Tular, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi video memaparkan dia menyediakan bekal makanan untuk anaknya, Keisha Laila ke sekolah telah mencuri perhatian netizen.

Rata – rata warganet terkejut melihat video penyediaan makanan bekal anaknya ke sekolah yang dimuat naik ke laman Instagramnya. Penggunaan daging wagyu tersebut dilabel sebagai “bekal T20”.

Tidak mudah terkejut, Nabila Huda atau nama sebenarnya Nabila Huda binti Suhaimi, 38, mengakui bahawa dia kurang senang dengan perkataan yang diberikan oleh warganet.

Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana sahaja, namun apabila melibatkan soal makanan, dia mengakui sedikit mewah.

“Saya tidak suka betul dengan kenyataan tersebut sebab buat orang pandang serong dengan golongan berkenaan.

“Tetapi saya tahu orang di luar sana berhak sahaja untuk bercakap apa sahaja yang mereka mahu.

“Namun, hanya saya dan keluarga yang tahu kehidupan kami macam mana dengan hidup yang sederhana.

Ads

“Cumanya bila melibatkan masakan dan makanan memang saya tidak kisah untuk bermewah sedikit tentang makanan.” Ujar Nabila Ketika ditemui OhBulan! Di majlis siding media Nusa Fest yang diadakan di sebuah hotel di sekitar ibu kota, pada Selasa.

Tambahnya lagi, memilih makanan yang berkualiti merupakan perkara yang penting buat dia dan keluarga.

“Saya suka makan benda yang berkualiti dan sedap. Apa yang penting adalah mengikut kemampuan masing – masing.

“Daging tu pun baki daripada yang sebelum – sebelum ini telah disimpan dalam peti ais.

Ads

“Anak saya tidak kisah, dia akan makan apa yang saya makan.” Ujar Nabila.

Untuk rekod, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun mereka bercerai selepas tiga tahun bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sumber: OhBulan!

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Masakan Dan Makanan Memang Saya Tidak Kisah Untuk Bermewah Sedikit Tentang Makanan” – Nabila Huda

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI