Siapa yang tak suka apabila melihat anak kembar yang comel berjalan bersama dengan berpakaian sedondon. Kerana itu ramai ibu bapa yang teringin untuk memiliki anak kembar. Namun, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Bagi yang pernah mengalami tahu apa yang mereka lalui.
Demikianlah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar baru-baru ini menerusi laman instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, beliau memuat naik satu video bersama anak kembarnya.
Malah, beliau turut menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya yang berupa telur dan susu, sebelum pergi bekerja dan isterinya menghantar kembar mereka ke sekolah.
“Mempersiapkan anak-anak lelaki.
“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.
“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.
Jelas Datuk Dr Sheikh Muszaphar lagi, semua orang mahu anak kembar tetapi ia memerlukan kerja keras.
Gandakan usaha itu, gandakan komitmen, masalah berganda, dua kali ganda dari segala-galanya termasuk Double Joy.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Perkongsian tersebut rata-rata dipersetujui oleh ibu bapa yang memiliki anak kembar.
Tak kurang yang turut meminta beliau berkongsi tip menjaga anak sendiri tanpa bantuan pembantu.
Sumber: IG drsheikhmuszaphar