Masak Telur Ikut Resipi Indonesia Ni Memang Sedap. Patutlah Viral & Ramai Dah Cuba Akuinya Sedap!

Share

Jika sebelum ini untuk menyediakan menu berasaskan telur yang direbus kita biasa sediakan dengan resipi masak sambal, kari atau gulai, namun kali ini ada baiknya anda mencuba resipi yang dikongsikan ini dengan citarasa masakan Indonesia.

Resipi Telur Bumbu Kuning Pedas ini cukup istimewa dan menurut perkongsian Nurul Ateekah yang telah pun mencuba resipi tersebut, terbukti menu yang viral ini setelah dicuba menepati selera bahkan suaminya juga turut memuji keenakan masakan itu.

 

RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS (INDONESIA)

BAHAN-BAHAN:

Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )

Serai 1 batang ( dikatok )

Lengkuas 3 cm dihiris

Tomato ( dibelah )

2 helai Daun limau purut ( dihiris )

1 helai Daun kunyit ( dihiris )

Santan fresh 700ml

Serbuk perasa

Garam

1-1½ cawan minyak

Bawang besar 1-2 biji ✨

Bawang putih 4 ulas ✨

Halia 3cm ✨

Kunyit hidup 3cm✨

Cili hijau 3 batang ✨

Cili padi hijau 10 batang ✨

Cili kering 7-10batang ✨

P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .

• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul-betul panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .

2. Gunakan minyak yang sama , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .

3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering

4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak

5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata

6 . Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .

7. Angkat dan siap untuk dihidang .

Sumber : Nurul Ateekah