Rutin harian yang dilalui oleh kebanyakan ibu jika difahami memang cukup berat. Sehari suntuk sibuk menguruskan hal rumah tangga.

Bayangkan,  seorang ibu akan bangun awal pagi siapkan anak-anak ke sekolah dan menghantarnya. Kemudian kembali ke rumah dan mengemas serta sediakan makan tengah hari pula sebelum anak pulang dari sekolah.

Bila tiba waktu tengah hari,  bergegas pula menjemput anak di sekolah dan pelbagai lagi ‘kerja’  yang dilakukan.  Hal ini pasti sahaja boleh menyebabkan setiap ibu berpeluh sepanjang waktu.

Pun begitu,  walau sibuk macam mana pun seorang wanita,  masalah bau badan mesti diatasi.  Jangan jadikan masalah ini perkara biasa! Namun ambillah langkah serius untuk atasi dan mencegahnya.

Salah satu cara yang boleh dicuba adalah dengan mengamalkan minum air herba.  Bukan sahaja bau badan hilang malah memberi tenaga jika diamalkan secara konsisten.

Ini diakui oleh Puan Mel dan beliau turut berkongsi resipi untuk menyediakan minuman herba tersebut.

Perkongsian Daripada Puan Mel

Mel nak share dengan korang resepi Air Herba temurun yang Mel amalkan dari anak sulung sampai la anak ketiga. Mudah disediakan sampaikan suami pun boleh buatkan untuk isteri dalam pantang.

Air herba ni boleh diamalkan selalu untuk tujuan kesihatan. Magic tau kalau nak buang angin atau hilangkan bau badan. Even bau peluh pun insyaAllah jadi wangi kalau konsisten amalkan.

Ads

Mel suka tambahkan kurma untuk milkbooster dan supply tenaga. Mak dara dan anak dara boleh amalkan ya.

Resipi Air Herba

Bahan-bahan:

Masalah Bau Badan Selesai &  Magicnya Rasa Bertenaga Dengan Amal Ni.

2 helai daun pandan-disimpul

2 batang serai-dititik

Ads

4 hiris halia

3 batang kulit kayu manis

Sedikit gula melaka

secubit bunga cengkih

3 biji kurma-dibuang biji

Ads

Cara buat:

Masalah Bau Badan Selesai &  Magicnya Rasa Bertenaga Dengan Amal Ni.

1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan isikan air sehingga 3/4 penuh.

Masalah Bau Badan Selesai &  Magicnya Rasa Bertenaga Dengan Amal Ni.

2. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih dan air berubah warna.

Masalah Bau Badan Selesai &  Magicnya Rasa Bertenaga Dengan Amal Ni.

3. Biarkan suam dan sedia untuk diminum.

sumber :Amalena Akhyar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI