“Masih ‘Tenang’ Tidak Membuka Aib Sesiapa”- Kagum Dengan Sikap Mizz Nina Yang Perlu Dicontohi

Share

Dalam perkahwinan, ada pasang surutnya. Apabila ujian datang menghentam sehinggakan kita hanya mampu terduduk dan menangis mengenang nasib dan ada yang mencari salah pasangan, malah yang lebih buruk apabila kita mencanang aib suami di khalayak.

Masih ramai turut mengagumi sikap yang ada pada Mizz Nina yang masih tenang dan positif

Betapa banyaknya sikap positif Mizz Nina yang matang dan elok yang boleh diambil sebagai contoh. 

Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.

Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap secara terbuka.

Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati.

Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.

Dalam post yang lain tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Setiap satu ujian sentiasa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.

Indeed.

May you grow strong.

Perkongsian Facebook Siti Suryani Yaakop