Tipu la kalau anda tak pernah makan aiskrim solero, diluarnya masam dalamnya lemak berkrim. Kan? Nak-nak lagi dapat makan time panas terik. Perghhh nikmat tak terkata!
Yang mana favourite dengan aiskrim masam macam ni, apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Dah alang-alang duduk rumah tak tahu nak buat apa kan, boleh juga main masak-masak dengan anak minta diorang tolong sekali. Buat pula sekali dapat banyak, lagi berbaloi la dari beli kat kedai! Jom cuba resipi dari Pn Sharla Rose
ini. Superb!ICE CREAM SOLERO SHOT
Bahan-bahan untuk air limau:-
1.5 liter air
Gula (sesedap rasa)
Serbuk limau nipis/pati limau nipis (sesedap rasa, masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
2 sudu tepung jagung
Nak dapatkan barang dapur dengan harga runtuh? Meh tengok kat SINI !
Cara-caranya :-
1. Kacau semua bahan hingga larut.
2. Masak hingga mendidih dan sejukkan.
Bahan-bahan untuk susu Perisa Vanilla :-
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovelette
1 sudu besar esen vanila
Gula (sesedap rasa, tak perlu banyak sebab susu pekat dan manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung
Cara-caranya:-
1. Kacau semua bahan hingga larut.
2. Masak hingga sedikit mendidih dan sejukkan.
3. Bila dah siap kedua-duanya, masukkan air ke dalam plastik aiskrim. Masukkan air susu perisa vanilla terlebih dahulu ke dalam plastik sampai separuh, kemudian barulah masukkan air perisa limau tadi. Ulang hingga habis air kita tadi. Dah boleh masukkan dalam peti untuk bekukannya!
Inilah hasilnya. Selamat mencuba!