Bila makan nasi putih berlaukkan ayam yang digoreng bersama dengan gulai dan sambal belacan tentunya sudah memberikan kelazatan buat penggemar Nasi Kak Wok.
Andai tidak tiada idea lagi untuk menyediakan menu tengah hari ini, apa kata anda buat sahaja menu ini. Menyediakannya sangat mudah sesuai sangat untuk dicuba.
RESEPI NASI KAK WOK
Resepi gulai ayam kakwok
Bahan Bahan:
Bawang bombay – 4 labu
Bawang putih – 5 ulas
Halia – 1 inci setengah
Lengkuas – 1 inci setengah
Rempah kari daging – 3 sudu (beli online di sini)
Rempah kerutub – 1 sudu
Kacang panjang – potong
Terung potong kecil
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 Nisan Kerek / Gula Melaka
Cara-cara Penyediaan:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.
Ayam goreng harum
Bahan Bahan:
1 ekor Ayam – potong kecil
Garam- 2 sudu kecil
Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Serbuk cili – 1 sudu kecil
Daun kari – 3 tangkai
*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.
Cara-cara Penyediaan:
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal belacan ala kak wok
Bahan Bahan:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan di atas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Sumber : Sajian Malaysia
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club