Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Hari yang mulia disambut dengan gembira bersama keluarga. Namun sambutan suasana hari raya Aidilfitri telah berubah sejak pandemik melanda dunia penghujung tahun 2019.
Tahun 2020 meninggalkan sejarah buat rakyat Malaysia apabila beraya dalam tempoh PKP ekoran kes meningkat dengan mendadak. Malah tahun ini, sejarah berulang kembali apabila negara mengumumkan PKP sekali kali!
Pastinya sebak dihati apabila hari raya tidak dapat pulang ke kampung merentas negeri. Situasi ini juga dirasai oleh rakyat Malaysia yang mencari rezeki diluar negara seperti Singapura. Walaupun ada berhasrat untuk balik ke Malaysia, namun tertunda ekoran kos kuarantin tinggi.
Inilah yang dilalui rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Eddie Dieana yang mengakui perlu membayar kos kuarantin 14 hari serta swab test berjumlah SGD$3410 atau (RM10,523.22). Menyedari kos sebegini abang beliau terpaksa melupakan hasrat untuk pulang beraya di rumah orang tua di Johor Bahru.
Ikuti lanjut perkongsiannya.
Harini, saya tak tahu. Nak nangis ke, nak gelak kan abang saya. Minggu lepas dia bagitahu saya. “Eddie, Kau jangan bagitahu mak tau. Aku nak balik malamnya esok raya. Nak suprisekan semua orang. Mesti gempak kan.” Kata abang saya terhadap saya. “Oh, yeke. Bestnya. Mesti bestkan dapat balik.” “Bestlah, kau bayangkan aku dapat salam dengan mak pagi raya. Makan lauk raya mak masak. tahun lepas aku raya sorang² kat dalam bilik. Tahun ni aku tak sanggup dah.” Kata abang saya keriangan sambil memperli saya yg tak dapat pulang.
TAK KESAMPAIAN
Sekali Kerajaan Singapura umum. Kos kuarantin wajib dari 14 hari($2125) naik kepada 21 hari ($3000). Tak termasuk dengan kos 2 swab test ketika di hotel ($125×2 :-$250) dan 1 swab test ketika di ICA ($160). Total semua sekali lebih kurang $3410 atau bersamaan RM10,523.22.
Semua kos ni tak termasuk dengan cuti tanpa gaji yang perlu diambil ketika kuarantin 3 minggu dan tambahan cuti yang ingin abang saya ambil. Jika dia ambil cuti 2 minggu bermakna dia perlu cuti tanpa gaji selama 5 minggu atau boleh tolak cuti tahunan yang hanya ada 14 hari yg beliau miliki.
Ads
Terus abang saya bagitahu saya. Dia terpaksa batalkan niat dia untuk pulang berhari raya bersama keluarga apabila mendapat berita kenaikan kos kuarantin ni. “Hampa sangat²” katanya. Saya pun baru je berangan -angan nak beli barang² untuk anak². Nak kirim dekat abang bila dia balik beraya di Malaysia nanti. Sudahnya, semuanya hampa. Bukan kami berdua je yg hampa. Tapi hampir kesemua rakyat Malaysia yg berada di Singapura ni hampa. Lain yang kami harapkan, lain yg kami dapat. Ini baru betul² “Suprise”.
Saya dah pun pesan dekat isteri siap². Simpan semua gambar dekat link post ni. Nanti masa Hari Raya Aidilfitri. Kalau ada mulut² yg tanya. “Laki kau taknak balik raya ke” “Laki kau dah tak sayang anak² ke” “Laki kau gila kejar duit ke” Tunjuk je dia post ni.
Biar mereka tahu apa yg kita rasa sekarang. Sebab masih ramai di Malaysia tu masih tak faham kenapa kami² semua tak balik². Kalau ikutkan hati. Siapalah yg tak rindu anak bini. Tak rindukan Mak. Tak rindukan keluarga. Ni sambil taip ni pun ada orang potong bawang kat tepi. Puas halau dia dari tadi tapi degil nak duduk kat sebelah jugak. Yang paling tak boleh nak control perasaan bila whatsapp dengan mak pagi tadi.
“Kenapa pulak takde semangat nak beli baju raya. Mak takde duit ke?” “Bukan soal duit. Tapi mak tak sanggup nak happy² kat sini sambut hari raya. Sedangkan anak² mak kat sana sedang bersedih. Lagi pulak tengok muka anak² kau yg dah dua tahun beraya tanpa ayah. Lagi lah buat mak sedih.” Baca je mesej tu automatik budak yg potong bawang tadi tukar potong cili pulak. Lagi laju dia punya mengalir keluar.
Allahuakbar.Berilah kami semua kekuatan untuk menempuh segala dugaan ni. Saya tahu agak mustahil sempadan akan dibuka dalam masa yg terdekat kerana kes Covid19 yg tak menentu di Malaysia sekarang. Apa yg boleh saya katakan. Hanya keajaiban yg mampu mengubah segalanya. Teruskan berdoa agar semuanya akan pulih. Sesungguhnya. Hati ni dah tak tertanggung lagi bila mengenangkan perasaan rindu. Maafkan Daddy ye sayang. Kamu berdualah kekuatan Daddy untuk terus bertahan kat sini. I Love U anak².
Mungkin ia bukan masalah yang melanda bagi ibu yang mempunyai anak remaja. Tetapi bagi ibu yang mempunyai anak kecil hingga sekolah rendah, ia menjadi satu masalah besar.
Bukan hanya masalah tidak mahu makan, malah masalah paling besar adalah memilih makanan. Mereka rata-rata punya selera sendiri. Kecenderungan untuk mengambil makanan tidak sihat yang terdiri daripada makanan segera, kaya garam dan gula memang tinggi.
Sebagai ibu, apa pilihan yang kita ada untuk memujuk anak-anak ini makan dengan berselera, mengikut jenis pemakanan sihat yang kita berikan? Sepuluh perkara ini ibu-ibu kena beri perhatian. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah minat mereka untuk makan.
11 Perkara Kena Beri Perhatian
Warna: Warna makanan yang sama dan ‘dal’ boleh membuatkan anak rasa bosan dan tidak mampu menarik minat mereka.
2. Makan luar: Menyebabkan tumpuan anak pada makanan tidak sehebat ketika makan di rumah. Jadi kurang-kurangkanlah. Biarkan hanya waktu istimewa atau waktu-waktu genting supaya mereka dapat bezakan.
3. Makan tidak menentu: Menunjukkan teladan buruk seperti makan di depan televisyen mendorong anak melakukan perkara sama.
4. Snek: Pengambilan makanan ringan sebelum waktu makan membuatkan anak kenyang dan menolak makanan yang sepatutnya.
5. Waktu: Waktu makan yang berubah-ubah mengakibatkan anak keliru dan terpaksa menahan lapar untuk tempoh peralihan.
6. Paksa: Memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera dan tidak menikmati sepenuhnya. Jangan paksa tetapi beri mereka pilihan.
7. Kritik: Komen negatif terhadap makanan di depan anak boleh mengekang selera kepada makanan tersebut.
8. Gangguan: Gangguan seperti alat mainan, televisyen dan sebagainya yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.
9. Marah: Berleter atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya mereka takut dan menjauhi waktu makan.
10. Makan sendirian: Menyebabkan anak berasa waktu makan adalah waktu paling menyedihkan.
11. Tiada kepelbagaian: Makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet. Jadi ibu kenalah kreatif ya. Jangan bosan mencuba untuk anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain mempunyai suara lunak merdu,Datuk Siti Nurhaliza sentiasa menjadi inspirasi kepada peminatnya.
Penampilan diri penuh sopan, menjadikan dirinya cakna di kalangan peminatnya yang sentiasa menjadikan dirinya idola.
Melalui perkongsiannya baru-baru ini diinstagram miliknya, beliau menjelaskan setiap seorang daripada kita, boleh menjadi inspirasi kepada orang lain. Bermakna, kita adalah inspirasi kepada diri kita.
Dah menjadi satu trend bila mana pempengaruh dan selebriti tidak kira dalam mahupun luar negara berkongsi house tour kepada peminat mereka di sosial media.
Tidak terkecuali, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita turut berkongsi suasana rumahnya yang dikongsikan dalam saluran Youtube miliknya.
Meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada pereka dalaman, ruangan ruang tamu Wany tampak luas dengan penambahan cermin penuh dinding di tengah kawasan dinding yang dicat dengan warna olive.
Paling menarik, sebelum ini jika tetamu yang datang duduk di ruang tamu pasti akan nampak kawasan dapur rumahnya, tetapi kini tidak lagi setelah diletakkan ‘hidden door’ di kawasan dapur dan juga bilik bawah. Bijak kan?!
Untuk dekorasi ruang tamu, menjadi kesukaan buat Wany di bahagian kabinet televisyen rumahnya di mana tiada istilah ‘sakit mata’ melihat keserabutan wayar-wayar kerana kabinet jenis build in dan tertutup digunakan berbanding sebelum ini dia hanya menggunakan kabinet biasa untuk bahagian itu.
Untuk bahagian bilik pula, sekali lagi Wany meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pereka dalamannya dengan memilih konsep bali untuk tema biliknya. Sekali lagi, ada pintu tersembunyi yang menghubungkan ruangan pakaian dan bilik air. Jadi, ruangan tersebut sangat strategik untuk elakkan dari terdedah aurat pada orang luar.
Untuk ruangan luar rumah, di tanah yang sedia ada Wany menggunakan konsep ala-ala taman mini. Amacam cantik tak? Boleh la jadikan inspirasi untuk konsep rumah sendiri lepas ni!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.