Menanam pokok cili di laman rumah cukup biasa dilakukan oleh sebahagian antara kita. Selain bertujuan dituai hasilnya untuk kegunaan sendiri, diakui menanam pokok cili juga cukup mudah.
Pun begitu, bagi memastikan pokok cili kekal subur dan bebas serangan serangga perosak, pokok cili perlu juga diberi tumpuan dan penjagaan rapi.
Antara masalah yang sering dihadapi bila menanam pokok cili adalah daunnya akan kelihatan kerinting dan sekali gus pokok kelihatan tidak subur.
Nak tahu cara merawatnya? Mudah sahaja dengan menggunakan bahan yang boleh disediakan sendiri, ayuh ikuti perkongsian daripada Izham Alias ini.
Siapa tanam cili?
Mesti pernah alami masalah daun kerinting, kan?Ini saya bagi satu tips untuk rawat.
Caranya adalah guna kunyit.
Langkah pertama : Tumbuk rizom kunyit sampai hancur. Bukan serbuk kunyit kedai tu ye. Kunyit hidup orang panggil.
Langkah kedua : Tabur keliling pokok sebanyak 1 sudu makan.
Langkah ketiga : Siram air.
Langkah keempat : Tabur 3-4 hari sekali sehingga pucuk baru yang tumbuh kembali normal.
Sumber : Izham Alias
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Boleh juga klik link ni untuk yang nak beli produk dengan harga murah.