MasyaAllah, tular video viral di TikTok tentang Cicit Keturunan Rasulullah. Ini baru cucu cicit Rasullulah, sudah indah dipandang. Apatah lagi wajah datuknya Sayyidina Rasulullah SAW.
Inilah dia Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani, Cicit “Silsilah Emas” Keturunan Rasulullah generasi yang ke-38!
Auranya cukup kuat walaupun hanya melalui gambar! Pasti Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan sebaik-baik kejadian ciptaan Allah, jauh lebih indah dan menawan!
Ikuti perkongsian indah ini daripada Fatihah Razali.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Beliau dilahirkan & berasal dari Kota Lama di Fez, Morocco, sebuah kota yang mendapat jolokan nama Kota Madinah Idrisiah kerana dibina & diduduki oleh Ahlulbait Rasulullah SAW jalur Saidina Hassan iaitu Maula Idris Akbar yang merupakan Cicit generasi Ke-4 Rasulullah SAW. Selain itu, binaan Kota Lama ini mirip kepada Kota Madinah Munawwarah yang lama atau yang asal…Subhanallah!
Nama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani sekarang meniti di bibir masyarakat Bumi Melayu. Beliau telah pun dikenali di Indonesia dan Thailand sejak 4 tahun yang lalu.
Ada banyak Video YouTube dari negara seberang tentang beliau yang pernah mengadakan Rehlah Dakwah di sana. Tapi pelik, nama beliau baru meningkat naik di Malaysia! Bila dikaji lagi, rupanya Maula Muhammad Amin pernah ke Kelantan dan Negeri Sembilan juga! Tapi ramai yang tak perasan…
Berbanding keturunan Al Husaini, keturunan sebelah Saidina Hassan RA banyak yang dicurigai. Katanya sebab Saidina Hassan berkahwin ramai hingga tidak jelas nasab keturunan.
Kata Ustaz dalam Video Tiktok yang banyak story tentang Maula Muhammad Amin ni. Keturunan Saidina Hassan yang sahih adalah dari Saidina Hassan Muthanna. Dari Saidina Hassan Muthanna, bersambung ke Saidina Abdullah Al Kamil, kemudian Maula Idris I dan Maula Idris II.
Maula Idris I dan II merupakan Pembina & Pengasas Kota Fez. Melalui mereka, Dinasti Idrisiah wujud dan sangat hebat tapi katanya disembunyikan. Dinasti Idrisiah tidak digembar gemburkan sebagaimana Dinasti Umaiyah, Dinasti Abasiyah dan Dinasti Uthmaniah.
Maula Muhammad Amin juga adalah keturunan Maula Abdul Salam Al Masyisy, seorang Wali Qutb yang sangat mashyur yang disayangi penduduk Maghribi! Subhanallah!
Kesimpulannya, nasab keturunan Maula Muhammad Amin bukan calang-calang, kerana Maula Idris I dan II adalah Amirul Mukminin dan Khalifah di zaman mereka. Patutlah lain macam aura Maula Muhammad Amin ni. Memang ada karisma & terserlah gaya seorang pemimpin!
Awal2 tengok beliau, tak tau langsung tentang nasab keturunan beliau, tapi, tengok gambar aje dah rasa “sesuatu”, rasa lain macam. Beliau nampak istimewa…
Sekarang ni makin teruja dengan Maula Muhammad Amin dan semakin membuak-buak perasaan ingin mengenali beliau. Ada khabar2 mengatakan beliau akan mengadakan Rehlah Dakwahnya di Malaysia sekitar Awal Oktober nanti ke beberapa Negeri. Info2 tentang programnya tu nanti, katanya akan update di sini https://t.me/Duam_Media
Semoga dapat melihat Maula Muhammad Amin dengan lebih dekat walaupun rasa sangat malu dan tak layak…
Terima kasih jugaklah kerana disebabkan Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang Viral ni, tiba-tiba dapat belajar banyak perkara terutama tentang AhlulBait keturunan Rasulullah SAW! Sebelum ni langsung tak berapa cakna..
@zellawatisamsudinBayangkan wajah tampan Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi ini, bagaimanalah wajah Rasulullah SAW, Nabi pemberi syafaat buat kita semua di akhirat kelak?. Kulitnya jauh mulus, wajah dari keturunan baik-baik. Moga kita semua berkumpul di syurga Allah kelak.
Sumber : Fatihah Razali & tiktok zellawatisamsudin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club