“Masih Lagi Jalan Pegang Tangan Suami Isteri.” Ustaz Don Kongsi Amalan Orang Lama Yang Dipraktik Dalam Rumah Tangga!

Share

Melihat karekter Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.

Malah, sisi seorang suami yang romantis dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.
Malah, Ustaz Don sebelum ini ada membuat ‘surprise’ untuk isterinya Dr Husna Zahry Rafie sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Termasuklah menyamar sebagai ‘pesakit’ yang datang ke hospital dengan membawa sejambak bunga buat isteri tersayang. Selain itu, beliau juga turut membawa isterinya keluar ‘lunch’ berdua di sebuah hotel.

Baru menyambut ulang tahun ke 8 perkahwinan bersama, Ustaz Don berkongsi tip yang diamalkannya sepanjang bergelar suami isteri.

Aku Suami

Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”

Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.

Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.

Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan
(P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)


Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…

1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
(P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yg nk sambung tulih… kan, sila tulih diruangan komen no che no…)

2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai…
Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.

Sumber: IG ddaniyaldbiyajid