” MasyaAllah… So Cute! Bibir Tu” – Setelah Hari Ke-7 Kehamilan, Elfira Kongsi Nama & Wajah Puterinya

Share

Genap seminggu pelakon popular, Elfira Loy melahirkan cahaya mata keduanya itu. Elfira Loy atau mesra di sapa El menerusi instagramnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya.

BismillahiMashaAllah. On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .

Bukan sahaja mendedahkan wajah puterinya, malah El juga berkongsi nama cahaya matanya, Nur Aria Mikayla Muhamad faris yang indah seindah wajahnya.

Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris✨

Di akhir perkongsiannya, El juga sempat menitipkan doa buat puteri kesayangannnya agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.

Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti.

‎آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan puteri pasangan Elfira dan Faris. Malah, mereka juga sempat menitipkan doa yang baik-baik buat anak kedua pasangan ini.

Terdahulu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019 dan selamat melahirkan cahaya mata perempuan sekitar 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu.

Sumber : Instagram Elfira Loy