Siapa yang tak rambang mata bila masuk ke kedai RM2. Mak-mak ternyata tewas, sama juga seperti anak-anak kecil kita.
Kalau boleh semua anak mahu angkut dan beli barangan dan mainan kesukaan mereka. Mak ayah jangan tersilap langkah. Apa kata latih anak mengawal keinginan dan disiplinkan diri mereka dengan membeli satu barangan sahaja.
Tadi semasa di kedai RM2 nampak beberapa kanak kanak dengan troli yang penuh dengan pelbagai mainan & jajan. Ada yang tantrum marah bila keinginan tidak dipenuhi.
Ibu bapa boleh cuba tips berikut dengan mengajar anak untuk masuk kedai RM2 dan memilih hanya SATU barang sahaja.
Ads
Ini dapat membantu mereka untuk mengawal keinginan mereka. Dalam situasi di mana terdapat banyak pilihan, mereka perlu berfikir dengan lebih teliti tentang apa yang mereka benar-benar inginkan atau perlukan.
Mereka akan mula belajar tentang prioriti dan bagaimana membuat keputusan berdasarkan keperluan berbanding keinginan.
Dengan menghadkan pembelian kepada satu barang, anak-anak akan memahami bahawa wang bukanlah sumber yang tidak terbatas. RM 2 juga adalah duit, untuk dapat duit perlu berusaha dan bekerja!
Ads
Ini juga membantu mereka menghargai nilai barang dan satu cara yang sangat baik untuk mendidik mereka tentang pengurusan wang, mengambil keputusan secara bijak, dan menghargai apa yang mereka miliki.
Untuk ibu bapa, jika anak berjaya memilih satu barang, puji mereka atas keputusan mereka. Ini akan menguatkan keyakinan mereka dalam membuat keputusan sendiri.
Buatkan aktiviti ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan tidak membebankan.
“Kito wat belako ..asalkan jadi pitih dan Halal .. Dulu suko dulu wat Grab ..loni keno rajin .. kayuh selagi boleh… Ko guano set kito..Hino ko…” begitulah entri terkini yang di kongsikan oleh Danny atau Mohd Kardanie Anwa di akaun facebooknya setelah peminat dan warganet mengetahui selain menyanyi mahu pun berlakon rupa-rupanya Danny X Factor juga melakukan kerja Grab untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga tercinta.
Memetik BH Online, Danny atau Mohd Kardanie Anwa berkata dia sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan pekerjaan itulah yang menyelamatkannya ketika pandemik.
“Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.
“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.
“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya.
Dalam pada itu, Danny mengakui dia seronok menjadi pemandu Grab kerana pekerjaan tersebut menyenangkan hati, namun dia kini terpaksa berehat memandu Grab kerana sibuk berlakon.
“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.
“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab. Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” katanya yang lebih aktif kerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro, tahun depan.
Danny pernah mencipta kemasyhuran bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.
Selain drama Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut membintangi filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.
Sumber : Berita Harian Online & Facebook danie.anwa
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Banyak sebenarnya kelebihan dan keistimewaan bagi sesiapa yang menunaikan solat sunat Dhuha, selain apa yang sedia kita maklum adalah dikaitkan dengan rezeki.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu rupanya ada doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali usai menunaikan solat Dhuha ini. Nak tahu apakah doa tersebut? Ikuti perkongsian ilmu daripada Aisyah Asyifah ini. Jom semak.
Solat Dhuha
Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki. Itu yang sering dilakukan …
Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?
Apa doanya ?
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:
ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)_ sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.
Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?
Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.
Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??
Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).
Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat..
Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.
Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.
Kala umat Islam bakal menyambut Ramadan tidak lama lagi, tragedi menyayat hati yang menimpa sebuah keluarga ini pada 13 April yang lalu begitu meruntun jiwa. Laporan portal dan berita melaporkan bahawa bayi 10 Bulan maut dan ibu bapa parah selepas selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.
Terbaru melalui perkongsian adik kandung mangsa kemalangan Mohamad Nirzuannudin Anuarmeluahkan isi hatinya mengenai tragedi yang menimpa ahli keluarga.
Saya sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yg terlibat dalam kemalangan semalam ingin mewakili untuk meminta maaf sekira nya diantara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda,dan jikalaw diantara mereka ada hutang yg blum dilunas kan. Boleh memberi tahu kami / sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan iktiar untuk selesai kan. InshaAllah.
Abang Bertarung nyawa
Kerana kami sekeluarga tidak sanggop melihat mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti dugupan jantung nya beberapa saat .lalu doc tpaksa mengguna kan mesin penafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. kini ditukar kan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedar kan diri. Dia Seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati.
Kakak ipar terus tanya suami dan anak-anak
Begitu jga dengan akak ipar saya Wan Nur izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana akak ipar saya sudah sedar kan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggop melihat apa bila sejurus beliau sedar kan diri . Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampai kan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis
‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?
Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiam kan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. YaAllah sungguh berat dugaan yang kamu terima kak.
Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kaki nya yang dihempap kereta.
Inara!!! Tunggu pak ude dekat syurga ye sayang.
Pak ude tak kan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat naufal na bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggal kan kami semua. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan dikepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover .
Kesedihan kami sekeluarga
Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagai kan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamok yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk sepaya arwah tidak terkejut ataw sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! .
Sungguh kejam!! LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat . Rasa gagah. memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yg lain. Hingga melibat kan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidah tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg di langga. Abg saya memandu sekitar 80kmh.
Berapa laju SIPEMBUNUH ini memandu lalu merempuh kereta abg saya? Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah ( bawah flyover)?. Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu .
Terima kasih kepada membantu
Dan dalam masa yang sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan trima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu menganbil arwah inara ditengah jalan lalu hantar ke HSA mengguna kan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin loya dan arwah inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin.
Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga inara.
*SEMOGA PEMBUNUH ARWAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN . SUPAYA TIADA LAGI MANGSA JALAN RAYA LAIN TERBUNUH!!*
Keluarga:Takziah kepada ahli keluarga dan semoga diberikan kesihatan seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...