Bukan senang untuk kita bertemu orang yang baik dan jujur, mengembalikan semula beg duit yang tercicir. Apatah lagi, bila di dalamnya mengandungi sejumlah wang yang banyak.
Namun, perkongsian daripada puan Ain Fatin tentang pengalaman peribadinya tertinggal beg duit suaminya di dalam troli, nyata seakan satu dalam seribu!
Ada jugak manusia macam ni zaman sekarang
Ads
Semlam kak ain p la Tesco Stargate nak beli ikan ,sayoq..elok sampai dalam pukui 10.30 depa dah bungkuih2 simpan..pastu terus pecut p Tesco Mergong pulak..sbb Tesco Mergong tutup lewat..
Sampai-sampai tesco..cari clutch bag husband tak jumpa..rupa-rupanya tertingai dalam troli tesco stargate…chering bulu-bulu roma ni..pucat muka-muka. Toqeh tak keluaq darah oii…sebab dalam bag tu baru tekan duit..ada Rm2000 adeh..
Ads
Menyerit bawak keta tak sangga laa..masa otw tu baca doa macam keluaq.dok pikiaq..sat g bangla kemaih troli jumpa,mampoih dhh..elok-elok sampai sana jam 10.50pm..depa dok kemas-kemas troli dah..nampak abang ni dok tolak troli..terus terpa kat dia tanya. Nampak wallet saya tak…dia kata..ada-ada warna hitam ya..saya baru nak p hantaq kat custemer service..
Alhmdulillah..macam nak nageh rasa..Ada lagi manusia yang jujur macam ni di zaman la ni. Ingat ka dah pupus dah..sebab dok jumpa hat jenih tamak dengan harta dunia ja..
Ads
Ya allah kau jadikanlah hamba allah ni kaya dunia dan akhirat..sebab hati dia bersih, aminn..kalau abang ni mintak keja,terima la dia sebab dia seorang yang jujur..
Mencuba menu dan resipi baru sekali sekala menarik juga dilakukan. Apatah lagi, andai mencuba menu yang pernah viral pasti sedap rasanya.
Contohnya seperti resipi sotong masak ala Thai yang dikongsikan oleh Khaidijah Mamat ni, lihat gambar pun sudah nampak kesedapan rasanya.
Jom kita cuba dan nak masaknya pun cukup mudah!
Sotong Masak Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar, bawang putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam. Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” ujar pelawak Ebby Yus.
Demikian antara kata-kata pelawak tanah air, Ebby Yus apabila rumah dibina hasil titik peluhnya lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musnah sekelip mata selepas dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor.
Lebih memilukan, rumah dua tingkat tersebut hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di Batu 23 kawasan penempatan itu. Ekoran kejadian tersebut, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.
Menceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding.
“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir itu kira kira sebelum waktu Isyak.
“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya kepada BH Online.
Ketika kejadian malang membabitkan rumahnya itu, Ebby sudah berada di Kapar, Klang.
Menurut Ebby lagi, sebelum masuk waktu Maghrib, ketika selesai makan dan kerja pemasangan kertas hiasan dinding siap, dia ada menerima WhatsApp daripada seorang ustaz yang menerajui misi bantuan kemanusiaan.
“Saya yang kebetulan berada di bawah pasukan misi kemanusiaan itu diundang ustaz untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Meru dan Bukit Kapar. Ketika sampai di lokasi bantuan, saya dapat panggilan daripada pekerja kontraktor memaklumkan rumah sudah dimasuki air akibat hujan lebat.
“Saya bagaimanapun cakap tak apalah esok saja balik ke rumah. Saya meneruskan kerja membungkus makanan untuk diagihkan. Saya dapat panggilan kali kedua memaklumkan kedudukan rumah sudah senget. Saya turut menghubungi polis berdekatan untuk memantau keadaan di rumah.
“Kemudian panggilan terakhir memaklumkan rumah sudah ‘tumbang’ ke tanah dan seterusnya hanyut di bawah arus air deras. Tapi saya bagaimanapun melunaskan misi bantuan dan kemudian baru menuju ke kawasan rumah,” katanya.
Ebby berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia jatuh sakit selain sekatan akibat penularan pandemik COVID-19.
“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.
“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.
Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia menyewa di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu.
Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Tidak dapat keluar apabila tingkat bawah dinaiki air
Sarjan Awang Abdullah Sani Awang Alehan, 42, dari pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini berkata beliau bersama tiga lagi anggota yang sedang menaiki bot menemui keluarga bayi berkenaan terkandas di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.
Katanya bayi perempuan berusia empat bulan itu bersama ibu bapanya dan seorang lagi kanak-kanak, diselamatkan selepas mereka tidak dapat keluar apabila tingkat bawah rumah berkenaan dinaiki air paras pinggang.
“Petang itu saya memandu bot bersama tiga lagi anggota dan dua daripada kami terpaksa memanjat sengkup rumah tersebut sebelum membawa mereka keluar melalui tingkap,manakala saya dan seorang lagi anggota menyambut mangsa menaiki bot untuk dihantar ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, gambar Awang Abdullah Sani memegang bayi perempuan bertopi dan berpakaian serba merah tular serta dikongsikan di media sosia Facebook dan Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan terharu bayi comel itu dapat diselamatkan.
Awang Abdullah Sani yang juga bapa kepada lima anak, berkata beliau antara 128 anggota dan pegawai PGA dari Perak iaitu Batalion 1, Batalion 2, Batalion 3, Batalion 6 dan Pusat Latihan PGA yang dikerahkan bersama bot ke Selangor bagi bantuan operasi menyelamat mangsa banjir sejak Ahad lepas.
Berkongsi lebih lanjut, Penolong Jurulatih Jasmani Pusat Latihan PGA Hulu Kinta yang sudah 21 tahun berkhidmat itu berkata operasi bantuan tersebut disifatkan amat bermakna bagi pasukannya kerana dapat membantu ramai mangsa walaupun kepenatan.
“Sejak dari Ahad lagi kami sibuk dengan kerja-kerja menyelamat dan sanggup tidak tidur demi menyelamatkan mangsa banjir. Saya hanya sempat tidur dua jam pada hari ketiga (semalam), malah gambar yang tular itupun saya ketahui melalui orang lain,” katanya.
Menurutnya beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa gambar itu turut dimuat naik di Facebook dan Instagram PDRM sehingga meraih pelbagai komen warganet