Sudah pastinya ibu-ibu mencari resipi masakan yang memerlukan penyediaan yang mudah dan cepat siap. Malah menyelerakan untuk suami dan anak-anak.
Menerusi perkongsian Puan Haslinda Mohd Jusohm, kongsikan resipi ayam varuval chicken. Masakan yang sihat tanpa guna santan atau susu. Yang pasti masakan india ini membangkitkan aroma. Jom lihat cara penyediannya. Confirm sedap.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Atas galakan kawan..saya post resipi varuval chicken kat sini.resipi ringkas dan sedap.bahan2 ada kat dapur setiap rumah.tak perlu modal yang banyak dan tahan mkn berhari2 pasal masakan ni tak mnggunakan santan atau susu.first time sy post kat mahn.resipi dan step memasak ada disetiap gambar.feel free to share.saya halalkan.
Bahan tumbuk:
setgh biji bawang merah+putih 5biji+halia suku inci. 1biji setgh bawang besar racik(lg byk bawang lg sedap) Rempah 4sekawan 3tangkai daun kari 1sudu makan setiap serbuk ketumbar&jintan manis&jintan putih+2sudu serbuk kari ayam baba’s+3sudu serbuk cili Ayam 650 grm(xada dlm gmbar) Cili kering 10tangkai(xada dlm gmbar) Gula & aji secukup rasa
Cara penyediaan:
Ads
Panaskan minyak dn msukkan rempah 4sekawan
Masukkan bawang racik..biar layu..api medium
Ads
Dah layu bawang racik..masukkan daun kari dan bahan tumbuk..terus tumis sampai caramelized.
Ads
Masukkan ayam..kacau dan biarkan sehingga ayam kecut sikit.
Campurkan campuran rempah ratus dgn air dr lesung.saya percaya ni rahsia masakan sedap.
Masukkan rempah dan kacau masukkan air sedikit demi sedikit.tumis sampai pecah minyak.boleh ltak garam dan aji pada masa ni.taburkan sekali cili kering dan daun ketumbar.teruskan kacau sekali sekala utk elakkan hangit.bila dah pecah minyak.boleh ttup api. Tadaaaaaa. Inilah rupa ayam bila dah masak. Enjoy!
Tidak lengkap rasanya kalau makan nasi di waktu tengah hari tanpa ada sayur di dalam hidangan. Paling tidak pun memadai ulam-ulaman yang dicelur, tambah berselera jika digandingkan pula dengan sambal belacan. Memang makan bertambah dibuatnya.
Memastikan sayur dan ulam-ulaman yang dimakan oleh keluarga kita adalah selamat, ada baiknya ketahui cara betul untuk mencucinya seperti mana yang dikongsikan oleh Enkay Nik Mustaffa.
Menurutnya ada beberapa cara yang sesuai dibuat mengikut perbezaan jenis sayur-sayur dan nak tahu detail ini perkongsiannya.
TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR
Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.
Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan.
Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur. Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.
1) BILAS
– Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
– Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
– Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
– Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
2) RENDAM
– Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
– Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
– Rendamkan selama 2-3 minit
– Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya
RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM
– Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
– Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
– Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
– Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.
Bunga kantan yang selalu kita gunakan untuk membuat kuah laksa atau asam pedas ini ada waktunya begitu sukar untuk dicari di pasar. Jadi apa kata beli sahaja lebih untuk simpanan stok di rumah.
Pun begitu menyimpan terlalu lama membuatkan bunga kantan menjadi busuk dan tidak elok lagi untuk dimakan. Petua yang dikongsikan ini wajar anda cuba. Bunga kantan mampu bertahan sehingga enam bulan.
Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ini, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak ada birat hitam.
Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam tempat beku. Bila masak, aromanya tetap sama. Alhamdulillah.
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan.
2.Potong ikut suka kita, nak kecil boleh nak besar pun boleh.
3.Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.
4.Letak air kosong dalam bekas bunga kantan tersebut.
5.Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer/tempat beku.
Macam saya, letak dalam bekas untuk sekali masak, mudahkan kerja. Menariknya, bunga kantan ini boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu.
Ramai yang suka makan ikan keli goreng masak berlado tetapi kebanyakan tidak gemar proses mencuci dan menggorengnya.
Ikan keli menjadi antara pilihan ikan yang mudah diperolehi di mana-mana restoran atau gerai menjual nasi campur. Namun masih ramai yang memandang rendah pada ikan keli yang harganya lebih murah berbanding ikan-ikan lain.
Terdapat pelbagai petua bagi menghilangkan lendir pada ikan keli ketika proses membersihkannya supaya tidak meletup ketika menggoreng. Ini antara petua-petua yang dikongsi oleh followers facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bersihkan ikan, rendam limau dan satu sudu air kapur barus. Cuci dan bilas lagi dengan limau dan tepung gandum sehingga bersih dan cuci sekali lagi dengan limau nipis tetapi jangan lama sangat. Bila ikan dah tak ada lendir baru boleh sapu dengan garam dan kunyit. Terus goreng dan tak akan meletup.
Basuh bersih ikan keli kemudian ramas daun pisang bersama ikan sampai keluar air hitam. Nanti ikan tiada lagi lendir.
Rendam dalam air campur cuka untuk hilangkan semua lendir.
Kisar limau kasturi/limau nipis/daun limau purut. Tapis air kisar dan rendamkan ikan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih.
Basuh dengan tepung beras pun boleh hilangkan lendirnya dan goreng pun tak meletup.
Rendam ikan keli dalam campuran asam keeping dan garam kasar selama 10 minit. Cuci bersih dan letak sekeping asam keeping dalam kuali semasa menggoreng boleh elak meletup.
Nutrisi Ikan Keli
Sebenarnya banyak kandungan nutrisi yang ada pada ikan keli. Walaupun harganya murah tetapi terdapat banyak manfaat ikan keli yang ramai tidak tahu seperti dipetik dalam Hello Doktor ini.
Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Protein: 16.38 gram
Lemak: 2.8 gram
Kolesterol: 58 mg
Vitamin D: 12.50 mcg
Natrium: 43 mg
Kalium: 358 mg
Kalsium: 14 mg
Zat besi: 0.30 mg
Vitamin B3: 1093 mg
Vitamin B12: 2.23 mcg
Antara kebaikan ikan keli kepada kesihatan adalah seperti berikut :
1. Menjaga kesihatan jantung
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.
Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.
Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.
Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.
Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
2. Baik untuk kesihatan otak
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.
Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.
Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.
Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.
Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.
3. Mencegah penyakit anemia
Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.
Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.
Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.
4. Mengurangkan risiko kena strok
Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.
Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.
Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.
5.Menjadikan sistem imun lebih kuat
Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.
Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.
Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.
Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.