Biasanya setiap kali hendak parking kereta di car porch kita lebih senang untuk terus masuk secara forward parking ke dalam pagar rumah. Maklumlah tak perlu bersusah payah berbanding reverse. Banyak langkah perlu dibuat dan apatah lagi kalau kurang mahir, memang tidak akan dibuat parking dengan teknik reverse.
Itu satu hal, nak mudah kita akan parking secara foward parking. Tapi demi untuk keselamatan diri adalah sebenarnya lebih baik biasakan untuk reverse parking.
Ini sebagaimana perkongsian pemilik akaun TikTok @Adrian Chiaa yang banyak berkongsi tentang automobil.
Menurutnya dia akan praktis parking secara reverse atas faktor keselamatan kerana pernah berlaku suatu perkara yang tidak diingini apabila parking secara terus ke dalam pagar rumah.
Berkongsi pengalaman yang berlaku ke atas bapanya pada tahun 2015 ada perompak mengekori ayahnya dan memasuki kediamannya ketika memasuki pagar rumah tanpa sedar.
Ujarnya lagi, mulai hari itu dia bertegas untuk reverse parking kerana menurutnya kita boleh nampak dengan jelas keadaan sekeliling sebelum keluar daripada kereta.
Selain itu dengan teknik reverse parking, memudahkan kita untuk keluar parking pada keesokannya. Kita boleh lihat pejalan kaki dan kereta lain dengan lebih jelas kerana blind sport lebih kecil dan ia lebih selamat.
Oleh itu buat anda yang kurang mahir teknik reverse parking bolehlah biasa-biasakan dan pasti suatu hari akan mahir juga. Lakukan ini kerana ianya penting untuk keselamatan anda dan keluarga.
Sumber :[su_button url=”https://www.tiktok.com/@wapcar_adrian?” style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]@wapcar_adrian [/su_button]
Kalau sudah kreatif, semuanya menjadi kan. Daripada kayu katil yang sudah tidak digunakan lagi, wanita ini DIY menjadi sebuah meja untuk ditempatkan di dapur bagi mengisi stok makanan.
Itu yang dikongsikan menerusi facebook Nani’s Makeover. Sebuah meja kecil yang cukup simple tapi kemas dan cantik. Sesuai pula ditempatkan di ruang dapur bagi meletakkan barangan.
Sebelum ni Kita recycle kayu katil untuk buat meja ni. Lepastu biarkan beberapa bulan sebab kayu Tak cukup. Fokus perkara lain dulu
Lepastu pelan2 dengan si anak teruna siapkan sikit2. Yela.. buat apa2 pun kena ikut keperluan. Kami perlukan ruang tambahan untuk simpan stok makanan. maklum la.. pkp Kan banyak simpan sebikut 😝
Arini siap pintunya. Bak kata org jerman, bior lambat asal siap. Nanti tacap ler Mana patut kendian.
Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.
Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu laporan menyebut, pihak kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 KWSP.
“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.
Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
Kerusi Kayu Lepas ‘Makeover’ Terus Nampak Macam Baru, Tak Jadi Nak Buang
Ramai yang masih ‘menyimpan’ kerusi kayu ‘lejen’ ini kerana ada nilai sentimentalnya. Jika kerusi kayu ini sudah buruk dan kelihatan usang, jangan sesekali dibuang. Sebenarnya kerusi kayu klasik ini boleh diubahsuai.
Dulu-dulu boleh dikatakan setiap rumah pasti memiliki kerusi kayu suatu ketika dahulu. Siapa sangka kerusi kayu yang nampak buruk dan usang yang sebelum ini siapa pun tidak mahu memandang kini berubah wajah. Terus nampak mahal!
Mari kita lihat hasil ‘makeover’ kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk akhirnya bertukar wajah menjadi kerusi mahal.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.