
Sejuk mata memandang…demikian pujian yang diberikan netizen tatkala melihat gambar anak-anak pelakon Saharul Ridzwan memakai tudung dan berserban.
Gambar yang dikongsikan sendiri pelakon tersebut meraih perhatian ramai. Sekali pandang nampak dua beradik ini seperti anak orang Arab pula.
Menurut Saharul menerusi kapsyennya, Muhamad Luth Ali dan Fateema Azzahra mengenakan jubah yang dihadiahkan oleh datuk mereka yang baru sahaja pulang dari Umrah.
Ali mengenakan jubah berwarna putih dan juga berserban manakala Fateema mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam. Kedua-duanya cukup hensem dan lawa membuatkan ramai yang memuji.
Dalam perkongsian tersebut juga, Saharul turut menitipkan doa semoga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi asbab mereka masuk ke syurga.
Sumber: Saharul Ridzwan
Begini Cara Nak Pasangan Makin Sayang. Ustazah Asma Harun Kongsi 7 Surah Al-Quran, Doa Rahsia Rumahtangga Bahagia.

Amalan membaca Al-Quran memberikan manfaat yang banyak kepada manusia. Salah satunya memberikan kebahagian buat pasangan suami isteri. Selain kasih sayang, rezeki yang melimpah ruah, Al-Quran mempunyai kebaikkan infiniti kepada manusia.
Lebih indah jika amalan membaca Al-Quran menjadi rutin dalam sesebuah keluarga itu. Malah lebih bagus jika mengetahui terjemahan Al-Quran itu. Sesunguhnya amalan membaca surah-surah Al-Quran itu banyak manfaatnya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Pendakwah Terkenal, Ustazah Asma Harun kepada wartawan Keluarga baru-baru ini. Ia mengandungi doa untuk pasangan dijauhi kejahatan, kasih sayang makin bertambah, dijauhi hasad dengki, mohon diberi kecukupan dalan hidupa dan kesejahteraan anak dan keluarga.
Moga ayat-ayat Ql-Quran ini yang mustajab ini memberikan kebahagiaan kepada pasangan sehingga akhir hayat.
DOA 1:
MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN
اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.” (Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”
DOA 2:
DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. (Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi) Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”
DOA 3:
MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.” (Surah Al-Hashr: 10) Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”
DOA 4:
MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama” (Surah Al-Furqan: 74) Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
DOA 5:
MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
“Hasbi Allahu Laailahaillaa huwa’alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul ‘arshil adziiim” (Surah At-Taubah: 129) Maksudnya:
“Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”
DOA 6:
MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA JAHAT (‘AIN)
أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة
“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah” (Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371) Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”
DOA 7:
DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a” (Surah Ibrahim: 40) Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Semoga surah pengikat kasih dan cinta ini memberikan kebahagian buat keluarga sehingga ke Jannah. Serta jadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan rutin dalam keluarga. Selamat beramal!
Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai sertai World Quran Hour.
Daftar lokasi anda di http://bit.ly/MQH1440H
Malaysia #QuranHour
#MisiAlKahf2019
#BacaFahamAmal
#BangsaBerbudiDanPenyayang
“Baby Bump, Comelnya. Doa Yang Baik-Baik Buat Bonda.” Perkongsian Intan Saleh Raih Perhatian, Ramai Titip Doa!

Penampilan terbaru Intan Salleh ketika sambutan hari lahir suami mencuri tumpuan ramai apabila ada yang meneka selebriti media sosial ini sedang hamil.
Sementelah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi video yang dimuatnaik ini dilihat memberi hadiah berupa ujian kehamilan sebagai kejutan buat suaminya.
Dia dalam pada itu mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun hanya boleh mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.
Jelasnya lagi, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum. Begitupun, dia akan memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.
Terbaru, dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.
“Bagi can la ek… tak tau nak tulis caption apa,” tulis Intan ringkas di kapsyennya.
Baby bump Intan yang jelas kelihatan menarik perhatian dan seolah-olah mengiyakan teka teki pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah malah menitipkan nasihat serta mendoakan kebahagian wanita ini selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu.
Malah mereka turut mendoakan Intan agar dipermudahkan hingga melahirkan kelak.
Sumber: Intan Salleh
RTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Kulit Kering Cabaran Buat Wanita 40an. Jadi Buat 10 Rutin Ni, Agar Tetap Nampak Berseri Di Mata Suami!

Apabila usia makin bertambah menginjak 40an, kebanyakan wanita mula risau apabila isyarat-isyarat penuaan mula muncul. Kulit makin kering, kedut-kedut halus pula mula kelihatan. Tahap keanjalan kulit juga makin berkurangan.
Usah terus mengeluh dan biarkan wajah kusam itu membelenggu diri anda sebaliknya ayuh mulakan sesuatu agar ia tidak mempengaruhi penampilan diri. Bagi anda yang berusia lebih 30 dan 40 tahun, anda harus ingat bahawa perawatan kulit anda tidak sama seperti anda dulu. Antara punca utama kulit menjadi kering ialah terdedah kepada sinar ultra lembayung. Pencemaran alam sekitar yang dipenuhi radikal bebas juga satu penyebab.
Lazimnya, tiga bahagian tubuh seperti muka, tangan, siku dan kaki antara yang paling terdedah dan bahagian-bahagian inilah yang berisiko menghadapi masalah kulit kering. Kulit mengalami proses penuaan dengan intensiti yang sama. Namun, bagi bahagian tubuh yang kerap terdedah ini proses penuaan boleh menjadi cepat atau dalam erti kata lain mudah dipengaruhi faktor dari pencemaran alam sekitar dan juga sinar matahari.
SOLUSI RAWAT KULIT KERING
- Elakkan cuci wajah terlalu kerap
Membersihkan wajah memang wajib tetapi cukup sekadar membuang kotoran yang melekat pada kulit wajah. Tidak bermakna anda perlu mencuci wajah dengan terlalu kerap kerana ia boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kulit, seterusnya membuatkan kulit makin kering.
- Amalkan pola pemakanan yang sihat
Amalan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjadi sebab masalah kulit kering. Kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.
- Kerap menggaruk atau menggosok
Kulit kaki tidak memiliki kalenjar penghasil minyak. Oleh sebab itu kulit kaki cenderung kering. Elakkan menggaruk atau menggosok kaki secara sembarangan kerana ia boleh mengikis sel kulit kaki anda. Sel kulit kaki yang nipis membuatkan kaki semakin kering.
- Gunakan krim pelembap
Kulit wajah, tangan, siku dan kaki masing-masing mempunyai krim pelembap yang sesuai. Perawatan di bahagian ini memerlukan krim yang diformulasi khusus termasuklah yang mempunyai perawatan pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan SPF 15.
- Banyak minum air putih
Air putih berperanan sebagai pelembap semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit dari dalam. Ia juga berfungsi melarutkan zat-zat beracun dan melancarkan proses metabolisme dalam tubuh. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar kulit anda sentiasa segar, lembap dan berseri sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Tentang radikal bebas
Radikal bebas dapat dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya antioksidan seperti anggur kacang-kacangan.
- Bantuan suplemen
Kulit usia 30an dan 40an memerlukan bantuan suplemen vitamin berbanding orang lain yang lebih muda. Ini kerana multivitamin ini membantu dalam mempertahankan kesegaran kulit dan menjadikannya lebih sihat. Anda juga boleh mengambil kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menangani pelbagai masalah lain.
- Gunakan skrub
Sel kulit mati yang ada di permukaan kulit perlu disingkirkan supaya tidak membuat kulit menjadi kusam. Gunakan skrub halus pada kulit dua kali seminggu dan gosok perlahan-lahan. Hasilnya, kulit akan terasa lebih segar dan bersih.
- Krim pelindung UV
Biasakan diri anda agar sentiasa menggunakan krim pelindung uv sebelum mengenakan sebarang solekan, lebih-lebih lagi untuk aktiviti di luar rumah. Krim pelindung uv ini mampu melindungi kulit daripada masalah bintik-bintik hitam dan kekeringan kulit.
- Gunakan minyak zaitun
Anda boleh menyapu minyak zaitun pada siku, tumit kaki dan kulit wajah sebagai pelembap alami untuk mengurangkan kekeringan kulit. Sebagai contoh, titiskan atas tapak tangan dan oleskan pada seluruh wajah. Biarkan kira-kira 30 minit dan bersihkan dengan air hangat.