Kebelakangan ini pelbagai isu yang timbul berkaitan rumah tangga selebriti Malaysia ini. Berstatus seorang bapa tunggal, pelakon Sharnaaz Ahmad meminta para warganet untuk menghormati sensitiviti bekas isterinya Noor Nabila yang kini masih berstatus isteri orang.
Memetik laporan Berita Harian, Sharnaaz beritahu perkara itu sangat penting untuk disuarakan kerana tular pelbagai video yang memaparkan kemesraan dirinya dan bekas isterinya itu di laman media sosial peminat.
“Kita semua perlu sedar, Nabila ketika ini sudah berstatus isteri orang. Jadi, janganlah berdoa seperti ingin meruntuhkan masjid orang lain.
“Kena fikir soal sensitiviti suaminya kerana dia juga ada perasaan… Dia bukan robot,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut meluahkan perasaannya terhadap video-video memaparkan dirinya dan Nabila yang dimuat naik di TikTok itu.
Ads
“Saya tidak salahkan sesiapa kerana mereka mendoakan perkara baik kepada saya. Cuma, kita perlu tahu dan jaga batas sensitiviti itu.
“Apabila saya tonton video itu, saya dapati peminat masih belum ‘move on’. Maknanya, mereka masih sayangkan kita. Terima kasih sebab masih ingat kepada kami,” ujarnya.
Ads
Bukan itu sahaja, hubungan baik yang dijalinkan Sharnaaz dengan Nabila juga dikatakan atas dasar membesarkan anaknya, Jebat Jayden.
Ads
“Saya tidak marah atau berdendam dengan Nabila. Saya sudah buang semua perasaan itu. Sekarang, kami adalah satu pasukan untuk membesarkan Jebat.
“Saya fikir Jebat pun tidak tahu bahawa kami ini sudah bercerai,” katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 namun masing- masing mengambil keputusan untuk berpisah pada 9 Julai 2020.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tiap-tiap tahun hamil, memang akan memudaratkan kesihatan wanita yang bergelar isteri itu. Memang ada yang kata, jangan ditolak rezeki yang diberiNya. Rezeki setiap tetap ada. Tetapi fikirkan kesihatan ibu yang hamil. Malah ada yang sanggup mengambil risiko merancang sendiri. Bangga lagi apabila berjaya melakukan cara ni.
Namun ada juga yang tak berjaya. Apa pun jangan buat main hal kehamilan ni kerana ia boleh menjejaskan keselamatan ibu yang hamil terutama yang bersalin secara pembedahan. Apa yang pasti kena juga merancang cara yang betul atas nasih doktor. Ikuti perkongsian Bel Nawhen yang sungguh bermanfaat bersama.
Tak habis2 dengan ayat ‘Saya merancang sendiri pun berjaya’ awak tu. Awak nak tahu tak, ada sahaja ibu caesarean yang ikut ideology awak tu, hamil balik selepas 6 bulan melahirkan secara pembedahan sebab merancang sendiri yang didewa-dewakan semua tu.
Sudahnya, perlu pembedahan lagi.
Perdarahan pula tu sebab rahim memang belum sembuh sepenuhnya.
Rahim hampir pecah jadinya.
Tolong. Simpan cadangan rancang sendiri tu untuk diri sendiri. Tak payah bawa ke sosial media dan memudaratkan orang lain yang mengikutnya. Kot awak nak tolong susukan anak dia masa dia admit boleh juga.
Kami doktor, nurse ni bukan dengki sangat dengan awak yang subur ni. Tapi kami risau sebab risiko itu sentiasa ada.
Merancang kehamilan bukannya kita ni nak menolak rezeki, tetapi kita nak memastikan setiap amanah yang diberi boleh dijaga dengan rapi.
1) Biar dalaman cukup kuat sebelum hamil semula. 2) Biar emosi cukup sihat sebelum menambah lagi. 3) Biar hilang lelah berjaga malam dahulu sebelum kembali kepada rutin itu lagi. 4) Biar anak2 cukup kasih sayang, cukup menyusu dengan ibu sekurang-kurang 2 tahun. 5) Biar fizikal cukup fit untuk terkejar2 dengan anak2 yang dah besar dan yang masih bayi.
Ramai yang beranak kecil dengan umur diantara anak rapat-rapat mengalami tekanan kerana tidak cukup rehat fizikal dan emosi. Suami pula lepas tangan. Jangan begitu. Kesian kat isteri sikit.
Notakaki: Kewanitaan anda bukan dinilai melalui berapa kali anda mampu hamil.
Pelakon Diana Rafar selamat melahirkan seorang bayi lelaki Jumaat lalu pada pukul 11:33 malam di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital. Berota baik itu dimuat naik oleh suaminya, pelakon Zamarul Hisham menerusi laman instagramnya.
Sambil melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya itu, Zamarul juga meluahkan rasa teruja dan tidak menyangka anaknya itu lahir lebih awal daripada yang dijangkakan. Syukur Alhamdulillah.. hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh .
Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami. Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda.
Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb.. rupa2 nya dia nak hari Jumaat jugak.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.
Tengok daun sup je, ramai yang akan mengakui bahawa bahan masakan ini antara yang wajib dibeli apabila ke pasar.
Pelbagai kegunaan untuk masakan menjadikan daun sup penting dalam senarai barang dapur.
Tapi jika asyik beli je, apa kata cuba menanam di halaman rumah. Tidak dinafikan bukan mudah nak tanam pokok ini, ada je yang tak subur.
Menarik kali ini, saudara Pyan Sempoy menunjukkan tiga kaedah untuk menanam daun sup.
Jom cuba lihat kaedah ni.
_____________________________
Semai daun sup ni seminggu sebelum puasa hari tu..hari ni hari ke 6 lepas pindah bekas
jom tanam daun sup untuk kegunaan sendiri..ada 3 kaedah utk tanam pokok daun sup ni..semua saya dah buat & berjaya..yang belum berjaya tanam daun sup boleh lah pilih salah satu dari kaedah yg saya kongsikan kat bawah.
Kaedah pertama : semai biji benih
cara saya semai:
1) siapkan media tanam..saya guna peatmoss…lps dh isi ke bekas saya siram siap2
2) tabur biji benih sikit jer..jgn byk2 cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dgn media lg sbb biji sup ni halus..lps spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media..byk yg gagal sbb ni lah..benih yg bercambah x dpt tembus tanah utk dpt cahaya
3) spray dgn air..cukup 1-2 kali tembak jer
4) letak tempat teduh..nk tutup boleh xnk tutup pon boleh..saya biar jer x tutup pon
5) spray 2x sehari pagi & petang..insyaAllah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari..klau 2 minggu tak tumbuh2 jugak bererti gagal..kena cuba lagi
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang
cara saya semai :
1) pilih pokok sup yg masih segar + ada byk akar yg masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2) potong semua batang kecuali tunas2 kecil
3) rendam dlm air bg tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari
4) dh boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar..jgn tanam dalam sangat..cukup kambus akar sahaja
5) siram sikit2 jer jgn terlebih air..yg ni pon jd penyebab ramai yg gagal sbb media terlalu becek
6) letak tempat teduh dulu 1-2 minggu
Kaedah ke 3 : tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
cara saya tanam :
1) pokok induk mesti sihat + subur + ada byk anak2 pokok yg baru tumbuh..pilih yg bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau
2) korek atau cabut pelan2..syarat kena ada akar bersama ank pokok tu..kalau cabut pastu takde akar baik korang campur dlm sup ja hehe..kena hati2 masa korek/cabut
3) tanam & letak kat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil
4) siram sikit2 ja, sama mcm kaedah 1 atau 2..jgn terlebih air
So boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...