dunia mereka
Lebih lebih lagi anak perempuan yang remaja, mereka nak ayahnya kenal dunia mereka.
Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.
InsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!
4. Mereka nak kita lindung mereka
Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!
Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.
5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum Nombor 1 mereka
Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.
Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.
Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!
Terima kasih pada semua suami & ayah di seluruh dunia! You are awesome!
Sumber: Taufiq Razif
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Misai Jatuh Tu Bang.” Bell Ngasri Buat Hal Lagi, Bikin Ramai Tak Kering Gusi

“Misai Jatuh Tu Bang.” Bell Ngasri Buat Hal Lagi, Bikin Ramai Tak Kering Gusi
Sejak penamaan calon tempoh hari, saban hari ada sahaja calon rancak berkempen sebelum tiba hari mengundi pada 18 November 2022 ini.
Pelbagai manifesto kedengaran untuk meraih undi. Rata-rata mempunyai matlamat dan strategi tersendiri.
Aura kempen ini telah menarik perhatian pelawak terkenal Bell Ngasri atau nama sebenarnya, Ngasrizal Ngasri.
Artikel Berkaitan: “Semoga Allah Terima & Dipermudahkan.” Bell Ngasri Luah Rasa Syukur Bakal Tunai Umrah & Sambut Puasa Di Makkah!
Artikel Berkaitan: “Mereka Makin Membesar, Yang Tak Besar- Besar Saya.” Kongsi Sambutan Hari Lahir Anak, Kapsyen Bell Ngasri Bikin Ramai Terhibur
Artikel Berkaitan: “Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Muat naik terkini pelakon Filem Kampong Pisang, menarik perhatian ramai peminat aktor ini di media sosialnya.
Bell yang terkenal dengan watak Barkoba memuatnaik video seakan dirinya sedang berkempen dengan kapsyen ucapan selamat mengundi dengan hastage PRU 15 buat followernya
“Selamat hari mengundi sEmua! “
RAKAN ARTIS DAN WARGAMAYA TAK KERING GUSI
Melihat video ‘kempen’nya ramai peminatnya tak kering gusi melihat gelagatnya. Memang Bell mempunyai aura tersendiri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli. Mata Nampak Bersih Tapi Sebenarnya Tak. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Mungkin ada antara kita yang biasa buat begini, lepas beli baju atau seluar terus pakai. Dengan alasan baru dan tiada sebarang kotoran. Tapi sebenarnya cara ini salah. Mungkin nampak bersih tetapi sebaiknya cuci terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Lagipun kita tak tahu bagaimana proses pembuatan pakaian itu.
Mohd Fhais berkongsi tentang isu ini di facebooknya baru-baru ini.
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli
Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.
Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di bangladesh tahun lepas.
Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau di tutup rapi.
Saya jadi tertanya tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas seranga ke? (tanya dalam hati)
Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.
“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”
Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.
Saya pun tanya lagi,
“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”
Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.
Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.
Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.
Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!
Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.
Mohd Fhais
Mata nampak bersih tak semestinya bersih