Masih Belum Lambat Betulkan Kesilapan. Ibu Ini Luah Penyesalan Bagi Anak Gajet Sejak Bayi Lagi

Share

Masih belum terlambat untuk betulkan kesilapan! Begitulah yang luahan penyesalan seorang ibu ini yang telah mendedahkan anaknya sejak bayi lagi dengan gajet. Beliau mengakui akan kesilapannya dalam mendidik anak.

Katanya, sebagai ibu, perlu ada ilmu keibubapaan untuk mendidik anak. Ikuti  perkongsiannya di laman facebooknya Shera Moktar

 

Silap mommy 7 tahun dulu. Nak jadi seorang ibu..perlu ada ilmu. Fb throwback gambar 7 tahun lepas. Gambar rayyan pegang iPod tengok youtube masa 5 bulan kot. I was so WRONG!!!!

Setinggi mana pun kita belajar, degree , master, PhD, tetap perlu ilmu parenting..kenapa perlu, orang dulu2 takyah pun pergi kelas parenting bagai….oh come on, orang dulu2 takde chanel cartoon 24/7. Takde iPod..mainan yang ada pun apa yang ada disekeliling…so you can’t compare bilamana zaman yang kita lalui sekarang adalah zaman yang semua orang nak shortcut!
.
Gambar throwback tu mengingatkan saya mencipta alasan , rayyan membesar di hospital, that is the only thing yang dia boleh buat? No it’s still wrong…

Pelbagai Alasan Dicipta 

Kita sentiasa boleh cipta alasan ..Sibuk, tak sempat layan karenah anak. Letih, tak larat nak main dengan anak. Tak bagi, anak mengamuk (eh bila bagi pun mengamuk jugak kan?) etc etc etc..
.
Saya pun, buat SILAP, tapi saya sedar dan terus betulkan apa yang silap…janganlah pulak buat SILAP tapi taknak betulkan…zaman sekarang ni macam-macam article bercerita pasal bahaya gadget, pakar kanak2 dok bagi talk sana sini, nak free? Kat tv, kat sosial media semua dok becerita pasal bahaya gadget…kenapa tak boleh terima? Nampak anak normal je bila bagi gadget, sure ke normal takde masalah? Anak pandai abc, 123, animals, colors, tapi pandai tak bercakap,ikut arahan, manage feeling?
.
Sebab tu bila pergi mana-mana, tengok parents bagi phone kat anak2 (especially kat kedai makan) hati ni meronta2 je rasa..tau tak berapa ramai anak delayed sebabkan gadget ni, real tau?

Sebab saya pernah buat SILAP, saya tahu kesilapan ni boleh diperbetulkan. Jangan mula esok, mulakan sekarang.

Limit screen time, 3 years and below , tak perlukan langsung, apa yang mereka perlukan is you..believe me,mula2 tu memang akan rasa susah, anak taktau nak buat apa so anak ni tend to tantrum…gantikan dengan aktiviti2 lain, jangan gantikan dengan mainan, tapi gantikan dengan bermain mainan dengan anak, berbual lah sepuasnya..after 1-2 weeks, akan nampak perubahan, hati mommy daddy pun senang.
.
Saya stop gadget masa rayyan umur setahun kot..syukur tersedar..saya boleh buat, kenapa anda tidak?
.
*gambar throwback masa rayyan on chemo due to hepatoblastoma (bukan sebab gadjet ye ?

)

Sumber: Shera Moktar