Perkongsian ibu ini nyata mengundang sebak di dada. Manakan tidak, seorang ayah yang masih muda mampu membawa anak-anak kecilnya bersolat subuh di masjid. Bukan jarang malah sukar dilihat situasi sebegini.
Wanita bernama Mona Din yang turut bersolat di masjid yang sama mengakui sangat teruja dan respek dengan lelaki tersebut.
Cerita ini sebenarnya sudah lama tular di laman sosial, cuma untuk dijadikan perkongsian bersama sesama kita.
Almost setiap awal pagi, saya mesti nampak bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya, bsolat subuh di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam…
Saya sangat terapesona, betapa seorang abah, yang masih muda, berupaya dan berusaha, bangun sngat awal pagi, setiap hari, dan menjadikan solat subuh di masjid, amalan rutinnya..
Dan saya tambah kagum, bagaimana dia berupaya, membangunkan dan membawa, dua anak lelaki yang masih kecil, yang sepatutnya sedang enak lena, untuk ikut bersolat bersamanya..
Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mdidik, kedua-dua mereka, akan duduk baik-baik, di kiri dan kanan beliau, setiap masa, tanpa pernah bertukar gaya, atau berlari ke sini sana..
Dan kata Mr Hubby yang juga sering mmerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa, berdoa, panjang sekali..
dan anak-anaknya, tetap duduk baik-baik, di sebelahnya, menanti..
Dan yang paling saya suka, melihat mereka berdua si kecil comel, bersongkok dan berkupiah, setiap kali, tanpa lupa..
MasyaAllah, andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya, mendidik anak menngenal rumah Allah, sedari masa rebung mereka..
Untuk brother yang belum saya kenali, saya meminati anda suami isteri & anak-anak dari jauh.
Dalam hati, saya menyimpan hasrat untuk kenal mesra & bersahabat, kerana saya percaya, banyak yang saya boleh belajar dari saudara..Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga..
Kredit: Mona Din