“Masih Ramai Tak Faham Kenapa Kami Tak Balik.” Kos Hingga RM10K, Luahan Lelaki Bekerja Di Singapura Ini Meruntun Jiwa.

Share

Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Hari yang mulia disambut dengan gembira bersama keluarga. Namun sambutan suasana hari raya Aidilfitri telah berubah sejak pandemik melanda dunia penghujung tahun 2019.

Tahun 2020 meninggalkan sejarah buat rakyat Malaysia apabila beraya dalam tempoh PKP ekoran kes meningkat dengan mendadak. Malah tahun ini, sejarah berulang kembali apabila negara mengumumkan PKP sekali kali!

Pastinya sebak dihati apabila hari raya tidak dapat pulang ke kampung merentas negeri. Situasi ini juga dirasai oleh rakyat Malaysia yang mencari rezeki diluar negara seperti Singapura. Walaupun ada berhasrat untuk balik ke Malaysia, namun tertunda ekoran kos kuarantin tinggi.

Inilah yang dilalui rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Eddie Dieana yang mengakui perlu membayar kos kuarantin 14 hari serta swab test berjumlah SGD$3410 atau (RM10,523.22). Menyedari kos sebegini abang beliau terpaksa melupakan hasrat untuk pulang beraya di rumah orang tua di Johor Bahru.

Ikuti lanjut perkongsiannya.

Harini, saya tak tahu. Nak nangis ke, nak gelak kan abang saya. Minggu lepas dia bagitahu saya. “Eddie, Kau jangan bagitahu mak tau. Aku nak balik malamnya esok raya.
Nak suprisekan semua orang. Mesti gempak kan.” Kata abang saya terhadap saya.
“Oh, yeke. Bestnya. Mesti bestkan dapat balik.” “Bestlah, kau bayangkan aku dapat salam dengan mak pagi raya. Makan lauk raya mak masak. tahun lepas aku raya sorang² kat dalam bilik. Tahun ni aku tak sanggup dah.” Kata abang saya keriangan sambil memperli saya yg tak dapat pulang.

TAK KESAMPAIAN

Sekali Kerajaan Singapura umum. Kos kuarantin wajib dari 14 hari($2125) naik kepada 21 hari ($3000). Tak termasuk dengan kos 2 swab test ketika di hotel ($125×2 :-$250) dan 1 swab test ketika di ICA ($160). Total semua sekali lebih kurang $3410 atau bersamaan RM10,523.22.

Semua kos ni tak termasuk dengan cuti tanpa gaji yang perlu diambil ketika kuarantin 3 minggu dan tambahan cuti yang ingin abang saya ambil. Jika dia ambil cuti 2 minggu bermakna dia perlu cuti tanpa gaji selama 5 minggu atau boleh tolak cuti tahunan yang hanya ada 14 hari yg beliau miliki.

Terus abang saya bagitahu saya. Dia terpaksa batalkan niat dia untuk pulang berhari raya bersama keluarga apabila mendapat berita kenaikan kos kuarantin ni. “Hampa sangat²” katanya. Saya pun baru je berangan -angan nak beli barang² untuk anak². Nak kirim dekat abang bila dia balik beraya di Malaysia nanti. Sudahnya, semuanya hampa.

Bukan kami berdua je yg hampa. Tapi hampir kesemua rakyat Malaysia yg berada di Singapura ni hampa. Lain yang kami harapkan, lain yg kami dapat. Ini baru betul² “Suprise”.

Trendinghttps://www.keluarga.my/pak-azad-makan-sahur-macam-berbuka-cara-eira-santuni-suami-ketika-sahur-tarik-perhatian-warganet/

RINDU PADA KELUARGA

Saya dah pun pesan dekat isteri siap². Simpan semua gambar dekat link post ni.
Nanti masa Hari Raya Aidilfitri. Kalau ada mulut² yg tanya. “Laki kau taknak balik raya ke”
“Laki kau dah tak sayang anak² ke” “Laki kau gila kejar duit ke”
Tunjuk je dia post ni.

Trending: http://www.keluarga.my/pam-kiri-kanan-dapat-1-jug-penuh-susu-badan-terlampau-banyak-perkongsian-wanita-ini-tarik-perhatian-warganet/

Biar mereka tahu apa yg kita rasa sekarang. Sebab masih ramai di Malaysia tu masih tak faham kenapa kami² semua tak balik². Kalau ikutkan hati. Siapalah yg tak rindu anak bini.
Tak rindukan Mak. Tak rindukan keluarga. Ni sambil taip ni pun ada orang potong bawang kat tepi. Puas halau dia dari tadi tapi degil nak duduk kat sebelah jugak.
Yang paling tak boleh nak control perasaan bila whatsapp dengan mak pagi tadi.

“Mak dah beli baju raya?” “Mak takde semangat nak beli baju raya.” Jawab mak.

“Kenapa pulak takde semangat nak beli baju raya. Mak takde duit ke?”
“Bukan soal duit. Tapi mak tak sanggup nak happy² kat sini sambut hari raya. Sedangkan anak² mak kat sana sedang bersedih. Lagi pulak tengok muka anak² kau yg dah dua tahun beraya tanpa ayah. Lagi lah buat mak sedih.”


Baca je mesej tu automatik budak yg potong bawang tadi tukar potong cili pulak.
Lagi laju dia punya mengalir keluar.

Allahuakbar.Berilah kami semua kekuatan untuk menempuh segala dugaan ni. Saya tahu agak mustahil sempadan akan dibuka dalam masa yg terdekat kerana kes Covid19 yg tak menentu di Malaysia sekarang. Apa yg boleh saya katakan.
Hanya keajaiban yg mampu mengubah segalanya. Teruskan berdoa agar semuanya akan pulih. Sesungguhnya. Hati ni dah tak tertanggung lagi bila mengenangkan perasaan rindu.
Maafkan Daddy ye sayang. Kamu berdualah kekuatan Daddy untuk terus bertahan kat sini. I Love U anak².

Sumber: Eddie Diean

Trending:  https://www.keluarga.my/siap-siaga-pdpr-wanita-ini-guna-wang-i-sinar-bina-rumah-mini-untuk-anak-siap-ada-bilik-untuk-belajar-inspirasi/

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club