Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan zuriat sendiri sebagai penyambung keturunan. Siapa tidak mahu bilahadirnya anak-anak yang menggembirakan lagi kehidupan suami isteri.
Namun siapalah kita untuk menidakkan jalan yang telah Allah sediakan buat kita.
Bagi pasangan suami isteri ini, Ahlia Adrian Adam dan Sha Ramson Abdullah, mereka akur dengan ketentuan Allah dan bersyukur dengan kehidupan kini walau masih belum dikurniakan rezeki.
Bagi suami isteri yang masih belum dikurniakan anak, janganlah sekali-kali rasa kecewa dan tertekan bila mana sering menerima pelbagai pertanyaan daripada masyarakat sekeliling.
Percaya pada Allah sambil tidak putus berdoa. Itu sebaiknya. Jadikan perkongsian Sha Ramson Abdullah ini sebagai pemangkin semangat. Allah tahu apa yang terbaik buat kita!
“Sha, tak takut ke takde anak? Umur kita ini dah lah semakin meningkat.”
kata seorang kawan saya, yang baru saja bersalin anak sulung.
Ya Allah… mengucap saya.
Demi Allah, tiada sekelumit keraguan pun kami pada takdir Allah. Sungguh… ilmu dan kefahaman agama itu sangat penting supaya kita sentiasa bersangka baik pada setiap kejadian Allah, bukan kecewa dengan takdir Allah SWT.
Selama kami hidup berdua laki bini ini pun banyak sangat dah hikmah Allah bagi sampai malu nak minta kat Allah. Nak pergi sana sini Allah permudahkan kami sebab hidup berdua, travel sana sini mudah bila berdua bergelak ketawa, bergurau senda, keluar tengok wayang bersama, makan berdua, berjalan berdua berpegangan tangan, naik motor berdua bergelak ketawa macam semalam ??
Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban.
Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?
TAK ADA ??
Banyak sangat kebahagian selama kami hidup berdua sampai rasa CUKUP sangat dengan apa yang Allah bagi. Tak ada kurang langsung! Sampai kami laki bini rasa malu sangat dengan Allah ??
Apa yang Allah bagi sekarang pada kami pun dah memadai. Dah terlalu cukup, sangat sempurna. Langsung takde cacat cela. Baiknya Allah!
Anak itu adalah haq Allah.
Terpulang pada Allah nak bagi ke tak.
Teringat kami dengan pesan Habib Ali Zaenal Abidin dalam satu majlis ilmu :
“Tak bererti ada zuriat bermakna hidup pasangan suami isteri itu sudah lengkap. Belum tentu. Ada mungkin zuriat itu menjadikan kita lebih kufur atau zuriat itu menjadi kufur pada orang tuanya. Lebih baik tak punya anak. Selamat iman, selamat akidah berbanding kita punya anak.”
Kita tak tahu apa jadi masa depan.
Mungkin bila dikurniakan anak, kami jadi apa ntah. So ada sebab jalan hidup kami buat masa ini hanya berdua. Allah balas setiap kesabaran kami dengan kebahagian yang tak pernah putus.
Allah takkan beri mengikut apa yang kita mahu, sebaliknya Allah akan beri mengikut apa yang kita perlukan.
Sesungguhnya Allah Maha Tahu Atas Tiap-Tiap Sesuatu.
Terima kasih, Allah.
Terima kasih, suami.
Yang sentiasa melayan kerenah isterinya macam budak kecik ini. Bagai menatang minyak yang penuh.
Ahlia Adrian Adam,
Sha Ramson Abdullah.
Kredit: Sha Ramson Abdullah