“Masuk Rumah Orang Jangan Sampai Buka Peti Ais.” Antara 13 ‘Common Sense’ Anak Makin Hilang

Share

Hari ini sikap kanak-kanak sekarang jauh beza dengan dahulu. Benar ia  berlaku akibat dunia semakin moden.

Bahkan bagi ibu ayah yang sibuk bekerja, ada segelintir anak dibiarkan bebas bermain dengan gajet tanpa kawalan yang pastinya ada kesan positif dan juga negatif pada diri anak itu.

Yang paling membimbangkan adalah kesan negatif! Sebagaimana perkongsian daripada Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi pandangan apabila anak zaman sekarang semakin kurang mempunyai ‘commen sense’ sehingga sukar untuk bersikap santun dan membantu ibu ayah tanpa di suruh.

Dr Taufiq berkongsi 13 perkara yang sering diabaikan oleh anak yang tidak boleh dibiarkan berlaku dalam sebuah keluarga.

Moga ia menjadi panduan untuk kita mendidik anak-anak supaya lebih bersikap lebih common sense ni iaitu bertindak berbuat baik atau positif terhadap orang sekitar.

Jom ikuti 13 common sense yang semakin menghilang dikalangan anak-anak.

 

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

“Common sense yang makin hilang dari anak zaman sekarang”- Dr Taufiq Razif 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Gambar sekadar hiasan

13 COMMON SENSE KENA ADA PADA ANAK

1. Keluar dan layan tetamu
2. Pandang mata bila bercakap
3. Perkenalkan diri bila pertama kali berkenalan
4. Bergurau tengok pada keadaan dan tempat
5. Cakap berlapik dengan orang lebih tua
6. Masuk rumah org jgn sampai buka peti ais
7. Beratur bila dalam barisan
8. Cakap terima kasih bila dapat sesuatu
9. Kemas meja selepas habis makan
10. Hormat orang walau di media sosial
11. Tak main hp semasa khutbah Jumaat
12. Tak main hp masa orang lain bercakap
13. Bantu mak ayah buang sampah, cuci baju dan dan apa sahaja pekerjaan di rumah

Kesian mereka. Dah sampai masa untuk baiki kembali common sense anak anak zaman sekarang. 

Anak anak yang dah hilang common sense ni akan susah untuk berjaya dalam hubungan dan kehidupannya suatu hari nanti

Sumber: Taufiq Razif

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club