Perjalanan seninya terlihat cukup indah dan sempurna. Bermula langkah sebagai blogger paling popular di Malaysia dan kemudiannya melangkah ke dunia penuh glamor. Disusuli dengan bidang pengacaraan seterusnya membawanya ke dunia lakonan penuh cabaran.
Dan kini, pemilik nama Hanis Zalikha menjadi sebahagian daripada figura paling trending dan mendapat perhatian di Malaysia.
Biarpun menamatkan zaman gadisnya pada usia yang muda namun perkembangan seninya tidak terhenti di situ. Malah status tidak sekali-kali menjadi penghalang kepada perjalanan seninya. Wanita cantik ini makin jauh melangkah.
Sayapnya semakin dilebarkan malah hidupnya makin diintai ramai pihak semenjak kehadiran sang suami, Hairul Azreen, dan Yusof Iskandar, si jantung hati pasangan ini.
Menariknya tidak hanya Hanis Zalikha seorang bahkan dua hero dalam hidupnya terutama Yusof menjadi perhatian umum. Malah trending di media sosial. Aura tersendiri yang dibawakan keluarga kecil ini cukup luar biasa.
Baik Hanis mahupun Hairul sendiri mereka masih mengekalkan sifat rendah diri walaupun mempunyai bilangan peminat dan pengikut yang cukup ramai di media sosial.
Kata Hanis, semuanya berlaku tanpa disangka.
“ Memang dari awal lagi kami sekadar nak kongsi dan paling penting niat awalnya nak kongsikan momen Yusof supaya kami tak lupa setiap perkembangannya, tapi tak sangkalah setiap yang kami kongsikan di instagram buat semua orang suka malah ramai yang follow. Memang kami langsung tak sangka,” luah Hanis ringkas.
Sekadar Kongsi Cerita
Sehingga kini, si cilik Yusof Iskandar yang sudahpun berusia 2 tahun mempunyai jumlah pengikut lebih 2.1 juta di instagramnya, @theyusofiskandar. Memang hebat!
Bagi Hanis dan Hairul sendiri, keseronokkan mereka berkongsi apa sahaja mengenai perkembangan Yusof tidaklah keterlaluan. Sebagai ibu bapa, mereka sentiasa memikirkan soal keselamatan atau apa jua yang dirasakan kurang wajar untuk dikongsikan di instagram.
“ Kalau ikutkan sebenarnya setiap kali nak upload gambar, saya atau Hairul akan tapis tiga kali terlebih dahulu kemudian barulah letak dekat IG. Bukan apa, supaya orang tak salah faham. Bimbang apa yang kita letakkan disalah ertikan oleh orang lain.
“Bagi kami, apa yang kami upload, kalau ada yang komen-komen berbaur agak negatif, kami tidak cepat melatah. Awal-awal lagi kami dah ingatkan diri supaya sentiasa berlapang dada dengan setiap komen daripada netizen. Itu yang kami amalkan sejak dulu dan rasanya ia langsung tak jadi masalah buat kami.
Ads
Paling seronok bila saya kongsikan setiap ilmu pasal keibubapaan, ramai yang DM saya secara personal dan bertanya serta kongsikan ilmu mereka pula dengan saya. Boleh dikatakan sampai beribu-ribu mesej setiap hari. Memang tak terlayan, tapi sebagai ibu saya rasa happy sebab apa yang kita kongsi ada manfaatnya pada orang lain. Malah kita sama-sama dapat ilmu, itu yang buat saya suka,” kata Hanis lagi.
Yusof Pencinta Haiwan
Melihat setiap keletah Yusof di instagramnya memang mencuit hati sesiapa sahaja. Malah gelagat Yusof bersama Bujibuchempel saban hari buat kita hati sesiapa sahaja rasa terhibur. Aksi spontan dan keberanian Yusof memang boleh dipuji.
“First time kami bawa Yusof ke Night Safari di Tambun, barulah kami tahu Yusof cukup sukakan haiwan. Dia langsung tak takut malah dia beri burung makan dan pegang ular tanpa takut. Arnab pula dia pegang dan angkat, macam Bujibu,” kata Hanis yang sentiasa membawa Yusof berjumpa sepupu-sepupunya setiap minggu bagi membiasakan diri.
Rapat Dengan Mentua
Berkongsi kisah keluarga, Hanis tidak lokek berkongsi cerita mengenai mentua kesayangannya, Puan Habsah Desa, ibu kesayangan suami tercintanya.
“ Dulu masa sebelum kahwin, time dating dengan Hairul, saya tidaklah terlalu rapat dengan mak. Tapi bila dah kahwin barulah lebih mengenal mak orang yang macam mana.. and I love her so much.
Kalau setiap kali datang ke rumah, mak memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang nak dibuatnya. Kalau Yusof lepaskan ‘hajat’ dia cepat-cepat nak bersihkan. Begitu juga kalau ternampak baju bertimbun di tempat basuhan pun mak nak tolong basuhkan walaupun dah dilarang berkali-kali.
Ads
Kalau setiap kali saya keluarkan tudung baru, mak selalulah tawarkan diri nak tolong di pejabat sambil bawa bekalan Kek Batik ke pejabat. Seronoklah staff-staff dapat merasa air tangan mak. Kalau pasal masak, mak kalau masakkan makanan ringkas pun dah cukup sedap pada saya. Ketam goreng yang nampak ringkas pun pada saya cukup sedap dan istimewa,” kata Hanis berkongsi cerita.
Demi menjaga ikatan yang kuat bersama seluruh keluarga mentuanya, bercuti merupakan salah satu aktiviti wajib buat Hanis dan seluruh ahli keluarga mentuanya setiap tahun.
“Biasanya kalau Hairul cadangkan untuk bercuti ke mana-mana satu keluarga, memang semua adik beradik akan sepakat dan turutkan demi merapatkan hubungan kami adik beradik. Bercuti pula dah jadi aktiviti tahunan kami. Tahun ini, kami sempat bercuti ke Gold Coast, Australia. Beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri lalu.
Family trip ke Gold Coast kali ini memang sudah dirancang lebih awal. Dengan cara ini dapatlah kami berkumpul adik beradik dan bercuti serta rehatkan minda,” katanyaq lagi.
Bisnes Demi Masa Depan
Tidak hanya sibuk dengan kerjaya dan lakonan, kedua pasangan ini juga makin ligat berbisnes. Baik Hanis mahupun Hairul, masing-masing punya bisnes mereka yang tersendiri. Kedua-duanya tidak lokek berkongsi cerita perniagaan mereka.
“Saya dan suami terfikir nak buat bisnes bersama bila kami cari duit nak kahwin. Bila nak kahwin kenalah cari outcome yang stabil. Sebagai pemegang ijazah dalam bidang perniagaan, saya cuba aplikasikan segala ilmu berbisnes demi untuk masa depan kami.
Ads
Tahun 2013 kami mulakan bisnes bersama dan produk pertama kami Hello Studio, yang merupakan studio berkonsepkan hospital yang direka oleh saya sendiri tapi diuruskan oleh Hairul. Itulah permulaan kami.
Selain Hello Studio, kini pasangan muda berjaya ini mempunyai enam rangkaian bisnes lain iaitu Keknis, koleksi shawl, Malead, pakaian street wear, HH Parfume, jenama minyak wangi, Shade Dough by Hanis Zalikha yang menyenaraikan rangkaian lipstick, Malead Kid serta Toujour Advanced yang merupakan suplemen kolagen. Hebat bukan?
Sumber: Majalah Keluarga Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bercerita tentang selera anak beranak memang pelbagai, ada yang suka masakan kampung, gemar makan makananan berasaskan mee dan tidak kurang juga gemarkan citarasa western food.
Umumnya menu barat ini perlu dimasak menggunakan herba-herbanya yang tersendiri dan antaranya adalah rosmery. Menariknya tentang herba rosmery ini, kita boleh tanamnya dengan cara yang cukup mudah dan bolehlah setiap kali hendak memasak masakan barat yang menggunakan herba ini, petik sahaja di laman rumah.
Oleh itu, apa kata manfaatkan cara-cara yang dikongsikan ini untuk kita memulakan langkah menyemai keratan rosmery. Jom semak.
CARA SEMAI KERATAN ROSMERY
Hari ini di PJ cuaca mendung dan hujan. Mujurlah pagi tadi sempat kekebun untuk bertanya khabar dengan tanaman. Alhamdulillah semunya sihat-sihat belaka.
Kebetulan masa tengah free. Dapatlah saya kongsikan cara-cara untuk kita membiakan pokok ROSMERY. Rosmery adalah dalam kumpulan English Herbs. Biasanya rosmery banyak digunakan sebagai bahan perapan untuk western food.
Cara-cara untuk semai keratan rosmery sangat mudah.
1. Ambil dahan yang matang
**media[100991]**
2. Pastikan dahan telah mengeluarkan akar
**media[100990]**
3. Buang sedikit daun seperti dalam gambar
**media[100988]**
4. Semai keratan dalam peatmoos
**media[100986]**
5. Jaga dengan penuh kasih sayang
Biasanya selepas disemai dalam 3 minggu. Anak pokok dah boleh diubah kedalam pasu kecil.
**media[100987]**
Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh bertanya diruangan komen. Selamat mencuba.
Menyentuh bab tidur berkualiti, umumnya bagi seorang ibu jadual hariannya begitu padat. Dari buka mata hinggalah ke malam hari, masih banyak lagi yang harus dilakukan bagi memastikan anak-anak dan keluarga terurus dengan baik.
Atas sebab ini juga, sering kali terjadi bila terlalu letih dan ingin merehatkan tubuh di atas sofa umpamanya, mata kita terlelap dan tertidur buat seketika. Keadaan tidur ketika itu tidak berapa selesa dan bila terbangun menyebabkan leher sakit seakan rasa terseliuh. Boleh jadi ini kesan daripada keadaan tidur yang tidak selesa, kedudukan kepala yang tidak sesuai atau penggunaan bantal yang tidak selesa dan sebagainya.
Sekiranya rasa sedemikian, jadi apa cara atau petua yang boleh kita lakukan untuk pastikan keadaan leher tidak berpanjangan merasa sakit dan jika boleh tidak berulang lagi?
Cara 1: Ambil tuala bersaiz kecil kemudian rendamkan dengan air panas. Setelah itu tuamkan pada bahagian leher dan lakukan sedikit regangan di bahagian kiri dan kanan leher seakan melakukan senaman, iaitu toleh ke kiri dan letakkan tangan kanan di dagu dan lakukan sedikit tolakan. Begitu juga lakukan perkara yang sama dengan menoleh ke sebelah kanan dan lakukan sedikit tolakan oleh tangan kiri di bahagian dagu.
cara 2:Terjaga sahaja dari tidur dan bila dirasakan leher tidak selesa, maka urut seperti memicit-micit bahagian leher dengan perlahan. Lakukan dengan keadaan yang tenang dan jika ada minyak angin boleh juga disapukan pada bahagian leher untuk meredakan ketidakselesaan tersebut.
Cara 3 : Jemur bantal. Ada orang tua-tua dulu pesan, jika tengkuk atau leher sakit dek kerana salah tidur cara nak hilangkannya adalah dengan menjemur bantal tersebut. Berjaya atau tidak dengan mengamalkan cara ini tiada jaminannya, namun tidak salah untuk kita mencuba.
Cara 4 : Selain itu, ada juga petua orang lama mengatakan perlu menepuk-nepuk dengan ‘manja’ bahagian leher yang sakit menggunakan bantal yang kita gunakan ketika tidur. Walau pun seakan pelik, namun ramai juga yang amal petua ini.
Cara 5 : Pastikan sebelum tidur pilih bantal dan tilam yang selesa agar tubuh dapat baring dengan sempurna dan tiada lagi masalah tersalah tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam hidup ini kita perlu merancang untuk kemajuan pada masa hadapan, lebih-lebih lagi setelah hidup berkeluarga. Tidak boleh lagi hanya sentiasa berada ditakuk yang ada tetapi perlu berusaha dengan pelbagai cara untuk menggandakan pendapatan bagi memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga agar kita dapat hidup selesa di masa akan datang.
Begitulah juga dengan Haziq Nadzli dan pelakon Eyra Hazali apabila mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan makanan sebagaimana yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar pembukaan restoran baharu suaminya, Haziq Nadzli mendapat tempat di hati orang ramai untuk menjamu selera.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan restoran tersebut terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru dan akan mula beroperasi pada 19 Januari ini.
“Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan anda berjaya di tahun-tahun akan datang.
“In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn,Johor Bahru. Boleh search Haziq Shell’All’Out di google maps ya. Kedai beroperasi dari 4 petang – 12 tengah malam. Jom datang ramai-ramai,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Eyra juga ada memuat naik beberapa keping gambar dia dan anak beranaknya berada di sekitar restoran berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah selain mendoakan perniagaan diusahakan pasangan itu akan laris serta berjaya.
“MasyaAllah Tabarakallah congrats eyra&haziq. Mabrouk ❤️❤️❤️,” tulis salah seorang warganet.
“Yeahhhhh haziq shellout blkg aeon dato onn mmg ngam sangat tmpt korang pilih ni sbb tgh naik market kwasan cantikk tahniah haziq&eyra,” ujar yang lain pula.
“Wahh tahniah. Pandai pikir Masa depan,” komen netizen yang tumpang rasa bangga.
Malah tidak kurang pula ada antara peminat pasangan ini menyakat dengan harapan bila berkunjung ke restoran tersebut dapat bertemu dengan kedua-dua anak mereka iaitu Hayder dan Endra yang comel.
“Okay. Make sure hayder jadi penyambut kat pintu heheheheh”, komen salah seorang peminat.
“Kalau dtg dpt jumpe hayder & endra tak? Hehee,” usik yang lain pula.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.