Memang setiap anak-anak itu berbeza perkembangannya. Bagi ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan tentu akan alert dengan pendidikan anaknya. Apabila melihat anak diletakkan dikelas hujung terdapat beberapa perkara yang ibu bapa kena take note. Melalui perkongsian Hazhari Ismail ini di laman facebooknya menjelaskan beberapa kriteria pemasalahan pembelajaran dikalangan kanak-kanak. Ikuti panduan ini.


Masalah Pembelajaran Anak Dalam Kelas, Ini Sebabnya Ibu Bapa Kena Take Note

KENAPA DENGAN KELAS HUJUNG? – Learning Disabilities 

Tahukah anda, bila anak-anak kita di kelas belakang, kita selalu kaitkan dengan perkataan lembam, slow, lambat, lemah dan sebagainya. Cuma kita tak tahu, atau terlupa yang sebenarnya kanak-kanak ini mempunyai masalah pembelajaran yang lebih spesifik apabila dikaji dan diteliti. 

Kita tak ambil peduli sangat sebab ia bukan masalah fizikal seperti rabun, tangan atau kaki takda atau anggota lain dan kita fikir semuanya ok dan tiada masalah. Namun, disebaliknya benda yang kita tak nampak, mereka mempunyai masalah mental/fungsi kognitif (pemikiran), emosi yang membawa kepada masalah tingkahlaku dan interaksi sosial.

Ini antara list masalah pembelajaran dan sedikit ringkasan (betul-betul ringkas ya..)

1. Dyslexia – masalah keupayaan kemahiran proses seseorang untuk membaca dan komunikasi

2. Dyscalculia – masalah keupayaan kemahiran proses seseorang untuk mengira (arithmetic) dan memahami konsep matematik

Ads

3. Dysgraphia – masalah keupayaan kemahiran proses seseorang yang memberi kesan kepada motor halus (fine motor) dan penulisan (handwriting)

4. Dyspraxia – Masalah keupayaan sensori/deria (Sensory Integration Disorder), ada masalah dengan koordinasi motor

5. Dysphasia (Aphasia) – Atau Language Disorder, tidak upaya untuk memahami spoken language (sedikit perbezaan dengan Dyslexia)

6. Non Verbal Learning Disorder – tidak upaya nak faham non verbal seperti bahasa badan, mimim muka, koordinasi yang lemah

Ads

7. Central Auditory Processing Disorder – Kesukaran untuk memproses dan mengingat bahasa yang berkaitan tugas (language-related tasks)

8. Visual Perceptual/Visual Motor Deficit – ketidak upayaan untuk meniru dengat tepat

9. Auditory Processing Disorder – ketidak upayaan untuk recognize dan intepret melalui bunyi

Belum lagi tambahan ADD (Attention Deficit Disorder), ADHD (Attention Hyperactive Deficit Disorder), ASD (Autism Spectrum Disorder), Slow Learner (IQ) tidak dilupa kanak-kanak bijak (Gifted dan Talented) – yang lead kepada masalah tingkah laku.

Ads

Kebanyakkannya, kita baru sedar bila mereka memasuki alam persekolahan.

Dan setiap daripada disorder di atas, perlukan strategi yang berbeza. Tak boleh nak sekali harung. Sebab itu juga, apabila amalan kita meletakkan kanak-kanak begini di kelas hujung, bayangkan betapa sukarnya guru untuk melaksanakan strategi yang berbeza untuk setiap keperluan pelajar. Belum lagi dari perspektif pelajar itu sendiri.

Maka, bila kita cakap anak kita slow/lembam dan sebagainya, dari mata guru, psikologi, terapis dan doktor, mereka ada banyak lagi spesifikasi lain yang menyebabkan anak itu dikatakan slow.

Tapi, ibu bapa pun perlu cakna juga lah.

 

Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat pakar atau terapi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut apabila mendapati anak mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan seperti diatas.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI