Masker Mudah Bantu Pulih & Rawat Muka Breakout Guna 2 Bahan Je. Wanita Ini Kongsikan Petuanya.

Share

Jerawat atau muka ‘breakout’ antara masalah kulit yang sangat membimbangkan kaum wanita. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Saudari Saleha Maarof berkongsi petua dengan menggunakan masker untuk merawat muka breakout hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja. 


Masker Rawat Muka Breakout Guna 2 Bahan Je.

Siapa tahu tips kecantikan rawat muka yang tengah breakout ni. Mudah jee kan tak banyak nak keluar modal pun. Pastu banyak pulak kebaikan pada kulit wajah kita.

Tips ni sesuai untuk korang yang dah tersalah guna produk lambakan dipasaran sekarang.

So, untuk merawat dan bagi muka rileks semula, detox dulu ye cara ni.
Sal bagi petua mudah dan in shaa Allah boleh pulihkan semula kulit korang tu.

Bahan bahan

Sebiji tomato ( dah masak ranum)
1 sudu besar lemon

Cara membuat:

1. Basuh bersih, potong 4 tomato dan lenyekkan je guna tangan tomato tu dah lembut bagi hancur semua ye. Tak perlu kisar pun tau. Bagi texture dia kasar macam dalam gambar.

2. Perahkan sesudu besar buah lemon.

3. Campur kedua dua bahan tersebut. Lepastu kacau lah bagi kedua dua bahan tu sebati elok ye.

4. Cuci muka dengan air suam dulu, bagi liang pori terbuka. Dan boleh lah letak bahan ni kat muka korang. Baca Bismillahirohmanirohim dulu ?

5. Biarkan dalam 15 ke 20minit ye. Baru bilas dengan air bersih ye.

Kebaikan lain bila buat masker ni kan, adalah seperti berikut :

1. Merawat kulit dari parut jerawat
2. Merawat dari kesan kusam
3. Tegangkan dan anjalkan kulit muka
4. Merawat masalah jeragat
5. Membantu mengecutkan jerawat
6. Menjadikan tona kulit jadi sekata

Buah lemon ni ada Vitamin C dan antioksidan so baik sangat untuk glowingkan muka kita tau.

Amalkan tips kecantikan dan merawat muka dari breakout ni 3kali dalam seminggu ye.

Inshaa Allah kulit muka korang akan beransur baik dan berseri semula.

Sebarkan kebaikan tips ni kat kawan kawan korang yang ada masalah macam ni. Mana tahu ia bermanfaat kat korang. Lagi pulak tak perlu keluar modal yang besar kan.

Sal izinkan untuk korang share. Silakan?

#SalKongsiTipsMudah