Rambut tumbuh dalam kilang telur? Adakah harapan untuk hamil? Itu mungkin persoalan yang menjadi tanda tanya terutama kaum ibu.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat mengakui kes sebegini berlaku ke atas wanita tanpa disedari. Namun, ketumbuhan begini sebenarnya tidaklah bahaya jika dirawat lebih awal.
Justeru, beliau menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini menukar gaya hidup yang lebih sihat.
Berikut beberapa tip gaya pemakanan selepas pembedahan cyst yang perlu ibu-ibu tahu.
DERMOID CYST PADA OVARI KIRI
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovari. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya. Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara hidup sihat.
Ads
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-laian. Saya galakkan makan ulam , sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
Ads
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor separuh masak dan oat atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu . Masak sup sayur kobis, karot, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
Ads
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Barangan keperluan bayi adalah produk yang sentiasa menjadi pilihan setiap keluarga yang mempunyai anak kecil. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Jadi, pasti akan tercari-cari butik atau kedai yang menjual barangan keperluan yang berkualiti tetapi pada harga yang berpatutan.
Salah satu kedai tersebut adalah Manjaku Baby Mall. Ia menawarkan banyak kelebihan sempena musim perayaan. Ini termasuklah barangan dengan harga yang murah, variasi dalam pelbagai warna dan rekaan serta bentuk dan corak yang menarik. Promosi hebat ini sebagai menghargai pelanggan yang ingin meraikan kedatangan Syawal dengan cara yang istimewa.
Istimewanya di sini, Bunga Raya yang menjadi lambang bunga kebangsaan dipilih sebagai ikon utama. Ia menjadi lambang dalam hubungan antara satu sama lain dalam bangkit melawan covid-19 bersama sebagai sebuah negara.
Melalui tema ini, Manjaku Baby Mall ingin bersama-sama berkongsi air mata dan kebahagiaan bersama. Sehubungan itu, pihak butik berhasrat untuk tampil dengan promosi terbaik dalam menyambut raya. Tetapi dalam masa yang sama tetap mementingkan soal penjagaan kesihatan untuk memastikan semua orang sihat dan terus dilindungi sepanjang masa.
Sesuai dengan slogan ‘Jauh Di mata, Dekat Di hati’, ia sesuai untuk mewakili atas apa yang berlaku selain untuk menghadapi masalah tersebut bersama-sama dengan pelanggan butik ini.
Bersempena dengan itu, Manjaku tampil dengan 4 sub-tema kempen. Kempen pertama adalah #StyleAtHome yang mewakili koleksi Raya eksklusif yang terdapat di Manjaku (termasuk pakaian tradisional). Pelbagai jenis kain fabrik dan rekaan menarik yang ditawarkan untuk si kecil anda. Pastinya si ibu yang paling suka bab matching supaya nampak sedondon seisi keluarga.
Kempen kedua adalah #RamadanAtHome yang memberi fokus kepada barang keperluan #MumToBaby yang berupa susu tepung, lampin, botol makanan dan lain-lain· Kempen seterusnya adalah #SafetyAtHome yang menanamkan budaya menjaga kebersihan diri dan persekitaran selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ini termasuklah dalam soal keselamatan dari segi penggunaan peralatan bayi, alat pembersih dan pembersihan, dan sebagainya.
Manakala kempen terakhir adalah #BuyAtHome. Kempen ini merupakan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah menerusi pembelian melalui Shopee, Lazada & e-shop (akan datang). Menariknya lebih daripada 10,000 item dijual dengan potongan diskaun 50%. Pasti membuatkan anda teruja dan tak sabar untuk mendapatkannya.
Bukan itu sahaja, ibu bapa mudah mendapatkan semua barangan keperluan #MumToBaby dari baju raya, susu tepung, lampin, tisu, pembersih tangan, pencuci pakaian bayi, botol dan banyak lagi di bawah satu bumbung iaitu di Manjaku Baby Mall.
Jadi tunggu apa lagi, segeralah berkunjung ke 27 buah cawangan Manjaku Baby Mall yang berdekatan anda. Untuk keterangan lanjut boleh layari Senarai Cawangan Manjaku Baby Mall
Solat Tahajud dianggap sebagai ibadah solat sunnah yang paling istimewa, sebab disebutkan dalam Al-Qur’an dapat membuat yang mengamalkannya diangkat ke tempat yang terpuji di mata Allah.
Sayangnya, ramai antara kita merasa berat untuk tunaikan solat Tahajud dek kerana perlu berjaga tengah malam.
Untuk itu, andai ada yang ingin memulakan buat untuk solat Tahajud dan ingin terus instiqomah, bolehlah dicuba tip yang dikongsikan ini. Jom semak.
Tip Bangun Solat Tahajud untuk Beginner
Hehe… Kelakar tak tajuk kat atas. Ada pulak Tahajud untuk beginner. Tip ni mungkin tak sesuai untuk otai tapi beginner suka sangat tip ni sebab mereka perlukan tip untuk istiqamah buat tahajud.
Sekali lagi ni ilham dari Allah, kemudian saya share tip ini pada kawan saya. Kemudian dia suka tip ini sebab dia kata agak praktikal. Mungkin dah ada yang amalkan tapi ramai juga belum tahu.
Dulu kalau saya bangun tahajud selalu set alarm pukul 3 atau 4 pagi. Liat jugalah nak bangun. Buat tahajud pun tak konsisten. Lepas tu siap fikir ngantuk kot esok pagi sebab waktu tidur dah short sikit sebab cilok untuk tahajud.
Dah la solat tahajud celam celum, terus buat yang extreme. Baca surah sampai 7 kali setiap rakaat. Lepas tu, sujud lama baca 40 kali doa Nabi Yunus. Lepas itu tambah lagi solat taubat dan solat witir. Saya buat tapi tak istiqamah.
Kemudian saya tukar. Saya dapat idea ni masa tu bulan puasa.
Saya bangun awal 4.30 pagi siapkan sahur dahulu. Sebelum nak makan sahur, dalam pukul 5 pagi saya cilok buat tahajud dua rakaat dengan basic solat sahaja. Kemudian saya makan sahur. Kemudian solat Subuh. Hasilnya, bulan puasa tersebut saya dapat istiqamah buat tahajud.
Wow! Masa ni seronok sangat sebab dapat buat tahajud setiap hari.
Tip untuk beginner :
1. Bangun solat tahajud dalam pukul 5 atau 5.15 pagi. Atau setengah jam sebelum masuk waktu Subuh.
2. Buat solat sunat basic dahulu. Tak perlu extreme buat solat dengan bacaan surah sampai 7 kali. Buat solat macam kita solat sunat sebelum atau selepas solat fardu. Pendek dan ringkas.
Selepas dapat istiqamah, sikit sikit kita boleh tambah :
+ panjangkan bacaan surah 3 kali ke 7 kali
+ tambah rakaat tahajud dari 2 kepada 4
+ tambah sujud lebih lama dengan bacaan Doa Nabi Yunus
+ tambah solat witir 3 rakaat
+ tambah solat sunat taubat
+ tambah solat hajat
Sementara tunggu Subuh bolehlah baca Al Mathurat (dalam lebih kurang 20 min). Baca Al Quran atau baca Yaasin.
Semoga kita istiqamah. Bukan senang kita nak bangun Solat Tahajud. Bila kita start nak berubah menjadi lebih baik, syaitan hantar General Perang dia yang asyik bisik “ko bangun tahajud, nanti esok ngantuk. Lagipun ko muda lagi, tunggulah esok dah pencen, anak anak dah beso barulah engkau buat”.
Kemudian setan setan prebet akan bergayut kat bulu mata kita suruh mata kita berat! Kemudian setan setan ini tarik selimut sambil bisik “selimut ni kalau tarik… Syok tido”.
Akhirnya kita kalah lagi.
Syaitan menang!
Kita niat lagi nak Tahajud konsisten. Dia hantar lagi Panglima Perang!
Kita dah bangun ni setan bisik apabila kita off alarm dalam smartphone kita “tengoklah facebook dulu, update status kita bangun awal. Nanti ko boleh tengok kawan kawan ko yang bangun awal, siapa update status.” Skrol punya skrol, azan Subuh pun berkumandang.
Syaitan menang lagi!
Sahabat… Begitulah kita. Bukan mudah nak didik hati sendiri melakukan perubahan. Nak lawan nafsu dan nak lawan syaitan.
Saya doakan kita istiqamah. Semuanya bermula dari langkah pertama. Mari kita rebut ganjaran Allah untuk mereka yang kuat dan istiqamah.
Syurga menanti kita di hadapan. Gambateeeee! Tahajud! Haip!
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu. “Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories. Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa. “Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.