Biasanya kalau menggoreng ayam, ikan atau sebagainya tentu kita akan menggunakan minyak yang banyak. Setelah siap menggoreng pasti ada lebihan minyak di dalam kuali. Hendak dibuang sayang, hendak digunakan bimbang juga kesan sampingannya pula.
Dan bercerita tentang minyak masak ini, nyata banyak jenis minyak ada dipasaran. Pun begitu, mana satu yang paling bagus digunakan untuk menggoreng? Menjawab beberapa kekeliruan lain berkaitan minyak masak, ayuh kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk manfaat bersama.
HADKAN PENGGUNAAN MINYAK MASAK UNTUK MENGGORENG
Ads
Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonenal yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Ads
Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Ads
Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.
Bila sakit kepala menyerang, semua kerja jadi tertangguh. Sakit yang tiba-tiba menyerang buat kita hilang fokus pada kerja-kerja kita. Kalau di rumah pasti ada bekalan ubat yang tersimpan kemas di dalam peti ais untuk meredakan
sakit.
Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika tiba-tiba diserang sakit kepala, anda boleh ke kafe atau minta rakan belikan minuman jenis ini untuk meredakan sakit kepala anda. Kenali 5 jenis minuman ini yang bertindak meredakan masalah sakit kepala anda.
Kopi
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahaya sentiasa ada di mana-mana. Dapur antara ruang rumah yang paling terdedah dengan bahaya pada anak-anak kita. Ketika kita asyik memasak di dapur, ada waktunya kita langsung tidak menyedari anak-anak yang datang secara senyap.
Ada waktunya, anak-anak mencapai apa sahaja tanpa sempat kita elak. Terkena minyak panas atau air panas memang amat ditakuti oleh kita sebagai ibu. Jika anak terkena, cemas usah cakaplah, apa lagi berhadapan dengan tangisan anak tanpa henti.
Bila anak terkena minyak atau air panas, jangan cemas, sebaiknya bertindak dengan pantas dan lakukan perkara-perkara ini untuk meredakan. Salah satunya adalah dengan rawatan tradisional.
Jom semak caranya!
1. Lidah buaya
Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.
2. Kapur sirih
Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.
3. Serbuk kopi
Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.
4. Pelepah pisang
Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.
5. Telur
Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.
6. Tepung
Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.
7. Ubat gigi
Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.