Pastinya selepas ini ramai yang akan merindui gelak tawa dan gurau sendanya ketika memasak. Tiada lagi perkongsian tip dan menu masakan di ruangan media sosial. Tiada lagi ketawa lepas, gurau manja dan usikan kepada sang suami dan anak- anak.
Allahu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Insan bernama Siti Sarah Raissuddin ini bukanlah golongan ternama, hanya selebriti namun kepulangannya ke Rahmatullah ditangisi segenap lapisan masyarakat.
Rata-rata berkongsi kenangan , pengalaman dan keperibadian arwah yang tak lokek bersedekah dan membantu sesama insan.
Sikap terpuji Sarah sebagai isteri dan ibu terserlah setiap kali melihat video yang dimuat naik. Keprihatinan terhadap kebajikan suami dan anak-anak sangat dijaga.
Biarpun sedang sarat mengandung, namun Sarah masih lagi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan menyediakan hidangan buat sekeluarga.
Perkongsian memasak Ketam Sweet & Sour Chines di ruangan media sosial milik peribadinya menjadi air tangan terakhir disajikan buat suami dan anak-anak tercinta.
Lima hari yang lalu, dia begitu cerita berkongsi tip dan memasak dilaman instagramnya. Kini celoteh itu tiada lagi. Admin kongsikan resipi terakhir yang dimasak oleh Siti Sarah baru-baru ini.
Rindu masak My Style kaa???
Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih korang yang doakan Sarah sekeluarga 😍🙏🏻 Semoga doa yang baik-baik berbalik pada kalian, aamiin #CovidFighter #AllahUjiAllahSayang
Pemergian Sarah ditangisi ramai. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dan sedih . Tiada lagi celoteh dan gelak tawa sambil berkongsi menu masakan menerusi instagramnya.
ketam_nipah_bertelur Masakan terakhir utk anak² dan suami.. Ya allah sedihnya.. Jika kita berada ditempat mereka… innalillahiwainnailaihirojiun zazarazalee Ya Allah..Ini adalah masakan terakhir beliau utk suami dan anak2…Innalillahiwainnailaihirrojiun..Semoga syurga tempat mu 😢 ireani Baru tengok video ni 5 Hari lepas… Tiap kali masak mesti dia sebut utk berdoa semoga yg makan makanan menjadi org2 yg soleh… Harini Sarah dah takda. Innalilahi wainnailaihi rajiun. Semoga segala ilmu masakan Sarah menjadi pahala yg mengalir. Amin nnimran90 Sarah. Last ke ni masak? Sarah taknak masak lagi ke? Penat ya? Untung sarah, Allah sayang betul kat sarah. 😭😭 harrifiza dtg sini sbb rindu nk suara arwah..vd last arwah tgglkn untuk kita. yasier.isa ni video last dengar dia happy, al-fatihah kak siti sarah bungabunga533 😢ALLAHUAKBAR 😢 VIDEO TATAPAN UTK ANK2 KELUARGA DAN PEMINAT2 ARWAH, KAK DOAKAN MUGA ARWAH SITI SARAH DITEMPATKAN BERSAMA ORG2 YG BERIMAN DISYURGA ALLAH SWT rem_hafizMasakan terakhir sarah. Akak sgt rindu nk tgk masakan sarah pasni dah xde lagi dah….😢😢